Kesan Kemasukan Pekerja Asing

Saya salah seorang Ketua Jabatan(HOD) yang agak terkesan kerana bakal kehilangan dua pekerja asing yang banyak menabur bakti dan tenaga membantu saya mengendalikan Jabatan yang saya ketuai.

Mungkin bagi sesetengah orang memandang saya sebagai orang Malaysia yang terlalu mengagungkan pekerja asing kerana rata-rata rakyat Malaysia tidak menyenangi kehadiran mereka yang datang mencari rezeki di bumi bertuah ini.

Anti Pekerja Asing

Ya, tidak saya nafikan terdapatnya pendatang asing yang melakukan jenayah di Negara ini yang sekaligus menambahkan rasa benci rakyat Malaysia kepada pekerja asing. Tetapi jika difikir secara rasional, tidak semua pekerja asing itu jahat. Lihat saja sector pembinaan, perladangan, perkilangan, malah pembantu kedai makan semuanya dipelopori pekerja asing.

Di mana perginya tenaga kerja dari kalangan rakyat Malaysia? Hmmm… mungkin sebagai taraf Negara yang meningkat maju, rakyat Malaysia tidak layak memegang jawatan pekerja am, operator kilang, mahupun buruh binaan. Mungkinkah? Tepuk dada tanya selera.

Demi Sesuap Nasi

Pengalaman saya bekerja bersama warga asing seperti Myanmar, Nepal, Bangladesh memaksa saya membuat rumusan sendiri. Pekerja asing tidak pernah memilih kerja, berilah tugas berat mahupun kotor mereka berbesar hati melakukannya tanpa rungutan demi sesuap nasi. Sumbangan mereka agak besar untuk melancarkan semua kerja yang diarahkan.

Jabatan saya misalnya, jika dahulu mempunyai enam pekerja, dua daripadanya pekerja tempatan, dan selebihnya pekerja asing daripada Myanmar. Sebelum saya teruskan, saya mohon  maaf andai tulisan ini mengguris hati, tapi ini kebenarannya. Rekod kedatangan dua pekerja tempatan tadi, amat mendukacitakan. Cuti kecemasan, cuti sakit adalah sms yang biasa saya terima di pagi Isnin atau Jumaat daripada dua pekerja saya ini.

Ketua Pilih Kasih


Ikutkan hilang sabar, dan pertimbangan luar kawalan, ingin sahaja saya memecat mereka lebih awal. Tetapi bila fikirkan mereka rakyat tempatan sudah pasti sebaik mungkin saya ingin menjaga kebajikan mereka dengan harapan, mereka boleh membina kerjaya berdasarkan pengalaman di masa hadapan. Saya HOD yang berat sebelah? Mungkin, kerana terlalu ingin mempertahankan pekerja tempatan

Kualiti kerja? Sesuatu yang harus dipuji, pekerja asing lebih teliti dan mengikut prosedur serta arahan yang diberikan. Bukanlah langsung tidak melakukan kesilapan,tetapi kesilapan biasa yang masih dalam kawalan. Mungkin juga, mereka bimbang kehilangan pekerjaan atau mungkin takut dengan saya. Hahahahaha… hanya yang mengenali saya dan pernah berkerja dengan saya terpaksa wmengakui dalam soal kerja saya agak garang tetapi tetap baik hati. (masuk lif tekan sendiri)

Desakan Hidup


Kerja kotor, berat dan perlu bekerja lebih masa? Mereka tidak pernah merungut, malah bagaikan tidak kisah. Saya pula yang mula berasa kasihan dan tidak sanggup melihat betapa susah payahnya mereka jika dibandingkan dengan gaji yang mereka terima. Letaklah pekerja tempatan dalam jabatan saya, saya berani bertaruh paling lama seminggu, lepas tu mula bagi alasan macam-macam untuk berhenti. Ada juga yang tidak muncul-muncul selepas sehari bekerja.

Pekerja Tempatan Manja?


Setiap enam bulan, apabila diberikan borang “Worker Evaluation Performance” oleh Jabatan sumber manusia (HR) sedaya mungkin saya cuba menyeimbangkan point pekerja asing dan pekerja tempatan agar tidak menampakkan kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Agar kenaikan gaji mahupun apa-apa inisiatif yang bakal diberikan syarikat seimbang. 

Tetapi sejauh mana saya mampu mempertahankan mereka, dan ternyata percaturan saya silap, saya merosakkan mereka. Mereka terus manja, pantang di tegur tentang kerja, mula merajuk. Kesilapan yang  sudah terlewat untuk saya kesali.

Andai bekas pekerja saya membaca coretan ini, saya mohon maaf. Walau di mana anda berada saya doakan anda terus maju jaya, kerana saya yakin kebolehan yang anda miliki untuk berjaya suatu hari nanti.

Erti Sebuah Kehilangan


Terlalu panjang coretan ini, biarpun pada awalnya ingin saya coretkan betapa saya merasai kehilangan dua pekerja asing di jabatan saya, hmmm.. pekerja  feberet saya. Mereka akan kembali ke Negara asal, setelah lapan tahun menabur keringat di Malaysia.

Naing Lin Zaw


Bagaikan hilang kedua-dua belah tangan saya, kerana mereka harapan saya, mereka pembantu peribadi saya yang hebat , mereka juga sahabat saya yang sentiasa setia bersama saya, mereka ….. sukar diluahkan betapa rawan hati ini, saat semakin hampir untuk mereka meninggalkan saya dan Malaysia.

Saya tidak ada kuasa untuk menghalang mahupun tidak membenarkan mereka pulang ke Negara asal mereka biarpun berat hati saya menurunkan tandatangan tanda persetujuan mereka menamatkan kontrak dengan syarikat . Siapa saya untuk mencorak hidup mereka, menghalang mereka berada di samping keluarga, berumahtangga dan membina kerjaya di Negara asal mereka.

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Benar, patah tumbuh hilang berganti, tetapi tidak akan sama, lima tahun bersama saya mengharungi saat suka duka demi mencari rezeki di bawah bumbung yang sama. Andai dicoretkan tujuh hari tujuh malam pun belum tentu boleh saya huraikan jasa mereka satu persatu.

Thant Zin Mynt


Hanya Allah yang tahu perasaan saya saat ini, coretan ini saya dedikasikan untuk mereka, Naing Lin Zaw dan Thant Zin Mynt. Saya doakan anda berdua berjaya dan berbahagia di samping keluarga anda di Myanmar.

Besar harapan saya, agar anda tidak melupakan saya, kenang yang baik-baik tentang saya, time saya mengamuk sila lupakan, time tu belum consume B complex, cepat naik angin. Hihihihihi..Anda berdua salah satu kenangan terindah dalam kerjaya dan hidup saya. Selamat berjaya.

Nota : Walaupun mereka fasih berbahasa melayu, tetapi saya tahu mereka tidak boleh membaca dengan lancar dan memahami coretan ini. Ini sekadar luahan hati saya.


SID yang ceria
Lieza 0192432683


Tips Kecantikan Wanita

Setiap jiwa yang bergelar wanita sudah tentu amat menitikberatkan soal kecantikan diri.
Ada yang ingin tampil jelita bak artis-artis pujaan, malah ada yang sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit untuk menjalani pelbagai pembedahan kosmetik atas nama kecantikan.



Tidak terhitung yang mengambil pelbagai suntikan agar tampil lebih muda dan bergaya. Biarpun menyakitkan tetapi ramai yang sanggup menahan kesakitan demi kecantikan.


Kecantikan menjadi BADI bagi semua wanita, walaupun kecantikan adalah perkara subjektif yang sukar dirungkai, wanita tetap wanita.


Kebanyakan suntikan ataupun pembedahan kosmetik memberi impak negatif kepada kesihatan. Tatkala kesihatan kian merosot, kecantikan yang diagung-agungkan akan beransur pudar. Mungkinkah kecantikan ini yang menjadi dambaan anda?



Kecantikan sudah pasti perlu seiiring dengan kesihatan, kita tidak terdaya untuk menahan usia kita beranjak hari demi hari. Tetapi kita boleh melambatkan kesan penuaan secara sihat dan semulajadi.
Mengapa perlu membazir ribuan ringgit untuk sesuatu yang belum tentu menjanjikan kesihatan yang lebih baik?


Ikhtiar untuk anda wanita yang inginkan kecantikan secara sihat dan semulajadi ialah dengan pengambilan Set Kecantikan Shaklee secara konsisten, InshaAllah diyakini mampu membantu anda untuk tampil lebih sihat dan menawan.


Ikhtiar perlu diiringi dengan doa agar anda boleh menjalani hidup yang lebih sihat disamping insan-insan kesayangan anda.




Jom cantik secara sihat dengan Set Kecantikan Shaklee, hubungi Lieza 0192432683 untuk mendapatkan Set Kecantikan Shaklee.


COD Balakong dan kawasan sekitar
Poslaju Seluruh Malaysia



Alahan dan Resdung

Alahan atau alergi adalah reaksi tubuh badan manusia yang hipersensitif dengan benda asing yang masuk kedalam tubuh mereka.

Benda asing ini boleh memasuki tubuh manusia melalui saluran pernafasan, paparan di kulit dan makanan yang memasuki saluran pencernaan.

Alergi boleh dikategorikan sebagai gangguan pada saluran pernafasan dan kulit. Bakteria baik dalam tubuh manusia akan cuba melawan gangguan ini, maka ketika inilah berlaku reaksi alergi antigen-antibodi.

Kegatalan


Bagi mereka yang normal, reaksi antigen-antibodi tidak akan meninngalkan sebarang tanda, tetapi tidak bagi pesakit resdung. Reaksi ini akan menyebabkan pesakit resdung gatal-gatal, bengkak-bengkak, mata kemerahan, dan ada sesetengahnya pula akan mengalami sesak nafas.

Alahan disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya makanan-makanan tertentu, habuk (dust mites), spora kulat, gigitan serangga, getah tanaman, cat, logam kosmetik dan ubat-ubatan.

Alahan makanan laut
Bagi penghidap alahan, adalah dinasihatkan untuk berjumpa doktor pakar untuk mengetahui dengan jelas kategori alahan mereka.

Tetapi sekiranya anda tergolong dalam golongan alahan kepada makanan seperti saya amat sesuai sekali menggunakan Set Resdung Shaklee.







Set Resdung Shaklee 

Alfafa Complex

> Sangat membantu dalam mengurangkan rasa gatal
> Bagus untuk asma, resdung, alergi, gegata, dan ekzema
> Mencuci usus bagi membuang toksik
> Mengandungi Vitamin K untuk pembentukan darah dan tulang
> Mengandungi Vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan
> Mengandungi ciri=ciri antihistamin yang membantu menyediakan bantuan daripada gejala-gejala alahan seperti gatal, hidung berair, dan bersin yang berterusan
Harga : RM 53.75 (Penggunaan 2 bulan)




Sustained Released Vita-C Plus

> Mengekalkan sisitem imun di dalam badan
> Berperanan sebagai antioksidan dan menghasilkan kolagen
> Membantu memerangi jangkitan yang masuk ke dalam tubuh kita
> Membantu mengembalikan kecantikan kulit selepas mengalami alergi kulit
Harga : RM 92.50 (Penggunaan 6 bulan)




Vitamin B Complex

> Mengandungi B6 untuk metabolisme protien dan karbohidrat
> B6 juga amat penting untuk fungsi otak, produksi sel darah merah dan membantu fungsi imun badan
> B6 juga mengaktifkan enzim di dalam membantu penyerapan B12 dalam pengeluaran antibodi
> B Complex membantu mencantikkan kulit
> Membekalkan tenaga serta anti kemurungan
Harga : RM 53.75 (Penggunaan 4 bulan)






Bagi yang mendapatkan Set Resdung Shaklee, boleh menghubungi Lieza 0192432683. Setiap pembelian akan disertakan konsultasi kesihatan dan cara pengambilan vitamin yang betul secara percma.

COD : Kawasan Balakong
Poslaju : Seluruh Malaysia





Ulat Resdung Punca Kelemumur

Kelemumur terjadi apabila kulit kepala yang mati dan kering menggelupas secara berlebihan. Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di kepala juga turut menjadi penyumbang terjadinya kelemumur.



Kelemumur


Antara punca kelemumur ialah :
  • Bersyampu tetapi tidak membilasnya secara sempurna
  • Stress (tekanan)
  • Perubahan hormon
  • Resdung
  • Daya imuniti yang rendah

Resdung punca kelemumur

Rambut menipis



Ulat resdung tidak hanya menghuni liang kulit muka, tetapi ulat resdung turut menghuni liang akar rambut. Inilah penyebab utama masalah keguguran rambut.

Ulat resdung yang menghuni liang akar rambut dikenali sebagai parasit demodex. Kehadiran parasit ini yang menyebabkan kerosakan kulit kepala yang teruk disamping rasa gatal yang keterlaluan.



Demodex menghuni liang rambut


Demodex memiliki mulut seperti jarum tajam yang mana mampu menusuk masuk terus ke akar rambut bagi menyerap nutrisi. Parasit ini juga mampu menghasilkan enzim lipid (minyak) sebagai bahan buangannya. 

Bahan buangan demodex yang ditinggal di atas kulit kepala ini akan berubah menjadi kotoran dan bakteria yang akhirnya mengakibatkan sel rambut serta kulit kepala menjadi rosak dan bermasalah.

Bagi pesakit resdung tentu pernah merasai seakan-akan ada sesuatu yang merangkak di kawasan rambut selain rambut yang semakin menipis, sebenarnya itu adalah petanda wujudnya parasit ini.

Selain daripada masalah resdung, parasit ini juga boleh menjangkiti kulit kepala individu yang tidak mementingkan kebersihan rambut, parasit memang menggemari tempat yang kotor dan gelap untuk dijadikan habitat untuk membiak dan pencarian makanan.

Alternatif Rawatan Resdung

Manfaat Set Resdung Shaklee

Set Resdung Shaklee
Bagi yang berminat untuk mendapat manfaat Set Resdung Shaklee boleh menghubungi saya Lieza 0192432683. Setiap pembelian akan diberikan konsultasi kesihatan dan cara pengambilan vitamin secara percuma.







Resdung Punca Jerawat

Ramai yang beranggapan jerawat berpunca daripada resdung, tetapi hakikat sebenar sentimen tersebut adalah kurang tepat.

Jerawat

Kulit muka berjerawat

Jerawat pada asasnya adalah sejenis penyakit kulit yang dihidapi hampir 80% rakyat Malaysia. Jerawat tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat memerangkap kotoran.

Jerawat terjadi didalam lapisan kulit dan mula tumbuh akibat daripada faktor ketidakseimbangan hormon, persekitaran dan juga tekanan (stress). Jerawat tidak boleh berjangkit melalui sentuhan tetapi boleh dihidapi secara turun temurun.

Resdung


Resdung


Resdung berlaku pada lapisan rongga hidung yang berpunca dari alahan kepada makanan atau habuk, serta perubahan cuaca.

Simptom yang biasa dialami oleh pesakit resdung adalah hidung berair, kerap bersin dan selesema, kegatalan pada kulit muka serta mata.

Jika serius, pesakit resdung perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara di dalam rongga hidung. Pesakit resdung serius turut menyebabkan pesakitnya mengalami sakit kepala dan mata yang teruk, hilang deria bau dan pendengaran, malah boleh juga menjangkiti otak dan sekaligus mengundang maut.

Kaitan tidak langsung jerawat dan resdung adalah kegatalan pada bahagian muka pesakit resdung menyebabkan pesakit mula mengaru dan menggosok muka. Kuman yang melekat pada kuku pesakit mengenai liang muka, luka boleh terjadi akibat kesan menggaru sekaligus mengundang jerawat untuk singgah.

Dalam ertikata lain resdung sebenarnya boleh memburukkan lagi kulit muka pesakit yang berjerawat.

Keistimewaan Set Resdung Shaklee


Istimewanya Set Resdung Shaklee, disamping mencegah resdung dan alahan menjadi semakin buruk. Set ini juga berperanan membantu untuk masalah kulit berjerawat. Terutama sekali Sustained Released Vita C Plus dan Vitamin B Complex.

Sustained Released Vita C Plus membantu mempercepatkan proses pemulihan luka akibat jerawat manakala Vitamin B complex penstabil hormon bagi yang sering stress.

Set Resdung Shaklee



Bagi anda yang mempunyai masalah resdung atau masalah kulit muka berjerawat, hubungi saya Lieza 019243263. Setiap pembelian produk akan disertakan konsultasi kesihatan secara percuma.




Alahan Makanan Laut



Sesiapa yang suka makan makanan laut yang segar mesti tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke Perkampungan Ikan Bakar Umbai yang terletak di Melaka. Dulu walaupun saya terdiri daripada golongan allergi dengan makanan laut, saya makan juga sotong goreng tepung, sambal udang, ketam masak merah, kerang bakar. Mana boleh tahan, kecur air liur, mana boleh tengok je.

Sambal Udang & Petai

Gejala Resdung


Tidak sampai satu jam, saya sudah mendapat tindak balas denyutan di bibir saya. Selepas itu saya mula gatal-gatal hampir ke seluruh badan, Biasalah orang degil macam saya, makan ubat allergic yang memang jadi peneman hidup sejak remaja. Bibir yang membengkak memang ambil masa hendak pulih, pernah jugak dua hari saya jadi bahan gelak ketawa kawan-kawan. Bibir seksi mengalahkan Angelina Jolie.


Ditakdirkan Allah berkahwin dengan insan yang mempunyai masalah resdung yang allergic dengan makanan laut. Tetapi suami saya tidak pula bengkak-bengkak badan. Dia pula akan gatal-gatal hidung, puaslah menghembus hingus dan lendir di dalam bilik air. Hanya satu persamaan saya dan dia kalau dalam bab resdung, lawan bersin pada waktu pagi atau cuaca sejuk.




Tidak pernah terfikir hendak mencari penawar, hinggalah suatu hari sahabat pejabat saya bercerita berkenaan allergic yang boleh membawa maut. Bengkak di luar memang nampak jelas, tetapi bagaimana sekiranya berlaku penyempitan saluran pernafasan akibat bengkak. Kejadian sesak nafas dan sekaligus membawa kematian.

Set Resdung Shaklee


Set Resdung Shaklee


Mati itu pasti, tapi seramlah pulak mati sebab degil. sudah tahu allergic makanan laut, makan tak ingat-ingat. Tidak pernah terfikir berkenaan supplemen untuk mencegah dan mengurangkan resdung. Asalnya saya membeli Sustained Released Vita C Plus untuk kecantikan kulit. tetapi yang menakjubkan seawal tiga minggu saya sudah mula kurang bersin dan selesema pada waktu pagi. Sebiji sehari, harga RM92.50 untuk 180 biji, berkongsi penggunaan bersama suami tersayang, boleh guna 2 bulan++. Saya rajin-rajin kan diri buat masker guna vitamin C, itu yang bertahan 2 bulan++. Berbaloi-baloi sangat.

Selepas sebulan, barulah saya berminat survey berkenaan supplemen untuk rawatan Resdung. Testimoni kedua saya melabur untuk membeli Alfafa Complex dan Vitamin B Complex, harga yang sama RM53.75 untuk 330 biji Alfafa, manakala Vitamin B Complex 120 biji.

 Alfafa pula saya makan 5 biji sehari selepas makan tengah hari. Mula-mula masih ragu-ragu untuk makan makanan laut. Tetapi biasalah penggemar makanan laut macam saya, guna istilah "try n error". Percubaan pertama berjaya, dan hinggalah tengah hari semalam selamba je pekena sotong goreng.

Vitamin B Complex pula sebiji sehari selepas sarapan, alhamdulillah mukus sudah tidak tersekat di dalam saluran pernafasan saya. Yang paling saya perasan saya sudah kurang diserang sakit kepala. Terbaik sangat. Suami saya pun mendapat kesan positif dengan pengambilan supplemen ini.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Set Resdung yang hebat ini, hubungi saya. InshaAllah setiap pembelian akan disertakan konsultasi kesihatan dan cara pengambilan supplemen yang betul dan berkesan.

Lieza - 019 243 2683









Rawatan Tradisional Resdung Melemaskan?

Memang tidak dinafikan rokok resdung menjadi pilihan ramai pesakit Resdung. Saya tidak cuba untuk mempertikaikan keupayaan rokok resdung dalam merawat resdung. Pilihan rawatan terletak kepada pesakit itu sendiri, dan sudah tentu pengguna rokok resdung sudah mengkaji baik baik buruk rokok resdung sebelum menggunakannya.

Tapi, bagaimana dengan pesakit yang tidak sukakan bau asap rokok resdung? Terdapat juga pesakit yang berasa lemas dengan asap yang memenuhi muka setiap kali rawatan resdung dilakukan. Jangan berasa bimbang kerana anda masih mempunyai pilihan lain untuk mencegah resdung anda sebelum menjadi parah.

Alternatif Rawatan Resdung


Bagi pesakit yang masih tercari-cari alternatif lain, selain rokok resdung ialah dengan pengambilan supplemen Shaklee, iaitu Set Resdung Shaklee. Tidak boleh dipertikaikan punca utama resdung ialah merosotnya sistem imun badan pesakit didalam menghalang serangan bakteria-bakteria jahat daripada membiak.

Sustained Release Vita-C Plus

Sustained Release Vita-C Plus


Pengambilan Sustained Release Vita-C Plus sebiji sehari selepas sarapan diyakini mampu meningkatkan sistem imun badan pengamalnya. Sebiji Sustained Release Vita-C Plus bersamaan 7 1/2 biji oren. Selain itu Vitamin C Shaklee ini juga amat membantu dalam penyembuhan luka akibat jerawat. Impak berganda untuk pengamalnya ialah kulit semakin cerah berseri, gebu dan InshaAllah semakin menawan.

Harga Sustained Release Vita-C Plus : RM92.50 (180 biji ) ~ penggunaan 6 bulan

B Complex Shaklee

Vitamin B Complex 

Tekanan perasaan atau stress boleh mengganggu sistem badan dan menyebabkan pelbagai penyakit datang menjengah. B6 didalam vitamin ini amat penting bagi memelihara selaput lendir bagi mengelakkannya daripada menganggu ruang pernafasan. Vitamin B Complex juga membantu pengeluaran antibodi badan, membantu dalam pembinaan protien dalam tubuh, membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati. Kesimpulannya mukus yang sering berkumpul di dalam saluran pernafasan pesakit resdung adalah akibat daripada kekurangan vitamin B dalam diet pemakanan seharian. Hanya sebiji sehari diperlukan untuk keperluan badan penggunanya.

Harga Vitamin B Complex : RM53.75 (120 biji ) ~ penggunaan 4 bulan


Alfafa Complex


Alfafa Complex

Alfafa amat membantu dalam mengurangkan rasa gatal, ianya amat bagus untuk pesakit resdung, asma, alergi, gegata dan ekzema. Mencuci usus bagi membuang toksik, dan secara tidak langsung ia membantu bahan kotoran di dalam badan dicernakan secara lembut. Kandungan Vitamin K pula bermanfaat untuk pembentukan darah dan tulang serta membantu mengatur kadar kalsium dalam badan kita. Kandungan Vitamin E didalamnya pula berfungsi sebagai antioksidan yang membantu mencegah kerosakan sel-sel radikal bebas dan mencegah penyakit kardiovaskular. 6 biji sehari diperlukan untuk pesakit Resdung atau Alergi.

Harga Alfafa Complex : RM53.75 (330 biji ) ~ penggunaan 55 hari

Testimoni Pengguna Set Resdung Shaklee

Kalau 6 bulan lepas, saya hanya pengguna Set Resdung Shaklee, setelah amat berpuas hati dengan hasilnya, seikhlas hati menjadi salah seorang SID Shaklee. Selain membeli vitamin berkhasiat untuk saya dan family, saya juga teruja untuk kongsikan kelebihannya di sini. Alhamdulillah saya sudah mula makan makanan laut tanpa ragu. Gatal-gatal, bengkak-bengkak bibir, mata berair, kerap bersin, sakit kepala, serta gatal-gatal dalam telinga pun dah hilang. Syukur sangat-sangat.

Bagi yang berminat mendapatkan Set Resdung Shaklee, boleh menghubungi saya dengan kadar segera.
Setiap pembelian akan saya sertakan konsultasi kesihatan dan cara pengambilan supplemen yang betul secara percuma.

Lieza - 019 243 2683