Home » , , » Perut Buncit Bahana Makan Depan TV?

Perut Buncit Bahana Makan Depan TV?

Tidak logik langsung kan? Apa kena mengena makan depan televisyen dengan perut buncit? Adakah anda salah seorang daripadanya?

Jika benar, anda dinasihatkan menjauhi habit itu kerana ianya bakal mengundang masalah kegemukan dan perut buncit.

Ianya adalah perkara normal dan menjadi habit bagi sesetengah individu makan nasi sambil menonton cerita kegemaran.

Leka makan sambil menonton TV

Bagaimana Perut Buncit Berlaku?


Tamak

Makan Berlebihan

  • Makan di hadapan televisyen, akan membuat anda leka kerana semakin seronok tayangan di televisyen semakin laju anda akan menyuap makanan ke mulut anda. 
  • Kalau mengadap cerita hindustan, nak-nak yang berunsur romantik, paling tidak Rindu Awak 200%, senyum tak lekang di bibir, sedar tak sedar sepinggan penuh nasi habis kita makan.
  • Reaksi luar sedar anda ini penyebab utama makan bertambah-tambah, kerana keasyikan melayan rancangan di tv.
Gelojoh

Makan Tanpa Tertib

  • Jika menonton cerita penuh dengan aksi cemas pula anda mungkin terlupa untuk mengunyah makanan kepada cebisan kecil, atau mungkin terus menelan makanan tanpa mengunyahnya terlebih dahulu
  • Tindakan ini akan menyebabkan udara di dalam usus tersekat-sekat, udara ini akan menghasilkan gas yang sekaligus membuat perut anda kembung.
  • Tidak sahaja kembung, tetapi mengundang risiko sembelit, iaitu salah satu faktor perut buncit.


Minum Air untuk elak tersedak

Minum Air Berselang Seli Nasi

  • Bila makan tanpa tertib anda mungkin tersedak maklumlah mata menghadap televisyen, tidak sedar termakan cili atau mungkin tercekik tulang kerana mata yang tidak lekang daripada skrin televisyen.
  • Bila tersedak, tercekik tentunya air adalah penyelamat utama, sekali lagi anda mengundang faktor untuk berperut buncit.

Jadi, mulai sekarang jauhi tabiat makan depan televisyen, jalani hidup lebih sihat kerana perut buncit hanya mengundang pelbagai risiko penyakit berbahaya.







0 comments:

Catat Ulasan