Masker Pisang Untuk Kulit Cantik

Pisang selain daripada enak di makan begitu sahaja (aiik.. macam iklan roti pulak) rupanya boleh dibuat masker untuk membantu mengurangkan kedutan di muka.

Cara Membuat Masker Pisang


Pisang juga bagus untuk sembelit


Nak buat masker ni bukan susah pun, potong pisang halus-halus dan kisar dengan sedikit air. Lumurkan pada wajah dan biarkan 10 - 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam.

Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk hasil yang lebih baik.

Vitamin C Perangsang Pembetukan Kolagen


Tapi kalau nak hasil lebih tip top dan meletop, telan sebiji Vitamin C setiap hari. Vitamin C berfungsi merangsang kolagen untuk wajah yang lebih tegang, dan bebas garis-garis halus.

Bukan sahaja wajah yang menegang tau..  ;)

Luaskan kuasa Vitamin C



Vitamin C juga membantu kita mendapat kulit yang lebih cerah dan sekata.

Sebiji Vitamin C 500mg hanya 50 sen. 50 sen sehari untuk kekal sihat dan menawan.


Jangan lupa hubungi SID anda yang ceria dan sedia membantu.

Lieza 0192432683

Nak Kulit Cantik Tapi Modal Ciput Part II

Ini kesinambungan post sebelum ini, maklumlah ramai yang whatsapp saya, bagitahu seganlah, susahlah, malulah.

Segan kononnya, kulit dia sendiri kusam macam mana nak promote kat orang Vitamin E tu Vitamin awet muda.

Susahlah, sebab belum kahwin mana pulak nak cerita pasal vitamin E membantu hubungan intim suami isteri.

Malulah bila orang tanya, pernah makan ke? Bila tanya pasal fungsi kesuburan dan kesihatan jantung mula blur nak jawab.

Tuntutlah Ilmu sehingga liang lahad


Menuntut Ilmu Itu Takwa

Hmmm.. betul juga tu, tapi semua itu bukan alasan sebenarnya, segalanya kita boleh belajar melalui pembacaan. Google sahaja tentangVitamin E Shaklee, pasti kita akan jumpa segala isi kandungan tentang Vitamin E.

Walaupun sekadar makan sendiri, ilmu itu penting.  Supaya kita tidak akan mudah tertipu dan terpedaya terutama apabila viral tidak enak tersebar di laman sosial. Dalam masa yang sama dapat menyebarkan ilmu yang kita perolehi.

Elemen USB untuk Bisnes Shaklee

Tapi saya juga setuju, menjadi pengedar kita perlu implemen USB sepertimana MasterNorita terangkan pada saya semasa kelas 3R

Use - Guna dan cinta produk, rasai sendiri kebaikan dan keberkesanannya

Share - Mula berkongsi kebaikannya melalui penulisan dan lisan

Build - Membina empayar bisness yang kukuh

Jadi untuk kulit cantik tapi modal ciput, saya sarankan consume SR Vita-C Plus. Produk ini juga yang membuat saya jatuh cinta dengan Shaklee hingga saat ini. Tak lengkap hidup saya tanpanya, nama pun bercinta kan.

Manfaat SR Vita-C Plus untuk Kecantikan

Sebiji sehari


♡ Merangsang pembentukan kolagen
♡ Mengurangkan garis-garis halus
♡ Kulit lebih cerah sekata
♡ Melambatkan kesan penuaan
♡ Menyekat pembentukan pigmen (punca jeragat)
♡ Membantu menyekat pertumbuhan jerawat, mempercepatkn pemulihan luka jerawat (tabiat suka memicit jerawat)
♡ Kulit lebih lembab dan tidak beruam

Sustained Released Vita-C Plus Murah ?


Kenapa saya kata Sustained Release Vita-C Plus Shaklee ini produk yang sesuai untuk mereka yang nak kulit cantik tapi modal ciput?

Kepentingan Vitamin C


Harganya RM92.50, ooopppss... jangan mengeluh dulu, ianya untuk kegunaan 6 bulan. Kandungan sebotol adalah 180 biji, dan hanya sebiji sehari diperlukan untuk kulit cantik semulajadi.

Untuk pengetahuan kita semua, Vitamin C bukan untuk cantik je tau, tapi amat membantu untuk kekal sihat.


Fungsi lain Vitamin C

♡ Memperbaiki simptom pendarahan - kekurangan Vitamin C penyebab gusi dan hidung berdarah
♡ Meningkatkan sistem imun - membina sel darah merah yang sihat, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Jadi demam, selesema jarang lah nak mendekat.
♡ Memerangi kanser - Anti-oksidan yang berkuasa, meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T cells untuk melawan sel-sel kanser
♡ Memperbaiki insomnia - membaiki kesukaran tidur dan menangani stress
♡ Mengekalkan kolestrol sihat - mampu mengurangkan kolesteol dan tekanan darah. Mengekalkan kapilari darah yang sihat.

Kita hanya berbelanja sekitar RM15.50 sebulan. Jimat kan? Internet bulanan kita pun berganda-ganda daripada tu.

Penting untuk kita menjaga kesihatan

Janganlah terlalu berkira untuk sihat dan cantik. Nanti dah sakit, lagi nampak tua, lagi tak cantik.
Jangan menyesal kalau orang lain makin lawa, kita makin kerepot.


Sekadar hiasan


Kalau tak nak menyesal cepat-cepat whatsapp Lieza 0192432683.  Setiap pembelian disertakan konsultasi kesihatan secara percuma.

Nanti saya ajarkan cara buat masker dengan Sustained Release Vita-C Plus, biar lagi gebu gebas wajah kita. Jangan tunggu lagi, whatsapp saya segera.

SID anda yang ceria Lieza 0192432683

Tips Kecantikan Wanita

Setiap jiwa yang bergelar wanita sudah tentu amat menitikberatkan soal kecantikan diri.
Ada yang ingin tampil jelita bak artis-artis pujaan, malah ada yang sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit untuk menjalani pelbagai pembedahan kosmetik atas nama kecantikan.



Tidak terhitung yang mengambil pelbagai suntikan agar tampil lebih muda dan bergaya. Biarpun menyakitkan tetapi ramai yang sanggup menahan kesakitan demi kecantikan.


Kecantikan menjadi BADI bagi semua wanita, walaupun kecantikan adalah perkara subjektif yang sukar dirungkai, wanita tetap wanita.


Kebanyakan suntikan ataupun pembedahan kosmetik memberi impak negatif kepada kesihatan. Tatkala kesihatan kian merosot, kecantikan yang diagung-agungkan akan beransur pudar. Mungkinkah kecantikan ini yang menjadi dambaan anda?



Kecantikan sudah pasti perlu seiiring dengan kesihatan, kita tidak terdaya untuk menahan usia kita beranjak hari demi hari. Tetapi kita boleh melambatkan kesan penuaan secara sihat dan semulajadi.
Mengapa perlu membazir ribuan ringgit untuk sesuatu yang belum tentu menjanjikan kesihatan yang lebih baik?


Ikhtiar untuk anda wanita yang inginkan kecantikan secara sihat dan semulajadi ialah dengan pengambilan Set Kecantikan Shaklee secara konsisten, InshaAllah diyakini mampu membantu anda untuk tampil lebih sihat dan menawan.


Ikhtiar perlu diiringi dengan doa agar anda boleh menjalani hidup yang lebih sihat disamping insan-insan kesayangan anda.




Jom cantik secara sihat dengan Set Kecantikan Shaklee, hubungi Lieza 0192432683 untuk mendapatkan Set Kecantikan Shaklee.


COD Balakong dan kawasan sekitar
Poslaju Seluruh Malaysia



Alahan dan Resdung

Alahan atau alergi adalah reaksi tubuh badan manusia yang hipersensitif dengan benda asing yang masuk kedalam tubuh mereka.

Benda asing ini boleh memasuki tubuh manusia melalui saluran pernafasan, paparan di kulit dan makanan yang memasuki saluran pencernaan.

Alergi boleh dikategorikan sebagai gangguan pada saluran pernafasan dan kulit. Bakteria baik dalam tubuh manusia akan cuba melawan gangguan ini, maka ketika inilah berlaku reaksi alergi antigen-antibodi.

Kegatalan


Bagi mereka yang normal, reaksi antigen-antibodi tidak akan meninngalkan sebarang tanda, tetapi tidak bagi pesakit resdung. Reaksi ini akan menyebabkan pesakit resdung gatal-gatal, bengkak-bengkak, mata kemerahan, dan ada sesetengahnya pula akan mengalami sesak nafas.

Alahan disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya makanan-makanan tertentu, habuk (dust mites), spora kulat, gigitan serangga, getah tanaman, cat, logam kosmetik dan ubat-ubatan.

Alahan makanan laut
Bagi penghidap alahan, adalah dinasihatkan untuk berjumpa doktor pakar untuk mengetahui dengan jelas kategori alahan mereka.

Tetapi sekiranya anda tergolong dalam golongan alahan kepada makanan seperti saya amat sesuai sekali menggunakan Set Resdung Shaklee.







Set Resdung Shaklee 

Alfafa Complex

> Sangat membantu dalam mengurangkan rasa gatal
> Bagus untuk asma, resdung, alergi, gegata, dan ekzema
> Mencuci usus bagi membuang toksik
> Mengandungi Vitamin K untuk pembentukan darah dan tulang
> Mengandungi Vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan
> Mengandungi ciri=ciri antihistamin yang membantu menyediakan bantuan daripada gejala-gejala alahan seperti gatal, hidung berair, dan bersin yang berterusan
Harga : RM 53.75 (Penggunaan 2 bulan)




Sustained Released Vita-C Plus

> Mengekalkan sisitem imun di dalam badan
> Berperanan sebagai antioksidan dan menghasilkan kolagen
> Membantu memerangi jangkitan yang masuk ke dalam tubuh kita
> Membantu mengembalikan kecantikan kulit selepas mengalami alergi kulit
Harga : RM 92.50 (Penggunaan 6 bulan)




Vitamin B Complex

> Mengandungi B6 untuk metabolisme protien dan karbohidrat
> B6 juga amat penting untuk fungsi otak, produksi sel darah merah dan membantu fungsi imun badan
> B6 juga mengaktifkan enzim di dalam membantu penyerapan B12 dalam pengeluaran antibodi
> B Complex membantu mencantikkan kulit
> Membekalkan tenaga serta anti kemurungan
Harga : RM 53.75 (Penggunaan 4 bulan)






Bagi yang mendapatkan Set Resdung Shaklee, boleh menghubungi Lieza 0192432683. Setiap pembelian akan disertakan konsultasi kesihatan dan cara pengambilan vitamin yang betul secara percma.

COD : Kawasan Balakong
Poslaju : Seluruh Malaysia





Ulat Resdung Punca Kelemumur

Kelemumur terjadi apabila kulit kepala yang mati dan kering menggelupas secara berlebihan. Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di kepala juga turut menjadi penyumbang terjadinya kelemumur.



Kelemumur


Antara punca kelemumur ialah :
  • Bersyampu tetapi tidak membilasnya secara sempurna
  • Stress (tekanan)
  • Perubahan hormon
  • Resdung
  • Daya imuniti yang rendah

Resdung punca kelemumur

Rambut menipis



Ulat resdung tidak hanya menghuni liang kulit muka, tetapi ulat resdung turut menghuni liang akar rambut. Inilah penyebab utama masalah keguguran rambut.

Ulat resdung yang menghuni liang akar rambut dikenali sebagai parasit demodex. Kehadiran parasit ini yang menyebabkan kerosakan kulit kepala yang teruk disamping rasa gatal yang keterlaluan.



Demodex menghuni liang rambut


Demodex memiliki mulut seperti jarum tajam yang mana mampu menusuk masuk terus ke akar rambut bagi menyerap nutrisi. Parasit ini juga mampu menghasilkan enzim lipid (minyak) sebagai bahan buangannya. 

Bahan buangan demodex yang ditinggal di atas kulit kepala ini akan berubah menjadi kotoran dan bakteria yang akhirnya mengakibatkan sel rambut serta kulit kepala menjadi rosak dan bermasalah.

Bagi pesakit resdung tentu pernah merasai seakan-akan ada sesuatu yang merangkak di kawasan rambut selain rambut yang semakin menipis, sebenarnya itu adalah petanda wujudnya parasit ini.

Selain daripada masalah resdung, parasit ini juga boleh menjangkiti kulit kepala individu yang tidak mementingkan kebersihan rambut, parasit memang menggemari tempat yang kotor dan gelap untuk dijadikan habitat untuk membiak dan pencarian makanan.

Alternatif Rawatan Resdung

Manfaat Set Resdung Shaklee

Set Resdung Shaklee
Bagi yang berminat untuk mendapat manfaat Set Resdung Shaklee boleh menghubungi saya Lieza 0192432683. Setiap pembelian akan diberikan konsultasi kesihatan dan cara pengambilan vitamin secara percuma.







Resdung Punca Jerawat

Ramai yang beranggapan jerawat berpunca daripada resdung, tetapi hakikat sebenar sentimen tersebut adalah kurang tepat.

Jerawat

Kulit muka berjerawat

Jerawat pada asasnya adalah sejenis penyakit kulit yang dihidapi hampir 80% rakyat Malaysia. Jerawat tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat memerangkap kotoran.

Jerawat terjadi didalam lapisan kulit dan mula tumbuh akibat daripada faktor ketidakseimbangan hormon, persekitaran dan juga tekanan (stress). Jerawat tidak boleh berjangkit melalui sentuhan tetapi boleh dihidapi secara turun temurun.

Resdung


Resdung


Resdung berlaku pada lapisan rongga hidung yang berpunca dari alahan kepada makanan atau habuk, serta perubahan cuaca.

Simptom yang biasa dialami oleh pesakit resdung adalah hidung berair, kerap bersin dan selesema, kegatalan pada kulit muka serta mata.

Jika serius, pesakit resdung perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara di dalam rongga hidung. Pesakit resdung serius turut menyebabkan pesakitnya mengalami sakit kepala dan mata yang teruk, hilang deria bau dan pendengaran, malah boleh juga menjangkiti otak dan sekaligus mengundang maut.

Kaitan tidak langsung jerawat dan resdung adalah kegatalan pada bahagian muka pesakit resdung menyebabkan pesakit mula mengaru dan menggosok muka. Kuman yang melekat pada kuku pesakit mengenai liang muka, luka boleh terjadi akibat kesan menggaru sekaligus mengundang jerawat untuk singgah.

Dalam ertikata lain resdung sebenarnya boleh memburukkan lagi kulit muka pesakit yang berjerawat.

Keistimewaan Set Resdung Shaklee


Istimewanya Set Resdung Shaklee, disamping mencegah resdung dan alahan menjadi semakin buruk. Set ini juga berperanan membantu untuk masalah kulit berjerawat. Terutama sekali Sustained Released Vita C Plus dan Vitamin B Complex.

Sustained Released Vita C Plus membantu mempercepatkan proses pemulihan luka akibat jerawat manakala Vitamin B complex penstabil hormon bagi yang sering stress.

Set Resdung Shaklee



Bagi anda yang mempunyai masalah resdung atau masalah kulit muka berjerawat, hubungi saya Lieza 019243263. Setiap pembelian produk akan disertakan konsultasi kesihatan secara percuma.




Alahan Makanan Laut



Sesiapa yang suka makan makanan laut yang segar mesti tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke Perkampungan Ikan Bakar Umbai yang terletak di Melaka. Dulu walaupun saya terdiri daripada golongan allergi dengan makanan laut, saya makan juga sotong goreng tepung, sambal udang, ketam masak merah, kerang bakar. Mana boleh tahan, kecur air liur, mana boleh tengok je.

Sambal Udang & Petai

Gejala Resdung


Tidak sampai satu jam, saya sudah mendapat tindak balas denyutan di bibir saya. Selepas itu saya mula gatal-gatal hampir ke seluruh badan, Biasalah orang degil macam saya, makan ubat allergic yang memang jadi peneman hidup sejak remaja. Bibir yang membengkak memang ambil masa hendak pulih, pernah jugak dua hari saya jadi bahan gelak ketawa kawan-kawan. Bibir seksi mengalahkan Angelina Jolie.


Ditakdirkan Allah berkahwin dengan insan yang mempunyai masalah resdung yang allergic dengan makanan laut. Tetapi suami saya tidak pula bengkak-bengkak badan. Dia pula akan gatal-gatal hidung, puaslah menghembus hingus dan lendir di dalam bilik air. Hanya satu persamaan saya dan dia kalau dalam bab resdung, lawan bersin pada waktu pagi atau cuaca sejuk.




Tidak pernah terfikir hendak mencari penawar, hinggalah suatu hari sahabat pejabat saya bercerita berkenaan allergic yang boleh membawa maut. Bengkak di luar memang nampak jelas, tetapi bagaimana sekiranya berlaku penyempitan saluran pernafasan akibat bengkak. Kejadian sesak nafas dan sekaligus membawa kematian.

Set Resdung Shaklee


Set Resdung Shaklee


Mati itu pasti, tapi seramlah pulak mati sebab degil. sudah tahu allergic makanan laut, makan tak ingat-ingat. Tidak pernah terfikir berkenaan supplemen untuk mencegah dan mengurangkan resdung. Asalnya saya membeli Sustained Released Vita C Plus untuk kecantikan kulit. tetapi yang menakjubkan seawal tiga minggu saya sudah mula kurang bersin dan selesema pada waktu pagi. Sebiji sehari, harga RM92.50 untuk 180 biji, berkongsi penggunaan bersama suami tersayang, boleh guna 2 bulan++. Saya rajin-rajin kan diri buat masker guna vitamin C, itu yang bertahan 2 bulan++. Berbaloi-baloi sangat.

Selepas sebulan, barulah saya berminat survey berkenaan supplemen untuk rawatan Resdung. Testimoni kedua saya melabur untuk membeli Alfafa Complex dan Vitamin B Complex, harga yang sama RM53.75 untuk 330 biji Alfafa, manakala Vitamin B Complex 120 biji.

 Alfafa pula saya makan 5 biji sehari selepas makan tengah hari. Mula-mula masih ragu-ragu untuk makan makanan laut. Tetapi biasalah penggemar makanan laut macam saya, guna istilah "try n error". Percubaan pertama berjaya, dan hinggalah tengah hari semalam selamba je pekena sotong goreng.

Vitamin B Complex pula sebiji sehari selepas sarapan, alhamdulillah mukus sudah tidak tersekat di dalam saluran pernafasan saya. Yang paling saya perasan saya sudah kurang diserang sakit kepala. Terbaik sangat. Suami saya pun mendapat kesan positif dengan pengambilan supplemen ini.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Set Resdung yang hebat ini, hubungi saya. InshaAllah setiap pembelian akan disertakan konsultasi kesihatan dan cara pengambilan supplemen yang betul dan berkesan.

Lieza - 019 243 2683









Rawatan Tradisional Resdung Melemaskan?

Memang tidak dinafikan rokok resdung menjadi pilihan ramai pesakit Resdung. Saya tidak cuba untuk mempertikaikan keupayaan rokok resdung dalam merawat resdung. Pilihan rawatan terletak kepada pesakit itu sendiri, dan sudah tentu pengguna rokok resdung sudah mengkaji baik baik buruk rokok resdung sebelum menggunakannya.

Tapi, bagaimana dengan pesakit yang tidak sukakan bau asap rokok resdung? Terdapat juga pesakit yang berasa lemas dengan asap yang memenuhi muka setiap kali rawatan resdung dilakukan. Jangan berasa bimbang kerana anda masih mempunyai pilihan lain untuk mencegah resdung anda sebelum menjadi parah.

Alternatif Rawatan Resdung


Bagi pesakit yang masih tercari-cari alternatif lain, selain rokok resdung ialah dengan pengambilan supplemen Shaklee, iaitu Set Resdung Shaklee. Tidak boleh dipertikaikan punca utama resdung ialah merosotnya sistem imun badan pesakit didalam menghalang serangan bakteria-bakteria jahat daripada membiak.

Sustained Release Vita-C Plus

Sustained Release Vita-C Plus


Pengambilan Sustained Release Vita-C Plus sebiji sehari selepas sarapan diyakini mampu meningkatkan sistem imun badan pengamalnya. Sebiji Sustained Release Vita-C Plus bersamaan 7 1/2 biji oren. Selain itu Vitamin C Shaklee ini juga amat membantu dalam penyembuhan luka akibat jerawat. Impak berganda untuk pengamalnya ialah kulit semakin cerah berseri, gebu dan InshaAllah semakin menawan.

Harga Sustained Release Vita-C Plus : RM92.50 (180 biji ) ~ penggunaan 6 bulan

B Complex Shaklee

Vitamin B Complex 

Tekanan perasaan atau stress boleh mengganggu sistem badan dan menyebabkan pelbagai penyakit datang menjengah. B6 didalam vitamin ini amat penting bagi memelihara selaput lendir bagi mengelakkannya daripada menganggu ruang pernafasan. Vitamin B Complex juga membantu pengeluaran antibodi badan, membantu dalam pembinaan protien dalam tubuh, membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati. Kesimpulannya mukus yang sering berkumpul di dalam saluran pernafasan pesakit resdung adalah akibat daripada kekurangan vitamin B dalam diet pemakanan seharian. Hanya sebiji sehari diperlukan untuk keperluan badan penggunanya.

Harga Vitamin B Complex : RM53.75 (120 biji ) ~ penggunaan 4 bulan


Alfafa Complex


Alfafa Complex

Alfafa amat membantu dalam mengurangkan rasa gatal, ianya amat bagus untuk pesakit resdung, asma, alergi, gegata dan ekzema. Mencuci usus bagi membuang toksik, dan secara tidak langsung ia membantu bahan kotoran di dalam badan dicernakan secara lembut. Kandungan Vitamin K pula bermanfaat untuk pembentukan darah dan tulang serta membantu mengatur kadar kalsium dalam badan kita. Kandungan Vitamin E didalamnya pula berfungsi sebagai antioksidan yang membantu mencegah kerosakan sel-sel radikal bebas dan mencegah penyakit kardiovaskular. 6 biji sehari diperlukan untuk pesakit Resdung atau Alergi.

Harga Alfafa Complex : RM53.75 (330 biji ) ~ penggunaan 55 hari

Testimoni Pengguna Set Resdung Shaklee

Kalau 6 bulan lepas, saya hanya pengguna Set Resdung Shaklee, setelah amat berpuas hati dengan hasilnya, seikhlas hati menjadi salah seorang SID Shaklee. Selain membeli vitamin berkhasiat untuk saya dan family, saya juga teruja untuk kongsikan kelebihannya di sini. Alhamdulillah saya sudah mula makan makanan laut tanpa ragu. Gatal-gatal, bengkak-bengkak bibir, mata berair, kerap bersin, sakit kepala, serta gatal-gatal dalam telinga pun dah hilang. Syukur sangat-sangat.

Bagi yang berminat mendapatkan Set Resdung Shaklee, boleh menghubungi saya dengan kadar segera.
Setiap pembelian akan saya sertakan konsultasi kesihatan dan cara pengambilan supplemen yang betul secara percuma.

Lieza - 019 243 2683