Home » » Resepi Daging Masak Hitam

Resepi Daging Masak Hitam

Resepi ini menjadi menu wajib keluarga mentua saya untuk disajikan di pagi hari raya. Daging masak hitam biasanya disajikan bersama nasi impit atau pulut kuning.

Resepi ini dikongsi oleh kakak ipar saya, iaitu Puan Yusnita. Malahan di Sungai Rambai Melaka menu ini menjadi pilihan sajian kenduri, dan semestinya kakak ipar saya di upah untuk memasaknya.
Resepi ini juga menjadi pilihan keluarga saya, anak-anak saya amat menyukainya. Bolehlah ibu-ibu menjadikan menu variasi terutama pada hujung minggu. Makan dengan nasi pun menyengat ni.

Daging Masak Hitam

Bahan-bahan Asas


1)  1Kg Daging (dipotong dadu)
2)  Kicap
3)  Gula Melaka (diketuk)
4)  3 sudu besar kerisik
5)  Daun kunyit (di hiris halus) boleh juga digantikan dengan daun limau purut
6)  Minyak untuk menumis
7) Secawan santan (tidak wajib)


Bahan Kisar


1)  Cili Kering (10 Tangkai)
2)  7 ulas Bawang Putih
3)  2 Labu bawang besar (merah)
4)  2 Batang Serai (boleh juga diketuk)
5)  1/2 inci halia

Cara-caranya


1) Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak
2) Masukkan daging, boleh juga direbus daging terlebih dahulu sekiranya melebihi 1kg
3) Reneh hingga daging tersebut empuk, tambahkan sedikit air
4) Apabila daging empuk bolehlah dimasukkan gula melaka, dan kicap
5) Boleh juga tambahkan santan / air jika anda suka yang berkuah, tetapi saya lebih suka ia pekat dan kering sama seperti daging rendang
6) Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa berserta hirisan daun kunyit, dan kerisik, biarkan seketika dan akhirnya sedia untuk dihidang


Pastikan anda mencuba resepi ini, kerana saya yakin anda akan berpuashati.


SID Shaklee yang ceria - Lieza 0192432683


1 comments:

  1. Boleh try ni.slalu daging goreng kunyit je 😂 tq sudi share resepi.

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    BalasPadam