Kecut pulak perut membaca keratan akhbar berkenaan 'Mudah hilang ingatan jika perut buncit'. Baca keratan ini je automatik perut mengempis, mengempis sebab gerun. Baca artikel penuh disini.
Penyakit Nyanyuk
Teringat pula arwah moyang saya, Che Amat bin Anding (Al Fatihah) ditakdirkan Allah di hujung usia beliau mudah lupa atau lebih dikenali sebagai nyanyuk. Arwah sukar mengenali orang sekeliling termasuklah anak cucu beliau.
Mujur anak cucu beliau mewarisi sifat penyabar arwah, alhamdulillah di beri layanan yang baik anak cucu sehingga menghembuskan nafas terakhir.
Nyanyuk |
Tingkah Laku Orang Nyanyuk
Saya pasti ramai yang sedia maklum tingkah laku atau peel orang yang hilang ingatan, antaranya:
- Bersifat keanak-anakan kecil
- Kencing berak berterabur
- Sukar mengingati orang sekeliling
- Tidak mengenali diri sendiri
Hanya orang yang mempunyai kesabaran yang tinggi sahaja boleh menjaga orang nyanyuk. Tatkala membayangkan situasi nyanyuk membuat saya gusar.
Momen Indah |
Gusar Hari Tua Nyanyuk
Gusar memikirkan kegagalan mengenali nama anak-anak, kehilangan memori tentang momen-momen indah kehidupan yang kita lalui, sukar menceritakan jatuh bangun, suka duka kehidupan kita kepada anak cucu.
Satu persoalan yang menambah keruan hati, mampukah anak-anak bersabar dengan karenah kita nanti?
Ishh.. daripada memikirkan perkara yang belum pasti, ada baiknya kita melakukan pencegahan lebih awal. Jika kajian mengatakan perut buncit punca nyanyuk, maka perlulah kita mengambil langkah-langkah pencegahan perut buncit.
Anda boleh mengikuti entry saya sebelum ini mengenai tips tangani perut buncit seperti :
Tangani Perut Buncit
Anda boleh mengikuti entry saya sebelum ini mengenai tips tangani perut buncit seperti :
Al Quran |
Perkara Elak Nyanyuk
Selain itu, bagi menghindari penyakit nyanyuk
- Perbanyakkan membaca Al-Quran dan zikir
- Diet Seimbang, hindari makanan yang boleh melemahkan minda
Mudah-mudahan perjalanan hidup kita dipermudahkan, InshaAllah. Sama-sama kita berusaha mencegah perkara yang tidak baik untuk badan dan diri kita.
Lieza 0192432683
0 comments:
Catat Ulasan