Home » , » Pengalaman Saya Makan Alfafa Shaklee

Pengalaman Saya Makan Alfafa Shaklee

Alfafa Complex Shaklee adalah salah satu produk terlaris dan popular dikalangan mereka-mereka yang mempunyai rangkaian masalah berikut :


Saya consume Alfafa pada awalnya kerana masalah alahan makanan laut. Dulu setiap kali makan udang, sotong, kerang, ketam, malah makanan kegemaran rakyat pantai timur BUDU, badan saya akan ditumbuhi bintat-bintat merah (macam kena ulat bulu).

Bintat-bitat merah

Nikmat Dunia Makanan

Tapi biasalah orang degil, mana boleh tahan tengok sambal udang yang berlingkar, ketam masak sos yang seksi, ikan bakar cicah budu, kerang bakar... aduuuiii kecur weei. Nafsu makan mengatasi segala-galanya. Penawar lepas makan semua tu, ubat alergik klinik, siap dapat MC.

Alahan makanan laut saya semakin kronik awal tahun ini, kalau dulu setakat badan je gatal-gatal, saya masih boleh menahannya. Tapi bila mulut mula bengkak dan memuncung, kalah superstar Anita Sarawak, mata berair dan gatal. Saya terus melupakan makanan laut, biarpun kata orang, makanan laut nikmat dunia makanan. 

Sekadar hiasan

Consume Alfafa Complex


Sekitar awal bulan April 2014, saya mula consume Alfafa Complex, seminggu pertama saya dilanda healing crisis yang teruk, batuk berkahak hingga hilang suara. Tapi saya tetap teruskan dibantu air putih 3 liter sehari, keadaan ini menyedarkan saya betapa tinggi toksin dalam badan saya.




Sotong Goreng

Setelah dua minggu consume, saya mula buat eksperimen sendiri, gambar di atas adalah menu pertama yang saya ambil setelah hampir empat bulan berpantang makanan laut. Sampaikan, kawan-kawan opis menegur, "Kak Iza dah boleh makan sotong ke?", saya senyum jer. Nama pun eksperimen, diamkan dulu.


Sambal Petai Udang

Tak Kenal Maka Tak cinta


Alhamdulillah, eksperimen pertama berjaya, sebiji bintat mahupun gatal-gatal langsung tiada. Syukur sangat-sangat. Eksperimen kedua pula, hujung minggu saya masak sambal udang petai, berjaya lagi. Time nak makan tu, en hubby dah tegur 'kang mulut tu muncung macam itik, dah tahu tak boleh makan, nak jugak". Saya sekadar senyum, sepinggan nasi licin.

Segalanya dengan izin Allah, saya masih setia dengan Alfafa dan meneruskan makan, nikmat dunia makanan laut tanpa ragu sehingga hari ini. Bonus susu badan meriah, mendapat berat badan ideal, membantu penghadaman, dan bonus lain itu menambah rasa cinta dan sayang saya dengan Alfafa.

Ini kisah cinta saya dengan Alfafa, belum lagi kisah cinta saya dengan ESP, Ostematrix, Lecithin, dan Vitamin C. Kan orang tua-tua selalu cakap "Tak Kenal Maka Tak Cinta"

Alfafa - 330 biji (RM53.75)

Berminat untuk jatuh cinta dengan alfafa, klik link untuk terus membuat pembelian degan Shaklee Malaysia, atau hubungi saya. Saya sedia membantu anda, Insha Allah konsultasi kesihatan akan diberikan secara percuma.


Salam Sayang,

SID anda yang Ceria
Lieza 0192432683

Fan Page : Choice Of Yours


4 comments:

  1. Ada kawan kata kalau nak kurus makan lecithin so saya try tapi tak berjaya walaupun malam tak makan nasi. Ke...kena makan dengan alfalfa sekali?

    BalasPadam
  2. Lecithin dan alfafa adalah gabungan set bajet untuk kurus secara sihat, ada juga yang success kurus hanya dengan lecithin. Bergantung kepada badan, pemakanan, senaman dan air putih yang di minum. Mungkin Puan boleh mencuba Alfafa, mudah-mudahan fungsinya membuang lemak yang di bakar oleh Lecithin membantu Puan mendapat berat badan yang puan inginkan.

    BalasPadam
  3. pehh..bercinta kan main degan alfafa eh..haha

    BalasPadam
  4. hihihihi... tak kenal maka tak cinta

    BalasPadam