Khas buat semua bakal ibu yang menanti saat kelahiran permata hati, semoga ianya bermanfaat untuk diaplikasikan.
Tips ini wajar dikongsi bersama suami, agar beliau boleh mengingatkan anda sewaktu menemani anda ketika proses bersalin. Tidak dinafikan kesakitan kontraksi boleh membuatkan kita terlupa tips-tips ini.
Bersalin Normal |
- Angkat kepala dagu cecah dada
- Mata pandang perut
- Tangan memegang bahagian kaki yang berhampiran buku lali
- Sewaktu meneran jangan mengeluarkan suara mahupun menangis kerana ianya akan membuatkan anda kurang bertenaga dan lemah
- Semasa meneran juga jangan sesekali mengangkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina
- Tarik nafas sedalam yang boleh dan meneran seolah-alah membuang air besar tanpa blow nafas
- Teran sekuat yang terdaya selama yang boleh, curi nafas dan sambung meneran setiap kali anda berasa sakit (kontraksi)
- Teran sewaktu kontraksi sahaja sebab baby pun akan bergerak sama
- Baca Bismillah dan banyakkan berselawat
Kesakitan bersalin normal memang sukar untuk diulas dan sehingga hari ini saya sendiri sukar menggambarkan dengan kata-kata tentang kesakitan, mahupun mengimbas satu persatu momen melahirkan keempat-empat anak saya secara normal.
Tangisan pertama |
Tetapi hanya seperkara yang saya boleh janjikan untuk bakal ibu, detik indah dan kemanisan selepas melahirkan anak. Saat anda memeluk, mencium, menyusukan anak yang dilahirkan serta melihat suami mengazankan anak, kesakitan sebelumnya akan lenyap bagai di bawa angin lalu. Ketenangan yang tidak terungkap.
Saat Indah |
Titipan cinta dan sayang buat bonda tercinta, Che Rubiah Mohammed, pengorbananmu tiada nilainya.
Pengedar Shaklee yang ceria
Lieza 0192432683
0 comments:
Catat Ulasan