Jangan ada yang merasa rendah diri di saat membaca tajuk post ini. Anda perlu percaya ketetapan Ilahi, rezeki anak itu ketentuanNya. Tetapi anda jangan mudah berputus harap, teruskan berdoa dan berikhtiar.
Obesiti dan kegemukan
Obesiti atau kegemukan menyebabkan perut anda membuncit kerana lemak yang terkumpul di perut, dan ianya dikenalpasti sebagai salah satu punca kesukaran mendapat cahayamata. Artikel penuh mengenai kajian tersebut
disini.
|
Sukar Hamil |
Bagaimana perut buncit mempengaruhi kesukaran untuk hamil?
Haid Tidak Teratur
- Apabila perut membuncit seiiring dengan berat badan yang meningkat, pusingan haid menjadi tidak teratur.
- Keadaan ini akan menyebabkan kesuburan yang sangat sedikit ataupun tidak subur langsung kerana telur yang tidak menetas.
|
PCOS |
Polycystic Ovarian Syndroms (PCOS)
- Berat badan berlebihan ini amat berkait rapat dengan keaadan yang dinamakan Polycystic Ovarian Syndroms (PCOS).
- Masalah ini akan menyebabkan mereka tidak mempunyai cukup hormon untuk mematangkan telur di dalam ovari.
Hormon Insulin
- Kebanyakan wanita mempunyai lebih hormon Insulin yang boleh menyebabkan terhasilnya hormon androgen berlebihan.
- Hormon androgen yang berlebihan akan mengganggu proses ovulasi sekaligus meyumbang risiko untuk sukar hamil
Bayi Tabung uji (IVF)
- Teknik IVF juga agak sukar dilakukan kerana perut buncit boleh mengganggu proses pemindahan janin.
|
Anak dambaan setiap pasangan berkahwin |
Tekanan Perasaan / Stress
Stress dan tertekan dengan masalah anda yang sukar hamil bukanlah jalan penyelesaian kerana ianya akan menambah buruk risiko kesukaran anda untuk hamil.
Stress juga boleh menyebabkan pertambahan berat badan, kesukaran tidur, muka berjerawat dan emosi yang tidak stabil.
|
Berat badan ideal |
Berat Badan Ideal
- Mendapatkan berat badan ideal adalah cara yang paling berkesan untuk membantu anda menangani masalah sukar hamil.
- Pengawalan berat badan amat penting dan perlu dilakukan segera, bukan sahaja untuk hamil tetapi demi kesihatan anda.
- Anda disarankan mengawal pemakanan dengan menu diet yang seimbang, bersenam, pengambilan supplemen, serta teruskan berusaha dan berdoa. Percaya kepada rezeki Allah.
Kira Body Mass Index (BMI)
- BMI 20 ~ 24 adalah BMI yang paling ideal
- BMI = Berat Badan (Kg) /(Tinggi x Tinggi) (Meter)
- Contoh : Berat Badan - 60kg, Tinggi - 1.5m
- BMI = 60/(1.5x1.5)
- = 60/2.25
- = 26.7 (Berat badan berlebihan)
|
Pergaduhan bukan jalan penyelesaian |
Sokongan Suami
Suami memainkan penting untuk terus menyokong dan memberi semangat kepada isteri. sudah menjadi tanggungjawab anda untuk mengharungi susah senang bersama. Kenang kembali mengapa anda memilih dia menjadi suri hati anda. Perkara terpenting percaya kepada Qada' dan Qadar Allah.
Doa Untuk Mendapat Zuriat
Perbanyakkan doa dan tawakal, mudah-mudahan berkat usaha dan doa anda, impian memperoleh zuriat dimakbulkan Allah.
|
Doa |
0 comments:
Catat Ulasan