Home » , , » Rambut Gugur Akibat Resdung

Rambut Gugur Akibat Resdung

Pesakit Resdung akan berhadapan dengan keadaan seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gatal-gatal hidung, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala pada waktu pagi. Manakala bagi yang sudah kronik pula, resdung boleh memberi impak besar kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak.

Apa yang menakutkan, resdung juga boleh mengakibatkan komplikasi kepada otak, sekaligus mengundang kematian.




Resdung bermula dengan jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekitar bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.

Terdapat segelintir pesakit Resdung tahap kronik terpaksa mengambil suntikan Diprospan untuk mengelak daripada melakukan pembedahan. Benar, suntikan Diprospan mampu mengawal alahan dan komplikasi resdung bagi tempoh 30 hari hingga 40 hari selepas suntikan.

Suntikan Diprospan


Tetapi perlu diingatkan, Diprospan  merupakan DADAH STEARIOD yang dihasilkan secara sintetik bagi menguatkan daya tahan atau antibodi pesakit. Pesakit Resdung yang mengambil suntikan Diprospan ini juga perlu bersedia untuk menerima kesan sampingan kerana memilih kaedah rawatan ini.

Kesan Sampingan Suntikan Diprospan


Masalah keguguran Rambut


Jika suntikan ini di ambil bertahun-tahun, ia boleh mendatangkan risiko BOTAK kerana masalah keguguran rambut. Pesakit juga akan berdepan risiko mendapat penyakit DARAH TINGGI dan KENCING MANIS. Selain daripada itu, kesan jangka panjang yang lain ialah pereputan tulang dan kerosakan buah pinggang pesakit Resdung.

Kenapa kita perlu memilih sesuatu yang sudah pasti akan memudaratkan diri sendiri? Berfikir sejenak, akar umbi serangan resdung ialah berpunca daripada merosotnya antibodi dan sistem imun pesakit. Jadi, untuk mencegah Resdung daripada terus menyerang, kita perlukan supplemen untuk pertahanan daripada bakteria-bakteria penyakit Resdung.

Mencegah semestinya lebih baik daripada merawat.

Tips menguruskan Resdung

  • Bagi pesakit yang mempunyai alahan rumah, disarankan tidak membersihkan rumah menggunakan penyapu sebaliknya menggunakan mop atau vakum
  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
  • Banyakkan berehat dan berbaring agar anda dapat bernafas dengan lebih baik
  • Hirup sup panas dan perbanyakkan minum air masak
  • Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih daripada 7 hari, kerana ia akan menyebabkan bengkak di dalam sinus menjadi lebih teruk.
  • Lap muka dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam
  • Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang dijual di farmasi
  • Pengambilan supplemen-supplemen tambahan seperti Set Resdung Shaklee untuk meningkatkan antibodi, mencegah alahan dan anti stress.
  • Berbincanglah dengan doktor sebelum mengambil ubat-ubatan, kerana sesetengah ubat-ubatan akan memberi kesan yang lebih teruk kepada diri anda.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan Set Resdung Shaklee, boleh berhubung terus dengan saya.
Lieza - 019 243 2683

Setiap pembelian akan disertakan konsultasi kesihatan serta cara pengambilan supplemen yang berkesan secara percuma.

Jangan biarkan Resdung memudaratkan hidup anda.





0 comments:

Catat Ulasan