Home » » Terpaksa Buang Rahim Kerana Fibroid

Terpaksa Buang Rahim Kerana Fibroid

Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. 

Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.


Fibroid


Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. 

Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.

Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. 

Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.

Pembedahan mengeluarkan fibroid
Fibroid Dirawat Secara Pembedahan

Rawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah pembedahan. Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.

Pembedahan myomektomi

Bagi wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. Myoma ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu, pembedahan tersebut dinamakan myomektomi. Kadang-kala seesorang wanita itu boleh ditumbuhi beberapa fibroid. 

Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi, kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut perlu dibuang sekaligus.

Pembedahan Untuk Membuang Rahim (Hysterektomi)

Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin mereka telah mempunyai bilangan anak yang cukup ataupun telah menjangkau umur lebih daripada 40 tahun dan ketumbuhan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan, ialah pembedahan hysterektomi. Pembedahan ini dianggap sebagai satu pembedahan besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pembedahan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih kepada keadaan sediakala

RASA BERAT DAN SEDIH KERANA TERPAKSA BEDAH BUANG RAHIM.

Setiap wanita sangat sayang dan kalau bolih tidak mahu kehilangan rahim. Memang telah jadi anggapan semua wanita bahawa rahim sebagai lambang kewanitaan. 

Memang amat sukar untuk seorang wanita berpisah dengan rahimnya. Lagi-lagi pula jika dia belum berpeluang melahirkan anak.

Rahim terpaksa di buang kerana berlaku pendarahan teruk


Terdapat beberapa situasi dimana wanita terpaksa berpisah dengan rahim kesayangannya. Jika telah dirancang lebih awal sebelum pembedahan hakikatnya sudah ditetima.

Situasi agak rumit bila saya terpaksa buat keputusan buang rahim ketika sedang melakukan pembedahan untuk tujuan lain saperti buang tumbuhan fibroids atau adenomyosis sahaja.

Beginilah situasi bagi seorang wanita muda berumor 35 tahun yang belum ada anak dan mengidap tumbuhan dalam rahim iaitu adenomyosis yang besar saiznya saperti hamil 5 bulan.

Percubaan buang tumbuhan saja tidak berjaya dan menyebabkan perdarahan amat banyak. Demi untuk menyelamatkan nyawa saya terpaksa buat keputasan buang rahim.

Semoga beliau pulih sihat dan hidup bahagia walaupun tiada zuriat sendiri. Aamin

Sumber : FB Dr Hamid Arshat

Alternatif Lain Untuk Pesakit fibroid - Vivix Shaklee

Testimoni Pengguna Vivix 

Fibroid Mengecut
Perut keras jadi lembut



Bagaimana ingin mendapatkan Vivix?

Cara 1 👉🏻 Anda boleh terus klik ke Vivix ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan khidmat  Citylink atau Gdex ke alamat yang anda berikan. Penghantaran mengambil masa 2 - 4 hari.

Cara 2 👉🏻 Hubungi saya Liza 0192432683 untuk mendapatkan konsultasi set kesihatan mana yang paling tepat untuk anda berserta konsultasi cara pengambilan yang betul dan tips-tips kesihatan lain apabila membuat pembelian dengan saya.

FB : Lieza Zaleeya
IG : @butiksihatbalakong
Page : Cakna Badan Kita
HP : 0192432683

1 comments:

  1. Saya ingin bertanya
    Selepas pembedahan rahim akibat ketumbuhan fabroid dan cys, boleh tak saya mengambil vivix. Ovari saya tidak dibuang selepas pembedahan.

    BalasPadam