Home » » 16 Days Photo Challenge Day 5 - The Sky

16 Days Photo Challenge Day 5 - The Sky


The Sky – Serius, blur nak tulis apa dengan tajuk ni. Siap tanya anak ketiga saya, “adik, the sky tu apa?”. “Langit lah, nape bu”. Saya senyum “saje je test adik”

Kenapa tiba-tiba blur, tapi tak nak lepaskan cabaran 16 Days photo Challenge, cabaran yang sebelum ini, langsung terlepas… Aduuii..


Langit Cerah di pagi Isnin 20 Sept 2014

Morning Wish 

Pagi ni, seperti biasa akan terima morning wish dan kata-kata motivasi daripada Mommy Shaklee saya dalam Whatsapp Group MMC, terus tanya mommy untuk dapatkan sedikit idea tentang tajuk ni. Mommy cakap “Sky Juice”. Mommy saje la buat lawak. Huwaaaa…

Tetiba teringat satu ungkapan “Langit tidak selalunya cerah”, mommy Zana cakap “idea yang bagus, cerita tentang kehidupan, janji ikhlas dari hati”

Realiti Kehidupan 

Kehidupan, adakalanya penuh tawa ria dan kebahagiaan tetapi tidak kurang sisipan kisah duka menyelubungi tatkala kita belum bersedia, serta tidak tega menghadapinya.

Macam langit, mendung jangan disangka hujan kan turun, panas jangan disangka hingga ke petang, kerana mungkin hujankan turun ditengah hari.

Erti Sebuah Kehilangan 

Kesedihan tentunya berkait rapat dengan kehilangan terutama pemergian yang tidak kembali insan yang kita sayangi.

Bagai terpapar di laptop ini rentetan kisah keluarga kami, di duga di atas kehilangan anak buah saya, Iffah Syazwina lima tahun yang lalu. Tidak cuba menyangkal takdir Ilahi, tapi sungguh ia memberi impak yang besar kepada kami sekeluarga.

Luruh Jiwa - Runtun Hati

Bagai luruh jiwa, bercerai  jasad dan roh, menyentap tangkai hati saat dikhabarkan pemergian anak buah saya, cucu ke lapan Bilal Samud kerana H1N1. Arwah merupakan mangsa ke sembilan kes itu dan mangsa termuda kerana ketika itu baru berusia tiga tahun.

Tangisan kami 

Pertama kalinya seusia sembilan tahun perkahwinan kami pada ketika itu, saya menyaksikan esakan tangis suami saya kerana tragedi ini. Tumpahnya airmata seorang lelaki.... Ya, Allah besarnya dugaan Mu. Saat itu terbayang wajah ipar dan biras saya, ibu dan babah arwah Iffah Syazwina, bagaimana jiwa mereka, pastinya lebih terkesan dengan kehilangan anak sulung yang ditatang bagai minyak yang penuh.

Allah Sebaik-baik Perancang

Perjalanan dua jam dari KL ke Melaka, bagaikan dipenuhi duri yang mencucuk-cucuk jiwa raga, ingin terbang rasanya mendakap adik beradik di Kampung mencari kekuatan satu sama lain menghadapi kisah duka ini.

Sepanjang perjalanan bagai terngiang-ngiang suara arwah menyanyi lagu Happy Birthday beliau sendiri yang ketiga tahun, seminggu sebelum beliau meninggalkan kami.  Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.

Tidak tega rasanya menceritakan suasana bilik mayat, demi Allah meruntun jiwa ini. Jangan di tanya keadaan kami ketika di kampung, usah dihitung airmata kami sekeluarga saat menunggu jenazah di bawa pulang. Masa seolah-olah terhenti, berkali-kali mengharapkan kejadian ini hanya mimpi ngeri, tetapi.... segalanya sudah tertulis. Si kecil itu tetap pergi meninggalkan kami.

Prosedur Kementerian Kesihatan Tentang H1N1


Saat tiba jenazah yang sudah siap dikapankan, hinggalah saat beliau dikembumikan kami tidak dibenarkan menatap wajah beliau untuk kali terakhir kerana prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. 

Masih terdengar rayuan ibu mentua saya yang ingin menatap  dan mencium wajah cucu beliau untuk kali terakhir tetapi tetap tidak dibenarkan pegawai kesihatan yang mengiringi jenazah.

Biarpun cuba memahami prosedur yang ditetapkan kerana bimbang penularan wabak H1N1, tetapi sehingga saat ini kami sekeluarga ralat dan kesal. Tilam, kain lepas yang menjadi penutup jenazah malah tikar meletakkan jenazah diarahkan di bakar sesudah jenazah di bawa ke tanah perkuburan. Tiada apa yang tinggal untuk kami tatap dan jadikan kenangan.

Prosedur yang kami sekeluarga anggap agak kejam, tetapi kami tetap akur biarpun airmata deras mengalir bagaikan empangan yang pecah mengiringi jenazah ke liang lahad tanpa menatap dan menciumnya buat kali terakhir. 

Langit tidak selalu cerah - Mendung hitam berarak

Mendung Hitam - Langit Balakong 20 Sep 2014 7.00 pm



Itu kisah mendung keluarga kami, di sebalik kisah duka ini, ikatan kekeluargaan kami makin akrab dan utuh. Alhamdulillah. Tidak pernah sedetik kami melupakan bidadari syurga itu, setiap kali kami berkumpul adik beradik, seolah-olah terbayang-bayang kelibat beliau bermain bersama sepupu-sepupu beliau. Mungkin hanya khayalan, tetapi sehingga hari ini, seringkali kami tersasul memanggil adik arwah dengan nama arwah.

Maaf, saya tidak dapat letakkan gambar arwah di sini, saya perlu menghormati perasaan ibu dan babah beliau. Sesuatu yang tidak boleh dinafikan betapa beruntungnya adik ipar saya dan isterinya memiliki anak penghuni syurga Allah.

Damailah dikau di sana wahai bidadari syurga. Al fatihah.

Al Fatihah


SID anda -  Lieza 0192432683




3 comments: