Home » , » Petua Lama Kempiskan Perut Buncit

Petua Lama Kempiskan Perut Buncit

Disamping mempratikkan cara moden untuk kempiskan perut, kita juga boleh mempraktikkan petua orang-orang lama bagi membantu proses pengempisan perut. Wanita selepas bersalin amat digalakkan memakai bengkong dan bertungku sewaktu di dalam pantang kerana ianya memang amat membantu untuk kembali langsing.

Pemakaian bengkong lilit


Lima petua untuk anda amalkan, harapan saya ianya dapat membantu anda untuk kembali langsing, InshaAllah.

Minum air suam


  • Pastikan minum air sekurang-kurangnya setengah jam selepas pengambilan makanan berat seperi nasi atau mee. Jangan sesekali makan dengan tabiat bersulam air.

  • Tanak kelapa menjadi minyak, pastikan api jangan terlalu besar, tengik pula bau minyak tu nanti. Setelah sejuk sapukan pada perut, biarkan 10 minit, dan sebaiknya sapu setiap hari berserta pemakaian bengkong.
Asam Jawa

  • Bancuh sedikit asam jawa dan segelas air panas berserta garam. Embunkan semalam, keesokan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka. Boleh juga menggunakan asam jawa yang seklau digunakan dalam masakan.
Jadam

  • Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa, sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum pemakaian bengkung. 
Kapur Makan

  • Campurkan kapur makan, 5 helai daun sirih, beberapa titis minyak kayu putih, dan sedikit perahan limau nipis. Sapu bancuhan tadi pada perut, akhir sekali jangan lupa pemakaian bengkung.

Screth mark dan kesan hitam pada perut




Tips kelima saya amalkan semasa pantang anak pertama, tetapi mungkin kerana kulit perut saya sensitive dengan campuran tersebut, perut saya menjadi hitam. 

Biarpun pulih seperti sediakala setelah pemakaian losyen, dan pemakanan supplemen tetapi ianya mengambil masa yang lama untuk pulih. Tetapi memang tidak boleh disangkal perut lebih cepat kempis.


3 comments:

  1. assalam...salam perkenalan....nak tanya jadam tu apa....singgah la blog saya sembangsembangkesihatan.blogspot

    BalasPadam
  2. petua yang minum air suam dgn limau nipis memang ok. kos pun tak mahal. limau nipis murah di market

    BalasPadam
  3. Satu tips tambahan adalah dengan memperbanyakkan minum air masak sekurangnya 8 gelas sehari. Nampak simple kan, tapi ramai orang yang nak kempiskan perut buncit tertinggal tips ini. :) Jom amalkan.

    BalasPadam