Home » » Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Hari ini, 16 Sept 2014, "Hari Malaysia" seluruh Malaysia bercuti meraikannya, ada yang meluangkan masa bersama keluarga, bercuti di kampung, dan ada yang membawa anak-anak beriadah. Orang bujang mungkin menggunakan peluang sebaik mungkin untuk merehatkan badan di rumah.

Tetapi saya... berada di MiRC Kajang, Jalan Sentral 1 mengikuti kelas Disini Lahirnya Sebuah Blog.

Anak-anak ditinggalkan bersama suami tersayang, alhamdulillah mereka tidak merungut dan bersyukur restu suami mengiringi saya di sini.

Persoalan yang sering singgah di benak hati semua orang ialah apa, mengapa dan kenapa membawa saya hadir ke sini, dan jawapannya begitu sukar untuk saya rungkai.

Apa yang saya tahu kehadiran saya bukan semata-mata kerana Shaklee, perasaan teruja saya yang sukar di kawal iaitu ingin mendekati insan-insan hebat yang sentiasa siap sedia berkongsi ilmu, berkenalan dengan rakan SID lain, dan yang paling utama mencari 'sesuatu' yang sukar saya ungkap dengan penulisan.

SEO / Cintai Blog / STPM


(Babah Faiz dan Mama Ainul)



Facebook Algorithm membuat ramai peniaga online mengeluh, tetapi kita tidak boleh menolak hak Facebook, pilihan yang peniaga online ada sekarang ini ialah "blog"

Bila bercerita mengenai blog, pasti ramai blogger yang ingin mencapai hits post tertinggi, blog berada di page pertama google. Di sini la keywords (SEO) memainkan peranan, tapi bukan itu yang mendorong pembaca terus menerokai blog kita. Teknik penulisan juga penting, jangan sesekali copy paste dan yang selalu ditekankan tulislah dari hati, kerana di hati lahirnya sebuah CINTA.

S - SEO
T - Teknik Menulis
P - Promosi
M - Money

Perkongsian Master Cinta


Tiga perkara yang ditekankan oleh Tuan Lizan

Hargai Ilmu

Sedikit atau banyak ilmu yang anda perolehi hargailah ia sebaik mungkin,  kerana di situlah keberkatan sebenar sesuatu ilmu yang kita perolehi.



Rajinkan membaca, membuat penelitian pelbagai jurnal, kenali produk, gali dalam-dalam produk yang kita fokus. Jadikan kita Master Produk, dan jika ada sebarang viral tersebar kita tidak akan terus melatah.

Dalam bisness, produk menggerakkan bisness bukan bisness menggerakkan produk, keyakinan pada produk yang selamat, semulajadi dan berkesan.


Jangan Mudah putus Asa

Di dalam kehidupan kita, tidak semua yang menyayangi mahupun menyukai kita, mungkin ada yang membenci tanpa kita sedari. Teruskan berkongsi kebaikan, ilmu, mahupun pengalaman sendiri tanpa perlu menafikan hak mereka untuk memilih.



Amalan Kerohanian

Segala usaha perlu di iringi doa, mudah-mudahan Allah menggerakkan hati mereka membeli dan menyokong bisness Shaklee anda. Pertingkatkan amalan sunat dalam ibadah dan perbanyakkan bersedekah.


Roh Dalam Blog

(Tuan Naja)

Penulisan dengan jiwa, tarik emosi pembaca untuk terus membaca blog kita seolah-olah blog kita hidup untuk bercerita. SEO, isi kandungan dan promosi penting untuk mendapat hits yang tinggi.



Gunakan istilah mahupun ayat yang boleh menyentuh tangkai hati pengguna, letakkan diri kita sebagai pengguna. Jika rasa blur kurang idea, banyakkan membaca blog-blog lain yang berpengaruh. Insha Allah akan membantu.


Semoga bermanfaat untuk semua,

Pengedar Shaklee yang Ceria

Lieza 0192432683

FB : Lieza Zainal






3 comments: