Home » , , » Nafas Berbau Kerana Resdung

Nafas Berbau Kerana Resdung


Keadaan sering mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala, terutama pada waktu pagi yang dingin memang akan merimaskan sesiapa sahaja yang mengalaminya. Tekak pula terasa bagai dipenuhi kahak, batuk, sakit kepala juga sering menyerang dan sukar untuk pulih adalah simpton kepada resdung (sinusitis)

Nafas berbau


Apa itu Resdung?


Resdung ialah keradangan pada lapisan membran dalam mana-mana ruang sinus. Ia menjadi faktor utama pengidap Resdung menjadi amat sensitif dengan perubahan cuaca yang sejuk, pencemaran alam sekitar, jangkitan bakteria dan bahan yg boleh menyebabkan alahan seperti makanan laut.



Busuknya

Kaitan resdung dengan nafas berbau

Masalah-masalah yang berpunca dari bahagian-bahagian badan seperti hidung, sinus, tekak, gigi, ruang mulut, paru-paru ataupun perut adalah punca nafas berbau. Ini kerana bahagian-bahagian tersebut berkait rapat dengan ruang pernafasan.

Secara semulajadinya ruang sinus kita diselaputi mukus (lendir) sebagai perlindungan. Mukus yang terkumpul dialirkan ke ruang saluran hidung supaya ruang sinus sentiasa bersih. Apabila selesema atau serangan alahan berlaku, sinus akan mengalami keradangan dan tidak dapat mengalirkan mukus. Pengumpulan mukus ini menyebabkan hidung tersumbat dan sekaligus penyumbang utama jangkitan bakteria.

Apabila dijangkiti bakteria, kahak kuning atau kehijauan mengalir ke ruang hidung yang kemudiannya akan menitis ke belakang tekak. Situasi ini seterusnya akan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti sakit kepala, hidung tersumbat, sakit tekak, serak suara dan termasuklah nafas berbau.


Anda mungkin tidak sedar perkara ini, hinggalah orang mula menjauhkan diri daripada anda kerana nafas berbau. Selain itu kredibiliti anda akan turut terheret jika masalah resdung anda tidak diatasi dengan segera. 



Set Resdung Shaklee

Set Resdung Shaklee


Peranan Set Resdung Shaklee

Langkah pecegahan adalah lebih baik daripada merawatnya. Sesiapa yang berminat mendapatkan Set Resdung Shaklee boleh berhubung terus dengan saya, Lieza - 0192432683.

Setiap pembelian akan disertakan dengan konsultasi kesihatan dan cara pengambilan supplemen yang betul secara percuma.

CEGAH SEBELUM PARAH

1 comments:


  1. Artikel yang menarik. Memang nafas berbau atau halithosis
    kerap disebabkan oleh kurang penjagaan kebersihan mulut, gigi dan
    gusi. Selain itu, ia juga boleh berpunca daripada masalah resdung atau sinusitis. 

    BalasPadam