Home » » Awas!!! Vertigo Simptom Awal di Serang Stroke

Awas!!! Vertigo Simptom Awal di Serang Stroke

Assalamualaikum...

Semakin banyak kak lza baca tentang penyakit yang pelbagai jenis di zaman yang moden ni, semakin seram pulak. Rupanya banyak lagi penyakit yang tak pernah kak lza dengar... huhuhuhu, penyakit yang berisiko untuk menyerang kita. Salah-satu penyakit yang Kak lza tak pernah dengar dan ambil tahu adalah vertigo.

Vertigo akan menyebabkan individu yang diserang mengalami keadaan pening yang amat sangat. Mereka yang diserang vertigo akan berasa dunia seperti berpusing-pusing, gelap seakan-akan simptom akan pitam. Biasanya serangan penyakit vertigo ini mungkin berlaku beberapa minit bahkan ada yang berlarutan sehingga berhari-hari.

Dunia seolah-olah berpusing


Apakah Penyebab Vertigo Ini Sebenarnya?

Sebenarnya penyakit ini terjadi kerana terdapat gangguan kepada sistem keseimbangan badan kita. Umumnya, keseimbangan tubuh manusia dikendalikan oleh otak. Apabila otak menerima maklumat, ia akan memproses maklumat tersebut dan menghantar mesej kepada anggota tubuh untuk digerakkan. Sistem keseimbangan badan manusia ini bertumpu di sekitar mata dan di kedua-dua bahagian telinga.

Gangguan atau penyakit vertigo ini akan menyerang apabila terdapatnya gangguan pada bahagian dalam telinga dan juga penglihatan seseorang. Gangguan dalam telinga ini dipercayai berlaku disebabkan oleh cecair yang terkumpul dan perubahan tekanan dalam telinga. Ia boleh menyebabkan kita menjadi pekak dan tak boleh berdiri dengan betul kerana kehilangan keseimbangan badan.

Hilang keseimbangan badan


Jenis-Jenis Penyakit Vertigo
  • Vertigo ocularis; rasa berpusing-pusing akibat gangguan saraf di sekitar organ mata.
  • Vertigo nocturna; pesakit berasa seolah-olah akan terjatuh semasa hendak tidur.
  • Vertigo laryngea; tubuh rasa berpusing-pusing akibat daripada serangan batuk.
  • Vertigo epileptica; keadaan berpusing setelah mengalami serangan sawan.
  • Vertigo positional; serangan vertigo mendadak yang menyerang kurang dari satu minit. Pencetusnya seperti perubahan posisi kepala ketika seseorang itu  berpaling ke belakang atau ketika berbaring, bangun dan berguling di tempat tidur.
Tanda-Tanda Anda Mungkin Diserang Oleh Vertigo

Seseorang yang mengalami vertigo akan berasa dirinya atau persekitaran seperti berpusing-pusing.
Gerakan mata yang tidak normal. Ini  merupakan petunjuk bahawa fungsi bahagian dalam telinga terganggu melibatkan saraf yang menghubungkan otak.

Pening Kepala berpusing-pusing

  • Tubuh rasa berdebar-debar
  • Telinga terasa berdengung
  • Pandangan kabur
  • Rasa mual tekak dan hendak muntah
  • Berpeluh-peluh walaupun dalam keadaan rehat
  • Nadi berdenyut dengan cepat
  • Tidak dapat berjalan dengan lurus atau mengimbangkan badan
  • Telinga tidak dapat menangkap butiran percakapan seolah-olah hilang pendengaran.
Faktor Pencetus Vertigo

Secara umum serangan vertigo adalah disebabkan oleh gangguan sistem peredaran darah dan keadaan tubuh yang tak mampu menjaga keseimbangan.

Hakikatnya, perkara ini mungkin berlaku disebabkan oleh pengaruh berikut iaitu;

  • Pola makan yang tidak sihat (tinggi kolesterol, gula, dan lemak) serta tabiat buruk merokok.
  • Migrain akibat perubahan tekanan darah (hipertensi) akibat kurang tidur dan pengambilan alkohol yang berlebihan.
  • Gangguan fungsi otak akibat kurangnya aliran darah menuju otak. Ini menyebabkan oksigen yang tak cukup untuk diangkut ke seluruh tubuh. Akhirnya sistem pembuluh darah dan saraf terganggu.
  • Terjadinya radang dan jangkitan telinga oleh bakteria sehingga menyebabkan gangguan kepekatan cairan pada organ telinga. Lalu akibatnya tubuh tidak dapat keseimbangan.
  • Gangguan saraf di sekitar mata. Ini menyebabkan sistem keseimbangan tubuh terganggu.
  • Mungkin terjadi akibat mabuk darat atau mabuk laut. Pergerakan persekitaran yang mengganggu keseimbangan tubuh.
  • Gangguan neurologis yang disebabkan oleh sklerosis, tumor otak atau tumor yang menyerang saraf. Perlu segera berjumpa doktor untuk memastikannya.


Cara Menghadapi Serangan Vertigo

Rehat yang cukup


  • Jangan Panik. Bertenang, baring dan berehat. Pejamkan mata sambil ambil nafas dalam-dalam. Cari posisi yang selesa untuk berehat sama ada duduk atau berbaring.
  • Cuba lihat sekeliling anda dan segera minta pertolongan sesiapa yang berdekatan. Bila terasa mual dan ingin muntah, teruskan sahaja.
  • Sekiranya dengan berbaring atau pun duduk dapat memberikan anda keselesaan untuk berehat dan menenangkan diri ketika diserang vertigo, teruskan sahaja sehingga ia menghilang. Jangan kerap melakukan gerakan secara tiba-tiba. Cuba berehat sepenuhnya.
  • Buka mata perlahan-lahan dan dalam gerakkan kepala dengan perlahan. Sekiranya masih lagi berasa pusing, berehat kembali pejamkan mata dan minta pertolongan untuk ke klinik.
Tips Mencegah Penyakit Vertigo Daripada Berulang

Penyakit vertigo ini boleh dicegah dari awal. Sekiranya terasa ada tanda-tanda untuk diserang vertigo, amalkan tips-tips ini untuk mencegahnya dari menjadi lebih kronik.
  • Jika pesakit mempunyai gejala hipertensi, maka kurangkan pengambilan garam dan amalkan diet yang sihat.
  • Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran demi menghalang pertumbuhan radikal bebas dalam tubuh anda.
  • Aktiviti bersenam seperti aerobik, jogging atau berjalan selama 30 minit perlu diatur sekurangnya 4-5 hari dalam seminggu. Aktiviti ini bukan sahaja menghindari vertigo malah menyihatkan jantung dan paru-paru sekaligus melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
  • Hindari stress, kerana stress juga merupakan salah satu punca penyakit ini.
  • Pastikan tubuh mendapat rehat yang mencukupi. Hindari gangguan tidur. Tidur yang berkualiti adalah seawal jam 10 malam. 
Jangan memandang remeh sekiranya sering diserang sakit kepala atau rasa dunia ini berpusing-pusing.

Serangan vertigo yang terjadi kerana aliran darah yang terganggu kerana pembengkakan arteri, AWAS ianya satu gejala atau simptom awal untuk terjadinya risiko diserang penyakit stroke. Ini kerana berkemungkinan besar pembuluh darah membengkak dan berkemungkinan pecah kerana tekanan darah yang tinggi

Supplemen untuk mereka yang kerap di serang Vertigo

Supplemen Terbaik


Vivix Shaklee adalah jawapan tepat dan supplemen unggul kepada penyakit Vertigo yang anda deritai selama ini.

Kenapa Vivix Shaklee

  • Vivix Shaklee adalah tonik yang dirumuskan secara teliti dan telah pun banyak disiarkan di media massa ini membantu memulihkan kesihatan tubuh hingga ke peringkat sel. Kajian makmal telah menunjukkan ramuan utama dalam Vivix melindungi dan membaikpulih sel-sel DNA.
  • Dalam satu ujian klinikal yang dijalankan oleh saintis Shaklee, ramuan utama dalam Vivix juga telah melindungi tubuh dari tindakbalas keradangan yang berpunca dari pemakanan yang tidak sihat yang menyebabkan tubuh menjadi semakin tua dari usia sebenar.
  • Di samping itu, melalui ujian klinikal juga telah menunjukkan tindakbalas Vivix yang melambatkan pembentukan protein AGE yang merosakkan sel-sel badan.
  • Vivix membantu mempertingkat fungsi otak. 


TESTIMONI PESAKIT VERTIGO SETELAH MENGGUNAKAN VIVIX

Alhamdulillah - Makcik dah sihat


Vertigo sudah tiada

Bagaimana ingin mendapatkan Vivix?

Cara 1 >>> Anda boleh terus klik ke Vivix ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan khidmat  Citylink atau Gdex ke alamat yang anda berikan. Penghantaran mengambil masa 2 - 4 hari.

Cara 2 >>> Hubungi saya Liza 0192432683 untuk mendapatkan konsultasi set kesihatan mana yang paling tepat untuk anda berserta konsultasi cara pengambilan yang betul dan tips-tips kesihatan lain apabila membuat pembelian dengan saya.

FB : Lieza Zaleeya
IG : @butiksihatbalakong
Page : Cakna Badan Kita
HP : 0192432683

0 comments:

Catat Ulasan