Home » » Tips Memilih Bendi

Tips Memilih Bendi

Mungkin ada yang belum tahu cara atau tips untuk memilih bendi yang muda dah masih segar untuk masakan. Di sini saya kongsikan tips nya berdasarkan petua yang disampaikan oleh ibu kepada sahabat saya.





Kebetulan esok saya merancang untuk memasak Asam Pedas Ikan Parang, bendi salah satu bahan wajib untuk saya, jadi terus jer snap gambar, kongsikan dengan semua.

1) Pilih bendi yang comel-comel, yang masih elok, bukan yang kecut mecut.

2) Patahkan hujung bendi dengan hujung jari anda, jika liat semacam tu tandanya bendi tersebut dah tua.


3) Tetapi sekiranya mudah dipatahkan, sekali tekan jer, itu pilihan bendi terbaik untuk anda. Tak liat, reneh sekejap je pun dah ok.


Salah seorang sahabat saya, gemar memakan bendi di hujung-hujung trimister ketika hamil kerana katanya petua mudah bersalin. Sejauh mana kebenaran saya kurang pasti, tetapi tak salah mencuba kerana bendi juga banyak khasiat untuk kesihatan.

Antara Khasiat Bendi untuk kesihatan

  • Menguatkan daya ingatan
  • Mencuci hati
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah
  • Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
  • Membantu mengelakkan sembelit
Semoga info ini bermanfaat untuk semua.

Salam Sayang,

Pengedar Shaklee yang ceria
Lieza 0192432683

Fan Page : Choice Of Yours

2 comments:

  1. bendi memang best. antara sayur yang cukup suka makan.

    BalasPadam
  2. yela ... kalau letak dalam masak asam pedas.. memang power

    BalasPadam