Home » » Kaki Pancing Itu Suamiku

Kaki Pancing Itu Suamiku

Dua post sebelum ni bercerita pasal resepi, hari ini tergerak hati bercerita pasal hobi suami saya iaitu memancing. Mana tidaknya, minggu lepas bawak balik ikan banyak-banyak, saya kena tolong dia siang dan bersihkan. Tau je la ikan sungai, hanyir bukan main.

Ikan Baung

Kali ini, beliau bawak balik ikan patin, baung, dan lampan. ikan patin masak gulai tempoyak, pergghh.. kalau makan dengan nasi panas, confirm bertambah-tambah la makan nasi. Baung pulak biasanya masak asam pedas, manakala ikan lampan goreng pun sedap.

Ikan Patin yang berjaya beliau pancing


Dok rumah teres kos rendah, yang dapur boleh berlaga bontot, perasan saya selepas kerja-kerja menyiang selesai, satu dapur bau bau hanyir ikan. Apa lagi tengah-tengah malam bedal mengemop dengan Basic H, hilang bau, lantai pun berkilat. Sekali mop jer, memang best.


Kaki Pancing Itu Suamiku



Sewaktu bercinta tidak tahu pun dia ni kaki pancing, dah kahwin barulah saya tahu minat memancing yang beliau sorokkan. Awal perkahwinan macam tidak boleh menerima hobi beliau yang bagi saya sekadar membuang masa, pernah juga bergaduh pasal ni. Tetapi biasalah suami isteri, sedangkan lidah lagikan tergigit.

Dulu pernah juga mengadu dengan mak pasal kes ni, tetapi kata-kata mak masih saya pegang hingga ke hari ini. "orang lelaki takkan sama dengan orang perempuan, ibarat kita main layang-layang, sewaktu angin bertiup lepaskan perlahan-lahan layang-layang tu, tapi masih dalam kawalan kerana talinya masih di tangan kita, tetapi kiranya kita berkeras tidak membenarkan layang-layang terbang malah talinya disentap, layang-layang itu mungkin akan terputus talinya"

Layang-layang terputus tali


Jadi hobi suami yang satu ini bagaikan sudah sebati dengan saya, asalkan bukan tiap-tiap minggu kerjanya memancing, perlu juga luangkan masa bersama keluarga. Pernah juga beliau membawa saya dan anak-anak ikut bersama, tapi itulah kali pertama dan terakhir untuk saya. Sungguh tidak berminat, ada baiknya layan hindustan. Sekarang lagi seronok layan customer Shaklee, berkongsi kebaikan, konsultasi kesihatan, jadual pengambilan supplemen, dah perasan doktor pulak, hihihihihi.



SID anda yang ceria 
Lieza 019 2432683








0 comments:

Catat Ulasan