Home » , , » Perut Buncit Angkara Sambal Tempoyak

Perut Buncit Angkara Sambal Tempoyak

Sambal tempoyak memang menjadi feberet kebanyakan rakyat Malaysia, bila terhidu bau sambal tempoyak itu sahaja boleh membuat selera makan kita membuak-buak.

Sambal Tempoyak yang dihidangkan bersama ulam-ulaman seperti petai, jering relung, pucuk gajus, pegaga, terung celur, kacang botor, pucuk selum pastinya menambah kecur si penggemar sambal tempoyak.

Ulam-Ulaman


Sambal Tempoyak Berkalori Tinggi?

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana pula makan sambal tempoyak boleh buncitkan perut? Berkalori tinggikah tempoyak?

Sebenarnya bukan sambal tempoyak punca sebenar, punca sebenar ialah cetusan selera yang membuak-buak hasil daripada makan sambal tempoyak yang menyebabkan perut buncit.

Sambal Tempoyak



Jangan cuba untuk menafikan bagi penggemar sambal tempoyak yang jarang-jarang dapat makan sambal tempoyak, sesekali dijadikan hidangan anda akan makan nasi bertambah-tambah hingga lupa diet anda sendiri. 

Nasi bertambah-tambah


Belum lagi kepedasan sambal yang menikam kalbu itu, anda mula makan bersulam dengan minuman sejuk.

Minuman sejuk


Anda hanya akan berheti makan setelah benar-benar kenyang, dan akan berlingkar seperti 'ular sawa kenyang' 20 minit kemudian, kerana signal kenyang berlebihan mula dihantar ke otak.

Saya juga penggemar sambal tempoyak, kekadang makan nasi panas-panas, telur goreng, dan sedikit ulam sudah cukup membuat saya menambah nasi dan bersandar kenyang. 

Nasib baik ada supplemen Shaklee, konsep 3B yang amat berkesan untuk saya, jadi tiadalah saya risau sangat.

Lieza - 0192432683





0 comments:

Catat Ulasan