Home » » Apa Itu Penyakit SLE, Benarkah Boleh Mengakibatkan Kematian?

Apa Itu Penyakit SLE, Benarkah Boleh Mengakibatkan Kematian?

Assalamualaikum,

Pernah dengar tak tentang penyakit SLE? Kak lza pernah dengar tapi seriously tak tahu sangat pasal penyakit ni, hanya tahu nama SLE.


Semalam, search kat Encik Google tentang penyakit ni, bukan sesaja search tapi memang ada dalam list nak buat entry pasal SLE. Baru kak lza tahu rupanya Diskoid Lupus pun dalam kategori penyakit SLE. 


Terus mengimbau kenangan tiga tahun lepas, anak ketiga kak lza suspect ada penyakit Diskoid Lupus. Asalnya Nur Athirah Adaliya, botak bertompok-tompok, kesan daripada keguguran rambut. Mula-mula akak fikir, sebab dia ni kategori suka makan jajan, puas di larang, depan kita tak makan tapi kat sekolah, beli depan pagar sekolah, makan sorok-sorok.



Nur Athirah Adaliya


Dipendekkan cerita, refer HUKM untuk dapatkan kepastian. First check up Doctor suspect Diskoid Lupus. Blur jap, penyakit apa pulak ni?? Doktor explain sedikit, tentang penyakit ni terus berjurai airmata. Seram sejuk dengar tentang komplikasi penyakit ni. 


Untuk kepastian, terus lalui beberapa blood Test, syukur alhamdulillah anak kak lza bebas Diskoid Lupus. 


Kat sini, kak lza share tentang penyakit SLE, di harap membantu semua untuk lebih jelas tentang penyakit ni.




SYSTEMIC LUPUS ERYTHEMATOSUS (SLE)

Berbalik kepada penyakit SLE ni,  SLE adalah sejenis penyakit auto-immune yang mana sistem imun seseorang itu bertindak menyerang tubuh badannya sendiri. Ia berisiko merebak ke organ penting lain dalam badan seperti buah pinggang, paru-paru, hati, jantung, darah, tulang dan sendi. Ia juga boleh mengakibatkan kematian. (Ni yang buat kak lza berjurai air mata)

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).




Terdapat beberapa jenis lupus:


Sistemik lupus eritematosus (SLE)


  • Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. 
  • Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
Diskoid lupus eritematosus (DLE)


  • Penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. 
Penyakit Kulit - SLE

  • Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.
Lupus Neonatal
  • Keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). 
  • Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). 
  • Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.
  • Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini di panggil “drug-induced lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.

Apakah Gejala-gejala SLE?

Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat.


Ruam merah - SLE


Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada.


Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.



Ciri-ciri penyakit ialah:


  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah

Pesakit SLE dari segi medical science - BELUM ada PENAWAR, maksudnya walaupun dengan bantuan supplement atau ubatan, ianya lebih kepada mengawal activiti cell LE/lupus dari active menyerang tubuh. Pengambilan supplement Shaklee bukan untuk merawat SLE. Apa yang lebih tepat ialah, ia mengawal simptom SLE.

BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE MEMBANTU PESAKIT LUPUS / SLE





Setakat ini ubat-ubatan hanya dapat mengawal risiko penyakit SLE. Namun, pengambilan ubatan sintetik dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan risiko kerosakan pada buah pinggang.


Vivix boleh membantu pesakit SLE dengan ~

✔️ Membantu mengurangkan radang pada pesakit SLE.
✔️ Antioksida bantu merencatkan sel-sel / DNA tidak sihat.
✔️ Membantu memperbaiki kerosakan sel dan DNA tubuh. 


TESTIMONI VIVIX MEMBANTU PESAKIT LUPUS




SLE Survivor

Bagaimana ingin mendapatkan Vivix?

Cara 1 👉🏻 Anda boleh terus klik ke Vivix ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan khidmat  Citylink atau Gdex ke alamat yang anda berikan. Penghantaran mengambil masa 2 - 4 hari.

Cara 2 👉🏻 Hubungi saya Liza 0192432683 untuk mendapatkan konsultasi set kesihatan mana yang paling tepat untuk anda berserta konsultasi cara pengambilan yang betul dan tips-tips kesihatan lain apabila membuat pembelian dengan saya.

FB : Lieza Zaleeya
IG : @butiksihatbalakong
Page : Cakna Badan Kita
HP : 0192432683

0 comments:

Catat Ulasan