Home » » Tibi Ragut Nyawa Jika Lewat Di Rawat

Tibi Ragut Nyawa Jika Lewat Di Rawat

Tibi (Tuberculosis) atau batuk kering merupakan sejenis penyakit BERJANGKIT BERBAHAYA yang boleh membawa MAUT sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna.

Penyakit ini disebabkan oleh kuman TB yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh MENYERANG bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.



Tanda-Tanda penyakit Tibi:
  • Batuk berterusan lebih dari 2 minggu 
  • Kahak yang mengandungi darah 
  • Demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam 
  • Susut berat badan dan hilang selera makan 
  • Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang 
  • Mudah letih 
Kurus kering akibat TIBI


Cara Jangkitan Penyakit Tibi:

Kuman Tibi disebarkan melalui UDARA. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila BATUK atau BERSIN. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini TERDEDAH kepada jangkitan kuman Tibi.
.
Kita semua perlu tahu bahawa bakteria tibi mempunyai dinding sel yang TEBAL dan amat SUKAR untuk dibunuh dengan antibiotik biasa. Malah kuman Tibi ini boleh hidup di dalam sel-sel darah dan di dalam tisu anggota badan lain. Secara tak langsung kuman Tibi ini akan merosakkan DNA sel tisu anggota badan terutamanya organ paru-paru tempat serangan utama kuman Tibi.
.
Sel DNA yang TIADA pertahanan antioksidan yang kuat akan mudah untuk diserang dan lama kelamaan DNA sel ini akan semakin LEMAH dan TIDAK bertenaga. DNA sel yang telah rosak tidak dapat berfungsi seperti biasa dan akhirnya sel tersebut akan mati. Jika dibiarkan lama kelamaan sel-sel tisu organ tersebut akan terus rosak sehingga hilang fungsi keseluruhan organ paru-paru.



Rawatan Penyakit Tibi (Directly Observed Treatment, Short-Course - DOTS)

  • Pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan - supaya semua kuman tibi di dalam dan di luar badan dapat dihapuskan sepenuhnya
  • Dua bulan pertama - Setiap hari pesakit perlu menelan setiap dos ubat di hadapan anggota kesihatan terlatih
  • Empat bulan seterusnya - Pesakit perlu mengambil ubat dua kali seminggu di bawah seliaan anggota kesihatan yang di lantik

Ubat yang biasa diberikan untuk rawatan tibi

  • Isoniazid
  • Rifampicin
  • Pyrazinamide
  • Streptomycin
  • Ethambutol
*** Sama seperti antibiotik lain, ubat-ubat untuk tibi juga memberi kesan sampingan seperti loya, muntah, gatal badan dan kelesuan


Menderita akibat Tibi

Kesan Tibi Kepada Penghidapnya

Jika Tibi menyerang paru-paru, ia akan menyebabkan paru paru menjadi keras (fibrosis), bernanah ataupun mengakibatkan paru-paru berair. Pada tahap yang serius, pesakit menjadi sukar untuk bernafas.

Selain menyerang bahagian paru-paru, Tibi juga boleh menular ke tulang, usus, kelenjar, buah pinggang, serta selaput otak bergantung kepada lokasi peredaran darah yang membawa kuman Tibi.
Sekiranya ia menyerang bahagian otak, penghidapnya berkemungkinan akan mengalami pening kepala, demam, muntah atau sawan.

Justeru itu, pengesanan awal terhadap jangkitan penyakit tibi amatlah penting untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih serius. Ini adalah kerana reaksi pesakit terhadap rawatan adalah baik jika penyakit Tibi dikesan awal.

Pencegahan kepada Penyakit Tibi

Vaksin BCG
  • Vaksin BCG yang diberikan semasa lahir adalah antara cara untuk melindungi dari dijangkiti TB miliari dan TB meningitis.
  • Vaksin ini berfungsi untuk merangsang sistem imun kita bagi menghasilkan antibodi terhadap kuman Tibi. Walaubagaimanapun, vaksin ini tidak berupaya melindungi kita 100% dari jangkitan Tibi kerana semakin kita meningkat usia, sistem imun kita semakin berkurangan.


Amalan Penjagaan Kesihatan
  • Pegawai kesihatan yang ditugaskan merawat pesakit Tibi disarankan memakai topeng N95 untuk melindungi mereka daria terdedah kepada kuman Tibi.

Pengudaraan Yang Sempurna di Rumah
  • Pastikan pengudaraan di rumah kita adalah sempurna dengan membuka pintu dan tingkap. Selain itu, anda juga hendaklah memastikan cahaya matahari boleh masuk ke dalam rumah anda. Ini adalah kerana cahaya matahari dikatakan dapat membunuh kuman Tibi.

Pemakanan Seimbang dan Berkhasiat
  • Amalkan pemakanan yang berkhasiat serta seimbang dan mencukupi keperluan badan kita setiap hari. Dengan mengamalkan makanan yang berkhasiat dan kaya nutrisi, kita juga dapat meningkatkan tahap kesihatan badan kita.

Pengambilan Supplemen yang Kaya Antioksidan
  • Supplemen yang tinggi antioksidan seperti vitamin ACE, Nutriferon, VIVIX, garlic dan Omega Guard juga sangat disarankan untuk membantu meningkatkan sistem imun badan kita daripada serangan penyakit seperti Tibi.

Bagaimana Supplemen Shaklee Membantu Mengatasi/Mengurangkan Gejala Tibi Dan Meningkatkan Imun Tubuh

Setiap satu supplemen, mempunyai fungsi yang membantu mengoptimakan tahap kesihatan pesakit tibi.

1.Carotomax
  • Merangsang enzim yang membunuh kuman serta membantu memperbaiki keadaan penyakit yang berkaitan dengan sistem respiratori paru-paru


2.Sustained Release Vita C
  • Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman serta membantu menguatkan sistem imun.


3.Vita E Complex.
  • Merupakan antioksidan yang kuat. Ia membantu mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas


4.Garlic.
  • Merupakan antibiotik yang selamat dan semulajadi.
  • Menghalang penyakit berjangkit.


5.Omega Guard.
  • Meningkatkan sistem imun dan membantu menyihatkan paru-paru.


6. Nutriferon.
  • Formula eksklusif yang dipaten oleh Shaklee ini mengandungi inteferon semulajadi yang mampu merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun tubuh.
  • Fungsi interferon ialah untuk menentang virus/bakteria di dalam badan dan mendorong penghasilan antibodi yang mengenalpasti bakteria Tibi dan menyingkirkannya dari tubuh.


7. VIVIX.
  • Bertindak memperbaiki DNA badan yang dirosakkan oleh radikal bebas. Selain itu, ia juga membantu menguatkan sel tubuh yang lemah akibat proses penuaan atau semasa serangan penyakit


Testimoni Pesakit Batuk Berdarah / Tibi

Batuk hilang - kesihatan semakin baik

Kuman Tibi - sudah tiada

Batuk berdarah - sekarang tiada lagi




Sikap ambil mudah dalam penjagaan kesihatan diri dan keluarga penghidap Tibi membawa kesan buruk kepada diri sendiri dan orang ramai. Rawatan yang diberikan hendaklah dihabiskan untuk mengelakkan penyakit Tibi daripada berulang dan bakteria Tibi di dalam tubuh menjadi kebal terhadap rawatan sedia ada.

Sebab utama mengapa sesetengah pesakit Tibi sukar untuk pulih daripada penyakit tersebut walaupun setelah mendapat rawatan adalah disebabkan menularnya Penyakit Tibi jenis MDR-TB (penyakit Tibi yang kebal terhadap beberapa ubat).

Lindungi keluarga kita daripada penyakit pembunuh ini. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat


Bagaimana ingin mendapatkan Set Kesihatan untuk mencegah Penyakit Tibi?

Cara 1 👉🏻 Anda boleh terus klik ke Set Kesihatan ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan khidmat  Citylink atau Gdex ke alamat yang anda berikan. Penghantaran mengambil masa 2 - 4 hari.

Cara 2 👉🏻 Hubungi saya Liza 0192432683 untuk mendapatkan konsultasi set kesihatan mana yang paling tepat untuk anda berserta konsultasi cara pengambilan yang betul dan tips-tips kesihatan lain apabila membuat pembelian dengan saya.

FB : Lieza Zaleeya
IG : @butiksihatbalakong
Page : Cakna Badan Kita
HP : 0192432683

0 comments:

Catat Ulasan