Home » » Cara Paling Mudah Kecilkan Pori Muka

Cara Paling Mudah Kecilkan Pori Muka


Pori-pori adalah sebuah rongga kecil yang menjadi akses pernafasan kulit. Dengan adanya pori-pori maka kulit boleh melakukan proses metabolisme dan regenerasi dengan mudah. Namun kemunculan pori-pori besar, terutama pada bahagian wajah, akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada keyakinan diri seseorang individu, terutama kaum wanita.

PORI-PORI WAJAH MEMBESAR
Munculnya pori-pori besar pada wajah sebenarnya bukanlah masalah kesihatan yang serius. Namun begitu, dengan munculnya pori besar di wajah maka penampilan kita akan terganggu, perasan rendah diri akan membuak-buak, sedih, seolah-olah kecacatan pada wajah, nak-nak wanita yang begitu mengambil berat soal kecantikan wajah.
Adanya pori-pori besar di wajah, akan menyumbang kepada pembentukan jerawat dan whitehead atau blackhead.
Oleh kerana itu pada entry kali ini Kak lza akan berkongsi cara mudah mengecilkan pori-pori pada wajah.

PENYEBAB PORI-PORI WAJAH MEMBESAR
Pori-pori wajah merupakan bahagian terpenting pada kulit kita, namun ada beberapa penyebab yang menjadikan pori tersebut semakin membesar dan kelihatan kurang cantik. Penyebab tersebut diantaranya seperti:

Pori wajah membesar


GENETIK
- Cuba lihat bapa, ibu, nenek, ataupun kakak kita. Jika ada salah satu dari mereka yang memiliki masalah pori besar di wajah, maka kita juga lebih berisiko terkena masalah tersebut. Menurut kajian, seseorang yang berasal dari keluarga penderita pori besar, mereka akan dua kali lebih berisiko dari pada orang yang bukan dari keluarga penderita.

MINYAK BERLEBIHAN 
- Minyak sangatlah berguna untuk kulit, kerana minyak dapat menjadi pelembab kulit secara semulajadi dan mencegahnya dari kekeringan. Akan tetapi apabila minyak tersebut berlebihan, ianya menyebabkan pori menjadi bertambah besar. Jika kulit minyak berlebihan, jadi itu adalah penyebab pori wajah membesar selama ini.

KOTORAN 
- Kurang menjaga kebersihan juga menjadi penyebab pori wajah menjadi besar. Kotoran seperti sisa make up, debu, sisa keringat, dan lainnya dapat menempel dan bersarang pada bahagian pori. Semakin lama kotoran tersebut akan semakin menumpuk dan menyebabkan pori membesar. Apabila kamu jarang membersihkan kulit wajah, maka pori wajahmu akan lebih berisiko membesar.

BAKTERIA 
- Adanya bakteria, kuman, merupakan penyebab munculnya pori wajah membesar yang cukup membahayakan. Selain menyebabkan munculnya masalah pori, adanya bakteria tersebut juga cukup berisiko menyebabkan munculnya masalah jerawat dan whitehead di wajah kita.

whitehead / blackhead yang melemaskan


SINAR MATAHARI
 - Ketika pagi hari kita digalakkan mendapat manfaat sinar matahari, namun jika sudah melebihi pukul 10.00 sinar matahari tersebut akan berubah menjadi senjata mematikan untuk kulit kita. Pancaran sinar matahari siang dapat menyebabkan pori membesar. Bahkan jika kulit terkena pancaran selama berjam-jam, kulit kamu akan mengalami peradangan dan kanser kulit.

PRODUK KECANTIKAN 

- Terdapat sebahagian produk kecantikan dapat membuat kulit kita tampak lagi cantik, mulus, dan bersinar. Namun apabila produk kecantikan tersebut tidak sesuai dengan jenis kulit, ia akan menyebabkan pori-pori wajah membesar. Oleh sebab itu, pastikan dulu produk kecantikan yang kamu gunakan sudah sesuai dengan jenis kulit dan pastikan tanpa bahan kimia terlarang.

Wajah mulus idaman wanita


PETUA TRADISIONAL MENGATASI PORI DI WAJAH
Sebenarnya memang ada banyak produk kosmetik mahupun kesihatan yang dapat membantu mengatasi masalah liang kulit terbuka ini. Walaubagaimanapun, kali ini saya ingin kongsikan 10 cara mudah, murah dan berkesan untuk atasi masalah kulit liang terbuka. Tips ini sesuai jika kita rajin, tiada anak kecil yang sentiasa di sisi dan mengekori anda seperti saya.

1. TELUR PUTIH 

- Putih telur digunakan untuk mengecutkan liang kulit yang terbuka. Topeng putih telur akan membantu menyingkirkan minyak-minyak yang tidak diperlukan pada kulit. Ambil sebiji putih telur, campurkan dengan oat dan 2 sudu teh jus lemon. Sapukan pada muka dan biarkan selama 30 minit (sementara tu boleh la nak basuh pinggan ke, sidai baju ke, tapi jangan nak bercakap sangat sebab tegang muka tu). Kemudian bilas dengan air sejuk. Cuba la dua kali seminggu, ia sangat sesuai juga untuk liang kulit yang tersumbat dan dapat elakkan jerawat.

2. JUS TIMUN

- Campurkan jus timun yang diblender dengan tepung jagung untuk jadikan ia likat. Sapu pada muka dan biarkan 15 minit. Topeng timun ni bukan saja dapat merawat linag kulit, malahan mencantikkan lagi tekstur kulit.






3. LOSYEN TOMATO

- Sapukan jus tomato pada muka dan biarkan ia duduk di muka anda selama 15-20 minit. Bilas dengan air suam. Tomato mengandungi tahap asid yang tinggi dan kalium, yang membantu untuk mengurangkan parut pada muka.

4. KIUB AIS

- Menggosok sekeping ais atau ketulan ais yang dibalut dengan kain pada kulit adalah salah satu cara terbaik dan berkesan untuk mengecilkan liang roma. Ia juga membantu untuk mengurangkan pengeluaran sebum pada kulit.

5. SODA PENAIK

- soda penaik mempunyai beberapa ciri-ciri antibakteria dan anti-radang yang membantu dalam mengurangkan komplikasi seperti jerawat. Campurkan bahagian yang sama soda dan air panas (2 sudu besar setiap satu), kemudian tenyeh ke muka dan urut perlahan-lahan selama kira-kira 30 saat menggunakan gerakan membulat. Bilas dengan teliti menggunakan air sejuk. Ia membantu membuang sel-sel mati kulit, kotoran, dan kekotoran lain. Soda penaik mengawal kandungan asid kulit dan mengekalkan keseimbangan pH.

6. SCRUB MUDA DAN GULA

- Ambil 1 sudu besar madu, 1 sudu besar gula perang dan campurkan dengan sedikit jus lemon. Basuh muka dengan air biasa, kemudian gosok dan urut perlahan-lahan pada kawasan yang terjejas selama lebih kurang 3-5 minit. Bilas dengan air suam. Anda juga boleh menggunakan teh hijau dengan gula untuk sebagai scrub.

7. BETIK 

- Betik sedap dimakan, bahkan ia juga berkhasiat. Lenyek betik yang sedap tu kemudian sapu pada muka. Biarkan sehingga 20 minit sebelum membilasnya dengan air sejuk. Ia membersihkan kulit muka secara mendalam.



8. JUS LIDAH BUAYA aka ALOE VERA

- Pelembab muka dengan jus aloe vera membantu untuk mengecilkan liang-liang besar. Jus membersihkan dan menyuburkan kulit dan membuang minyak dan kotoran dari liang-liang tersumbat.

9. WAP (STEAMING)

- Cara yang paling mudah untuk atasi liang-liang tersumbat pada kulit adalah cara pengewapan atau steaming. Ia membantu liang untuk membuka perlahan-lahan. Liang terbuka memudahkan penyingkiran cepat bakteria dan kekotoran.

10. JUS LEMON

- Jus lemon juga mengandungi ciri-ciri astringen (sejenis zat untuk mengecutkan kulit). Oleh itu ia membantu menegangkan kulit dan menghilangkan ketersumbatan liang. Ia telah dianggap sebagai salah satu ubat yang paling berkesan untuk bintik hitam. Kandungan asid sitrik yang membantu melonggarkan ikatan kimia yang kotor dengan kulit dan membantu memecahkan ia perlahan-lahan, dengan itu membantu membersihkan liang kulit.


VIVIX SHAKLEE: RAHSIA 25 TAHUN LEBIH MUDA
Vivix merupakan satu minuman kesihatan yang bebas bahan kimia, 100% semulajadi dan 100% selamat. Ianya 100% dicipta oleh saintis yang pakar dalam bidang mereka dan dijamin selamat.
Vivix adalah ‘anti cellular aging‘ yang menjadi revolusi dan penemuan yang sangat hebat yang melawan penuaan sel di peringkat selular.
Salah satu ramuan utama Vivix ( Resveratrol) disebut dalam 2,000 kajian termasuk kajian berganda yang dibuat oleh Harvard University, National Institute of Aging dan National Institute of Environment Health Sciences.
Vivix Shaklee memberikan 100 mg of resveratrol untuk setiap hidangan ( 1 sudu ). Estrak resveratrol mempunyai kandungan resveratrol dengan 98% ketulenan. Jadi, benarlah Vivix adalah supplement anti-aging terbaik di dunia.

Berusia 54 tahun - wajah macam baru 30 an


TESTIMONIAL VIVIX HILANGKAN PORI DI MUKA
Assalamualaikum, Nama saya Zainah Mukhtar. Saya pengguna dan juga pengedar vitamin Shaklee.
Saya dah makan hampir semua vitamin shaklee sejak 2 tahun lalu, ada 4-5 jenis yang belum. Vivix adalah yang terbaru saya cuba. Sebelum ni memang selalu tengok kawan-kawan dan pelanggan jer yang bercerita tentang keberkesanan vivix ni. Terdetik juga dalam hati, satu hari aku mesti cuba vivix.
Dipendekkan cerita, saya dapat sebotol vivix hasil daripada bermain kutu. Sebab vivix ni agak mahal untuk saya sebagai seorang surirumah, jadi nak cuba punya pasal main kutu vivix la.
Sebelum minum vivix saya memang dah amalkan vitamin-vitamin lain juga seperti ESP, VITA C, VITA E, B COMP, OSTEMATRIX, GLA, ALFALFA dan beberapa lagi. Setiap hari memang ambil vitamin2 ni semua. Saya ambil untuk menjaga kesihatan dan untuk kecantikan.
Saya teruja sangat dengan vivix ni. Saya nak buat 'eksperimen' kat diri sendiri. Sebelum ni ramai dah cakap vivix ni best, vivix ni vivix tu, jadi tiba masa saya pula nak cuba.
Saya berhenti ambil vitamin-vitamin yang lain kecuali ESP 3 hari sebelum minum vivix. Saya dengan ESP ni kawan baik, waktu sarapan mesti minum segelas ESP. Saya jarang ambil sarapan yang berat-berat, cukup segelas ESP untuk memberi saya rasa kenyang dan tenaga sehingga waktu makan tengahari.
Maka saya cuba vivix satu sudu kecil buat permulaan selama 3 hari. Selepas 3 hari saya ambil 1 sudu besar pula. Saya mula perasan ada perubahan bila saya tengok cermin selepas bangun tidur. Wow!! Sangat luarbiasa kesan vivix ni, kulit wajah saya nampak lembap dan pori-pori terbuka dah berkurang. Lepas seminggu tona kulit dah nampak makin lebih sekata dan semakin cerah. Saya senyum sorang-sorang depan cermin, seronoknyaaa
Sekarang barulah saya percaya yang vivix ni betul-betul memberi kesan untuk awet muda. Sebelum ni macam kurang percaya sebab tak cuba sendiri.
Saya memang takde pakai krim kecantikan. Krim malam NutriWhite yang saya pakai sebelum ni pun dah lama habis sebelum saya minum vivix.
Jadi saya sangat syorkan pada semua yang nak wajah awet muda tapi malas nak makan vitamin banyak-banyak atau nak tepek krim siang malam, elok sangat minum vivix 1 sudu sebelum tidur. Bangun pagi tengok cermin mesti senyum sorang-sorang.
Orang kata tak kenal maka tak cinta. Tak cuba maka tak tahu. Begitulah dengan vivix, mesti kena cuba sendiri. Itulah kesan vivix kepada saya. Terima kasih Shaklee, terima kasih Supermom Shaklee Story.











Jom order Vivix
Cara 1 👉🏻 Anda boleh terus klik ke Vivix ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan khidmat  Citylink atau Gdex ke alamat yang anda berikan. Penghantaran mengambil masa 2 - 4 hari.
Cara 2 👉🏻 Hubungi saya Liza 0192432683 untuk mendapatkan konsultasi set kesihatan mana yang paling tepat untuk anda berserta konsultasi cara pengambilan yang betul dan tips-tips kesihatan lain apabila membuat pembelian dengan saya.
FB : Lieza Zaleeya
IG : @butiksihatbalakong
Page : Cakna Badan Kita
HP : 0192432683

0 comments:

Catat Ulasan