Risiko Serangan Jantung Kerana Perut Buncit

Perut buncit bukan sahaja mengganggu gaya penampilan seseorang individu tetapi bakal mengundang pelbagai risiko penyakit berbahaya yang membawa maut.

Keratan Akhbar 

Risiko Penyakit Jantung


Salah satu daripadanya ialah penyakit Jantung, iaitu penyakit pembunuh yang paling digeruni masyarakat dunia kerana ia boleh menjadi pembunuh senyap dan menyerang pada waktu yang tidak boleh dijangka.

Perut buncit dan obesiti berkait secara langsung dengan tekanan darah tinggi, kadar trigliserida yang tinggi, dan penurunan kolestrol baik, iaitu HDL. Individu yang mengalami obesiti amat mudah terkena serangan jantung biarpun sejarah kesihatan beliau sebelum ini berkeadaan baik.

Serangan Jantung


Kesan Kegemukan Kepada Jantung

  • Kegagalan fungsi jantung mengepam darah secara normal kepada seluruh badan, jantung akan semakin lemah.
  • Penebalan dinding vertikel kiri jantung, yang lama kelamaan memberi kesan kepada kesihatan jantung.
  • Sindrom metabolix iaitu gannguan kepada sistem metabolisme badan yang menyebabkan pengumpulan molekul besar lemak, yang secara tidak langsung menyempitkan saluran arteri dan vena. Kesannya jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah, dan keadaan ini lama-kelamaan akan mengakibatkan serangan jantung berlaku. 
Arteri



Diet Seimbang Menjana Kesihatan


Jika anda mula merasai perubahan fizikal anda ataupun peningkatan berat badan, amatlah disarankan mengambil langkah berjaga-jaga dan mengawalnya dengan kadar segera agar tidak menjurus kepada kemerosotan kesihatan.

Amalkan diet pemakanan seimbang, elakkan pengambilan makanan berkalori tinggi, serta melakukan aktiviti kecergasan. Pengambilan supplemen untuk membantu boleh dijadikan salah satu ikhtiar tetapi pastikan berdaftar dengan KKM dan tidak memudaratkan kesihatan anda.


Perut Buncit Bahana Makan Depan TV?

Tidak logik langsung kan? Apa kena mengena makan depan televisyen dengan perut buncit? Adakah anda salah seorang daripadanya?

Jika benar, anda dinasihatkan menjauhi habit itu kerana ianya bakal mengundang masalah kegemukan dan perut buncit.

Ianya adalah perkara normal dan menjadi habit bagi sesetengah individu makan nasi sambil menonton cerita kegemaran.

Leka makan sambil menonton TV

Bagaimana Perut Buncit Berlaku?


Tamak

Makan Berlebihan

  • Makan di hadapan televisyen, akan membuat anda leka kerana semakin seronok tayangan di televisyen semakin laju anda akan menyuap makanan ke mulut anda. 
  • Kalau mengadap cerita hindustan, nak-nak yang berunsur romantik, paling tidak Rindu Awak 200%, senyum tak lekang di bibir, sedar tak sedar sepinggan penuh nasi habis kita makan.
  • Reaksi luar sedar anda ini penyebab utama makan bertambah-tambah, kerana keasyikan melayan rancangan di tv.
Gelojoh

Makan Tanpa Tertib

  • Jika menonton cerita penuh dengan aksi cemas pula anda mungkin terlupa untuk mengunyah makanan kepada cebisan kecil, atau mungkin terus menelan makanan tanpa mengunyahnya terlebih dahulu
  • Tindakan ini akan menyebabkan udara di dalam usus tersekat-sekat, udara ini akan menghasilkan gas yang sekaligus membuat perut anda kembung.
  • Tidak sahaja kembung, tetapi mengundang risiko sembelit, iaitu salah satu faktor perut buncit.


Minum Air untuk elak tersedak

Minum Air Berselang Seli Nasi

  • Bila makan tanpa tertib anda mungkin tersedak maklumlah mata menghadap televisyen, tidak sedar termakan cili atau mungkin tercekik tulang kerana mata yang tidak lekang daripada skrin televisyen.
  • Bila tersedak, tercekik tentunya air adalah penyelamat utama, sekali lagi anda mengundang faktor untuk berperut buncit.

Jadi, mulai sekarang jauhi tabiat makan depan televisyen, jalani hidup lebih sihat kerana perut buncit hanya mengundang pelbagai risiko penyakit berbahaya.







Perut Buncit Angkara Sambal Tempoyak

Sambal tempoyak memang menjadi feberet kebanyakan rakyat Malaysia, bila terhidu bau sambal tempoyak itu sahaja boleh membuat selera makan kita membuak-buak.

Sambal Tempoyak yang dihidangkan bersama ulam-ulaman seperti petai, jering relung, pucuk gajus, pegaga, terung celur, kacang botor, pucuk selum pastinya menambah kecur si penggemar sambal tempoyak.

Ulam-Ulaman


Sambal Tempoyak Berkalori Tinggi?

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana pula makan sambal tempoyak boleh buncitkan perut? Berkalori tinggikah tempoyak?

Sebenarnya bukan sambal tempoyak punca sebenar, punca sebenar ialah cetusan selera yang membuak-buak hasil daripada makan sambal tempoyak yang menyebabkan perut buncit.

Sambal Tempoyak



Jangan cuba untuk menafikan bagi penggemar sambal tempoyak yang jarang-jarang dapat makan sambal tempoyak, sesekali dijadikan hidangan anda akan makan nasi bertambah-tambah hingga lupa diet anda sendiri. 

Nasi bertambah-tambah


Belum lagi kepedasan sambal yang menikam kalbu itu, anda mula makan bersulam dengan minuman sejuk.

Minuman sejuk


Anda hanya akan berheti makan setelah benar-benar kenyang, dan akan berlingkar seperti 'ular sawa kenyang' 20 minit kemudian, kerana signal kenyang berlebihan mula dihantar ke otak.

Saya juga penggemar sambal tempoyak, kekadang makan nasi panas-panas, telur goreng, dan sedikit ulam sudah cukup membuat saya menambah nasi dan bersandar kenyang. 

Nasib baik ada supplemen Shaklee, konsep 3B yang amat berkesan untuk saya, jadi tiadalah saya risau sangat.

Lieza - 0192432683





Perut Buncit Tanda Suami Bahagia

Pernyataan yang sering menjadi alasan bagi lelaki yang berkahwin pada saat di ajukan persoalan tentang perut mereka yang semakin ke depan.

Mungkin benar, suami berbahagia kerana makan minum, pakaian, rumah, anak-anak diuruskan suri hati yang dicintai dengan begitu sempurna, Alhamdulillah.

Perut Buncit


Isteri Penyayang Suami Bahagia

Isteri juga pastinya berbangga kerana dapat membahagiakan suami dikasihi, dan tidak kisah dengan fizikal suami yang semakin membuncit itu. Begitu indah sebuah ikatan yang halal kan? Saling kasih mengasihi, sayang menyayangi, menerima seadanya pasangan anda, di dalam sebuah keluarga yang bahagia.

Six pax lagi seksi kot?


Tetapi AWAS untuk semua, perut buncit bukan petanda seksi, tetapi perut buncit boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit berbahaya termasuklah penyakit pembunuh seperti penyakit Jantung.

Penyakit Berbahaya Peragut Kebahagiaan


Usah biarkan perut suami yang semakin membuncit itu, anda perlu ambil langkah segera untuk pencegahan dan mensarankan tips kempiskan perut secara sihat dan berkesan kepada suami anda. Jika di biarkan penyakit berbahaya menyerang suami anda ianya akan mengancam nyawa suami sekaligus meragut kebahagiaan rumahtangga anda.

Tentu sekali sebagai isteri penyayang, anda tidak tega melihat penderitaan suami kerana penyakit-penyakit berbahaya, bukan?

Sakit Jantung


Antara Penyakit Berbahaya Berpunca Daripada Perut Buncit?

  • Penyakit Jantung
  • Stroke
  • Kanser
  • Diabetes
  • Darah tinggi
  • Angin Ahmar
  • Penyakit saluran pernafasan (asma)

Langkah ke arah kempiskan perut


  • Diet seimbang, elakkan makanan berkalori tinggi
  • Bersenam dan gaya hidup sihat
  • Elakkan sembelit
  • Minum air kosong, elakkan minuman bergas atau minuman sejuk
  • Jika inginkan bantuan supplemen pastikan supplemen yang diambil selamat, dan berkesan agar tidak memudaratkan diri suami anda












Perut Buncit Kesukaran Untuk Hamil

Jangan ada yang merasa rendah diri di saat membaca tajuk post ini. Anda perlu percaya ketetapan Ilahi, rezeki anak itu ketentuanNya. Tetapi anda jangan mudah berputus harap, teruskan berdoa dan berikhtiar.

Obesiti dan kegemukan


Obesiti atau kegemukan menyebabkan perut anda membuncit kerana lemak yang terkumpul di perut, dan ianya dikenalpasti sebagai salah satu punca kesukaran mendapat cahayamata. Artikel penuh mengenai kajian tersebut disini.

Sukar Hamil

Bagaimana perut buncit mempengaruhi kesukaran untuk hamil?

Haid Tidak Teratur

  • Apabila perut membuncit seiiring dengan berat badan yang meningkat, pusingan haid menjadi tidak teratur.
  • Keadaan ini akan menyebabkan kesuburan yang sangat sedikit ataupun tidak subur langsung kerana telur yang tidak menetas.
PCOS

Polycystic Ovarian Syndroms (PCOS)

  • Berat badan berlebihan ini amat berkait rapat dengan keaadan yang dinamakan Polycystic Ovarian Syndroms (PCOS). 
  • Masalah ini akan menyebabkan mereka tidak mempunyai cukup hormon untuk mematangkan telur di dalam ovari.

Hormon Insulin

  • Kebanyakan wanita mempunyai lebih hormon Insulin yang boleh menyebabkan terhasilnya hormon androgen berlebihan.
  • Hormon androgen yang berlebihan akan mengganggu proses ovulasi sekaligus meyumbang risiko untuk sukar hamil

Bayi Tabung uji (IVF)

  • Teknik IVF juga agak sukar dilakukan kerana perut buncit boleh mengganggu proses pemindahan janin.

Anak dambaan setiap pasangan berkahwin

Tekanan Perasaan / Stress

Stress dan tertekan dengan masalah anda yang sukar hamil bukanlah jalan penyelesaian kerana ianya akan menambah buruk risiko kesukaran anda untuk hamil.

Stress juga boleh menyebabkan pertambahan berat badan, kesukaran tidur, muka berjerawat dan emosi yang tidak stabil.

Berat badan ideal


Berat Badan Ideal

  • Mendapatkan berat badan ideal adalah cara yang paling berkesan untuk membantu anda menangani masalah sukar hamil. 
  • Pengawalan berat badan amat penting dan perlu dilakukan segera, bukan sahaja untuk hamil tetapi demi kesihatan anda.
  • Anda disarankan mengawal pemakanan dengan menu diet yang seimbang, bersenam, pengambilan supplemen, serta teruskan berusaha dan berdoa. Percaya kepada rezeki Allah.

Kira Body Mass Index (BMI)

  • BMI 20 ~ 24 adalah BMI yang paling ideal
  • BMI = Berat Badan (Kg) /(Tinggi x Tinggi) (Meter)
  • Contoh : Berat Badan - 60kg,  Tinggi - 1.5m 
  •                                    BMI = 60/(1.5x1.5) 
  •                                            = 60/2.25
  •                                            = 26.7 (Berat badan berlebihan)


Pergaduhan bukan jalan penyelesaian

Sokongan Suami

Suami memainkan penting untuk terus menyokong dan memberi semangat kepada isteri. sudah menjadi tanggungjawab anda untuk mengharungi susah senang bersama. Kenang kembali mengapa anda memilih dia menjadi suri hati anda. Perkara terpenting percaya kepada Qada' dan Qadar Allah.

Doa Untuk Mendapat Zuriat

Perbanyakkan doa dan tawakal, mudah-mudahan berkat usaha dan doa anda, impian memperoleh zuriat dimakbulkan Allah.

Doa


Hilang Ingatan Kerana Perut Buncit


Kecut pulak perut membaca keratan akhbar berkenaan 'Mudah hilang ingatan jika perut buncit'. Baca keratan ini je automatik perut mengempis, mengempis sebab gerun. Baca artikel penuh disini.





Penyakit Nyanyuk

Teringat pula arwah moyang saya, Che Amat bin Anding (Al Fatihah) ditakdirkan Allah di hujung usia beliau mudah lupa atau lebih dikenali sebagai nyanyuk. Arwah sukar mengenali orang sekeliling termasuklah anak cucu beliau.

Mujur anak cucu beliau mewarisi sifat penyabar arwah, alhamdulillah di beri layanan yang baik anak cucu sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Nyanyuk

Tingkah Laku Orang Nyanyuk

Saya pasti ramai yang sedia maklum tingkah laku atau peel orang yang hilang ingatan, antaranya:
  • Bersifat keanak-anakan kecil
  • Kencing berak berterabur 
  • Sukar mengingati orang sekeliling
  • Tidak mengenali diri sendiri
Hanya orang yang mempunyai kesabaran yang tinggi sahaja boleh menjaga orang nyanyuk. Tatkala membayangkan situasi nyanyuk membuat saya gusar.

Momen Indah

Gusar Hari Tua Nyanyuk


Gusar memikirkan kegagalan mengenali nama anak-anak, kehilangan memori tentang momen-momen indah kehidupan yang kita lalui, sukar menceritakan jatuh bangun, suka duka kehidupan kita kepada anak cucu.

Satu persoalan yang menambah keruan hati, mampukah anak-anak bersabar dengan karenah kita nanti?

Ishh.. daripada memikirkan perkara yang belum pasti, ada baiknya kita melakukan pencegahan lebih awal. Jika kajian mengatakan perut buncit punca nyanyuk, maka perlulah kita mengambil langkah-langkah pencegahan perut buncit.

Tangani Perut Buncit


Anda boleh mengikuti entry saya sebelum ini mengenai tips tangani perut buncit seperti :



Al Quran

Perkara Elak Nyanyuk


Selain itu, bagi menghindari penyakit nyanyuk
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran dan zikir
  • Diet Seimbang, hindari makanan yang boleh melemahkan minda
Mudah-mudahan perjalanan hidup kita dipermudahkan, InshaAllah. Sama-sama kita berusaha mencegah perkara yang tidak baik untuk badan dan diri kita.

Lieza 0192432683


Merokok Faktor Perut Buncit

Sesetengah perokok memberi alasan untuk tidak berhenti merokok kerana risau perut akan membuncit.

Ternyata itu alasan semata-mata, sedangkan sebetulnya merokok merupakan salah satu faktor perut mereka membuncit.


Perokok tegar

Sistem Penghadaman Terganggu


Tembakau yang ada pada rokok boleh menjejaskan aktiviti penghadaman. Merokok selepas makan akan menyebabkan perut berasa kembong kerana sistem penghadaman yang mula terganggu.

Apabila sistem penghadaman terganggu, maka perut anda akan membesar. Jengah post sebelum ini, ada dibincangkan tentang Sembelit.


Kempiskan Perut Buncit Dengan Shaklee

Lambakan produk pengempisan perut di Malaysia, menunjukkan betapa tinggi permintaan produk tersebut dan betapa rakyat Malaysia mementingkan fizikal perut yang langsing dan menawan.

Berbadan langsing idaman semua


Alternatif untuk anda yang mencari-cari produk untuk perut kempis secara sihat, halal, semulajadi, selamat dan InshaAllah berkesan ialah Set Perut Kempis Shaklee.

Set ini didatangkan dengan konsep 3B, Bakar, Buang dan Bina.
  • Bakar - Lechitin  Shaklee / Omega Guard Shaklee
  • Buang - Alfafa Shaklee / Herb Lax Shaklee
  • Bina - Chinch Shake (3 Variasi Pilihan - Latte, Chocolate, Vanilla)  / ESP Shaklee

Omega vs Lecithin

Fungsi Lecithin Shaklee


  • Memecahkan dan membakar lemak
  • Meringankan Sembelit
  • Pelarut untuk kolestrol & lemak-lemak lain

Fungsi Omega Guard

  • Membantu mengurangkan dan membuang lemak-lemak degil daripada dalam badan
  • Kandungan Omega 3 mengawal pelbagai jenis hormon di dalam badan, termasuklah hormon LEPTIN, yang berfungsi mengawal selera makan
  • Membantu mengawal rasa lapardengan menstabilkan paras gula dalam darah

Perbandingan Lecithin dan Omega Guard?

  • Omega Guard boleh di ibaratkan seperti kereta BMW lebih cepat membakar lemak, sesuai dengan harganya manakala Lecithin seperti kereta Viva tetapi fungsinya tetap sama membakar lemak biarpun agak perlahan tetapi tetap efektif dengan penggunaan konsisten. InshaAllah.
  • Andai bergabung, ianya akan menghasilkan kesan yang lebih optimum.
Herb-Lax vs Alfafa


Fungsi Herb Lax Shaklee

  • Membersihkan najis yang tersekat
  • Merangsang usus mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
  • Mengembalikan semula proses semulajadi pergerakkan usus
  • Mengempiskan perut buncit
  • Membantu memejalkan otot perut
  • Mengawal berat badan
  • Membantu mengurangkan jeragat
  • Mengurangkan masalah bau badan

Fungsi Alfafa

  • Mencuci usus bagi membuang toksin
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Melegakan sembelit
  • Membuang angin di dalam badan
Cinch Shake vs ESP


Fungsi Cinch Shake

  • Diperkaya dengan Leucine bagi membantu mengekalkan otot semasa menurunkan berat badan
  • Kaya dengan protien yang memberi rasa puas dan kenyang semasa menurunkan berat badan
  • Tinggi kandungan serat iaitu 6g setiap hidangan
  • 3 pilihan perisa mengikut kesukaan anda, Chocolate, Vanilla dan Latte.

Energizing Soy Protien (ESP)

  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan tenaga yang konsisten
  • ESP rendah lemak, bebas laktosa dan kolestrol

Bagaimana anda memilih Set yang terbaik untuk anda?

  • Ianya bergantung kepada bajet dan keperluan anda, anda boleh memilih salah satu produk yang tersenarai didalam konsep 3B. 
  • Contohnya : Untuk Bakar - Lecithin, Buang -Herblax, untuk Bina - Cinch Shake
  • Tetapi faktor kekangan bajet, anda boleh memilih konsep 2B dahulu iaitu, Bakar - Lecithin dan Buang - Herblax
Berminat mendapatkan produk Set Langsing Shaklee? Hubungi Lieza 019 2432683 atau terus membuat pembelian dengan Shaklee, iaitu dengan menekan Link ini. Bagi yang membuat pesanan belian menggunakan link tersebut, boleh berhubung dengan saya untuk konsultasi kesihatan dan jadual pengambilan Vitamin secara percuma. Tick produk pilihan anda mengikut bajet anda. Terima Kasih.


Anda juga boleh berhubung dengan saya melalui FB Lieza Zainal atau Page Choice Of Yours.






Senaman Untuk Kempiskan Perut Buncit

Selain mengamalkan petua, memakan makanan pembakar lemak, mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan perut buncit, serta mengikuti tips-tips, anda juga dinasihatkan bersenam bagi membantu mengembalikan perut idaman anda disamping membakar lemak-lemak yang tidak diingini

Senaman Kempiskan Perut Buncit


Senaman ini boleh anda dilakukan, sambil menonton televisyen, dan boleh juga mempelawa anak-anak dan pasangan anda untuk turut serta.

Jadi anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk ke gym, atau mana-mana pusat kecantikan yang tentunya memerlukan sudah tentunya memerlukna kos yang tinggi.