Ketika isteri mengandung suami hendaklah benar-benar
bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri yang sensitif pada
saat itu.Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang
disayanginya.
Terdapat beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang
mengandung, agar emosi dan kesihatannya tidak terganggu sepanjang kehamilan.
Kelesuan |
Ini kerana pada saat ini biasanya wanita lebih cenderung bersifat keanak-anakan, mengharapkan lebih perhatian, manja, mengidam makanan yang pelik-pelik, mudah merajuk, dan banyak lagi yang mungkin di luar jangkauan seorang suami.
Pening |
Terdapat juga isteri yang hamil mengalami alahan yang teruk di awal peringkat kehamilan, menyebabkan beliau kelesuan, hilang selera makan, pening serta muntah-muntah.
Mengidam |
Pada saat ini suami perlu memainkan peranan yang penting, kerana isteri anda sedang mengandungkan zuriat anda bagi melayakkan anda bergelar seorang ayah.
Antara perkara yang perlu suami lakukan sepanjang kehamilan isteri;
- Suami hendaklah sentiasa menunjukkan kasih sayang terhadap isteri, sementelah anda merupakam teman hidup yang paling dekat.
- Berlaku jujur dan setia terhadap isteri, hindari daripada bersikap kejam ke atas isteri.
- Menyelesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum tidur.
- Jangan mudah mengeluarkan perkataan “talak” kepada isteri.
- Ketika isteri hampir bersalin suami digalakkan membaca “La ila ha illa subha naka inni kun tum minadzolimin” maksudnya Tiada Tuhan yang disembah menlainkan Engkau Maha Suci, Engkau Ya Allah, sesungguhhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim.
- Tidak meninggalkan solat dan sentiasa melakukan solat hajat untuk mendoakan agar isteri dan anak di dalam kandungan selamat.
Mengandung akan memberi tekanan terhadap
kaum wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, serta tubuh badanya
lebih kuat berkerja.
Jantungnya mengepam darah 40% lebih dari keadaan biasa, buah pinggangnya harus mengendalikan
pembuangan kotoran bayinya.
Suami juga digalakkan banyakkan membaca buku-buku berkisar tentang kehamilan, bagi menambah ilmu dan pengendalian emosi isteri.
Isteri juga perlu mendapat makanan berkhasiat, supplemen mengikut trimester kehamilan, rehat yang cukup bagi memastikan kesihatan ibu dan anak di dalam kandungan.
0 comments:
Catat Ulasan