Home » » Aktiviti Hujung Minggu

Aktiviti Hujung Minggu

Cuti hujung minggu, adalah hari cuti yang sebaik mungkin ingin saya manfaatkan bersama keluarga tercinta. Kekangan masa bersama anak-anak kerana tuntutan kerja membuat saya sering terlepas momen-momen indah perkara pertama anak-anak saya. Tetapi saya sedar, masa yang berlalu tidak akan berulang, hanya cuba menggantikan dengan menghabiskan cuti hujung minggu bersama.

Aktiviti Dalam Rumah


Hari minggu saya bersama keluarga hanya sesekali dipenuhi dengan aktiviti luar rumah, biasanya dipenuhi dengan aktiviti dalam rumah seperti pertandingan origami, kraftangan, mewarna, teka teki, menonton DVD, dan sesekali aktiviti memasak kuih.

Ini aktiviti paling baru, en. suami pun layan


Riadah Luar Rumah


Jika cuaca mengizinkan barulah membawa anak-anak riadah petang seperti bermain badminton di Lake Valley Bandar Tun Hussien Onn, berbasikal di Tasik Permaisuri, jogging di Taman Botani Putrajaya, bermain layang-layang di Putrajaya atau memancing di Dengkil (ini saya tak ikut... boring).

Bagi makan ikan di Lake Valley memang aktiviti wajib anak-anak bila di sana

Memasak Menu Pilihan


Siakap Stim, salah satu menu hujung minggu
Sesuatu  yang wajib bagi saya pada hujung minggu adalah memasak makanan kegemaran anak-anak dan suami. Kadang-kadang hingga lima jenis lauk terhidang, yelah tiga anak dara dah pandai memilih menu sendiri, campur menu suami, dan menu si hero yang berasaskan sup.


Ada ketikanya hanya perlu dua menu sahaja kerana adakalanya mereka mempunyai pendapat yang sama dalam memilih menu mingguan. Saya memang suka memasak, tidak kira apa jenis masakan dan pengkritik utama tentunya suami saya. Suka tidak bermakna saya pandai memasak, masih lagi dalam proses belajar memasak untuk memenuhi selera keluarga.



Sebaran Ilmu


 Hujung minggu juga, adakalanya saya akan menghadiri kelas-kelas yang berkaitan dengan Shaklee seperti kelas blog, motivasi dan bimbingan untuk saya kenal, cinta dan kongsi segala-galanya tentang Shaklee.

Saya suka mendengar, melihat, dan mendekati orang-orang yang hebat dalam Shaklee. Saya sebenarnya ingin menyedut aura positif mereka, dalam masa yang sama membina asas keyakinan yang lebih kukuh dalam diri saya sendiri sebelum mengorak langkah yang lebih jauh. InshaAllah.



Shaklee Effect 3R - Master Norita (14/09/2014)

Salam sayang,

Pengedar Shaklee anda yang ceria,

Lieza 0192432683







0 comments:

Catat Ulasan