Home » » 16 Days Photo Challenge Day 1 - Handwriting

16 Days Photo Challenge Day 1 - Handwriting

Bila bercakap pasal tulisan tangan, huhuhuhu…. terpaksalah mengakui tulisan saya bukanlah kategori tulisan yang menarik dan tertarik.

Pernah juga mendapat kritikan rakan opis, sukar di baca. Ye ke? Rasanya taklah teruk sangat kan? Diaorang saje je kan.


Nota Training


Dalam pada itu saya amat mengagumi tulisan tangan staf saya sendiri, tulisan yang bagi saya ada kelas tersendiri.  Malah sering mendapat pujian ramai rakan opis yang lain, saat diperkenalkan empunya tulisan tangan itu ramai yang akan mula tertanya-tanya di mana beliau mempelajarinya.

Apa pandangan semua tentang tulisan beliau?






Mungkin bagi anda biasa, tapi tahukah anda pemilik tulisan tangan ini merupakan seorang pekerja biasa, belajar sekadar tahap rendah di Negara asalnya Myanmar, datang ke Malaysia pada usia remaja, dan tidak tahu langsung berbahasa melayu, apatah lagi membacanya. Beliau hanya tahu menulis dalam bahasa Myanmar, tulisan bulat-bulat tu.



Tetapi semangat beliau belajar menulis perlu di puji, beliau meminta bantuan Supervisor untuk print huruf dan nombor paten tulisan pilihan beliau daripada computer. Beliau mula berlatih menulis di rumah, mengikut paten tulisan yang di print tadi, dan dalam masa sebulan akhirnya membuahkan hasil.

Betul kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalannya. Beliau sering menjadi mangsa buli saya untuk menulis nama saya pada flyers Shaklee, ooopss time tu belum tempah rubber stamp. Jangan ikut perangai kaki buli saya tau… yang foto kat atas tu pun saya yang paksa dia tulis.


SID anda yang ceria,

Lieza 0192432683

3 comments: