Home » » Siapa Saya

Siapa Saya

Sesi perkenalan bermula, nama saya Liza, bakal berusia 35 tahun penghujung tahun ini, isteri kepada seorang suami yang sempoi, iaitu Zamri Bin Abdul Hamid.

My Hero


Perkahwinan kami dikurniakan empat cahayamata, tiga puteri dan seorang putera. Anak dara yang sulung berusia 12 tahun dan anak yang bongsu iaitu satu-satunya putera berusia lebih dua tahun yang masih menyusu badan. Alhamdulillah.


Anak-anak

Saya bekerja di dalam sektor logistik dan pergudangan, mungkin agak janggal bagi sesetengah wanita seperti saya menceburi bidang ini. Huhuhuhu... saya pun sedikit confuse, belajar IT tetapi bekerja dalam bidang yang jauh panggang dari api. Apapun, kerjaya ini bagaikan sudah sebati dengan saya, maklumlah hampir 12 tahun di dalam kerjaya ini, dah kira macam otailah.

Sektor Pergudangan


Saya penggemar novel cinta, tapi sejak melahirkan Ariq Zafreel dan mula berkecimpung dalam keluarga besar Shaklee semua novel cinta sekadar menghuni rak buku. Kini, saya mula bercinta dengan blog dan Shaklee, semoga istiqamah dan seutuh cinta saya pada keluarga.

Antara koleksi novel cinta


Salam perkenalan

Pengedar Shaklee yang ceria,

Lieza 0192432683

FB Lieza Zainal
















1 comments: