Home » , » Bulan Puasa Bulan Perut Buncit?

Bulan Puasa Bulan Perut Buncit?

Membaca tajuk sahaja, semua pastinya memandang perut masing-masing. Isssh.. mana ada kan. makin slim je semua, jika slim dan langsing alhamdulillah. Tetapi kalau ada yang makin membesar tu maknanya adalah yang langgar pantang.

Ukur Lilit 


Buat yang langgar pantang tu, mungkin anda terlupa baju raya sudah ditempah awal tiga bulan lepas, ingat ke tidak saiz lilit pinggang waktu buat tempahan hari tu? Jangan pula di pagi raya seluar tidak boleh di zip, kain tidak boleh dicangkuk butang.

Baju raya sedondon


Jom kita bayangkan baju yang paling vogue dan sedondon dengan orang tersayang, tiba-tiba tidak muat. Haru biru nanti, takkan nak berkain batik atau berkain pelikat pulak raya pertama? Hilang seri nanti, betul kan? Jom jengah apa pantang larang di bulan Ramadahan untuk elak perut membuncit.

Tips Elak Perut Buncit di Bulan Ramadhan

  • Elakkan berbuka dengan minuman sejuk
  • Kurangkan makanan manis sebagai pencuci mulut selepas berbuka
  • Jangan makan beselang seli dengan air terutama sewaktu makan makanan berat seperti nasi dan mee
  • Berhenti makan sebelum kenyang, kerana badan manusia memerlukan 20 minit untuk menghantar signal kenyang
  • Kurangkan makan makanan berlemak dan berkalori tinggi
  • Perbanyakkan minum air kosong suam untuk mengelakkan sembelit

Yang paling penting sekali, berbukalah ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W, itu adalah sebaik-baiknya untuk kita umat nya.

Sunnah Berbuka


Bagi yang consume supplemen, jangan skip supplemen kerana supplemen sekurang-kurangnya boleh membantu anda yang sukar mengikuti pantang larang di atas.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. 

Terima kasih - Lieza 0192432683





0 comments:

Catat Ulasan