Home » » Benjolan Pada Payudara, Kanser atau Ketumbuhan?

Benjolan Pada Payudara, Kanser atau Ketumbuhan?

Pemeriksaan sendiri payudara perlu dilakukan setiap bulan bagi mengesan sebarang perubahan pada payudara kita. Waktu terbaik untuk melakukan pemeriksaan ialah 3 atau 4 hari selepas haid.

Jika terdapat sebarang perubahan, kita perlu segera berjumpa doktor, untuk melakukan pemeriksaan dan mengikuti prosedur kesihatan. Pemeriksaan awal mungkin membantu kita untuk mengesan apa sahaja perkara "abnormal" pada payudara, iaitu mungkin kanser atau ketumbuhan biasa.






Perubahan Payudara yang perlu dititkberatkan

  • Kulit sekitar payudara menjadi kasar
  • Wujud benjolan keras pada payudara atau ketiak
  • Kulit berkedut atau kemerahan
  • Keluar cecair gelap atau darah di puting
  • Nodus limpa di bawah ketiak membengkak
  • Perubahan saiz payudara samada mengecil atau membesar
  • Puting sentiasa lembab dan kemerahan
  • Ruam sekitar puting
  • Puting berubah bentuk (termasuk ke dalam)
  • Sakit sekitar payudara atau ketiak
Benjolan pada payudara, Kanser atau Ketumbuhan biasa?

Bukan semua ketumbuhan dalam payudara adalah kanser payudara. Hampir 80 hingga 90 peratus adalah ketumbuhan biasa yang bukan berbentuk kanser. Di sini mungkin ramai yang mula menarik nafas lega.

Tetapi, disebabkan kanser payudara adalah pembunuh utama wanita, sebarang ketumbuhan pada payudara akan di anggap kanser sehingga dibuktikan bukan kanser secara saintifik. Agak sukar membezakan secara tepat ketumbuhan biasa atau kanser payudara secara fizikal.  Ianya hanya dapat dikenalpasti dengan membuat kajian sitologi (kajian sel).

Ujian pengesanan Ketumbuhan Payudara

Beberapa ujian khusus untuk payudara yang akan di jalankan merangkumi ujian mammografi, ultrasound, dan biopsi atau sitologi.

  • Mammografi - Ujian X-ray khas payudara
  • Ultrasound - Ujian untuk mengenalpasti lokasi ketulan, ciri-ciri ketulan serta kehadiran kalenjar yang membengkak di ketiak
  • Biopsi atau sitologi - Jarum akan digunakan untuk mengambil sebahagian tisu atau sel bagi mengenalpasti apakah ketulan itu setelah membuat penelitian di bawah mikroskop.

Selepas mengenalpasti dan mengesahkan kehadiran benjolan pada payudara, biasanya pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang benjolan tersebut. Tiada jaminan ketidakhadiran semula benjolan selepas pembedahan, kerana ia mungkin kembali. Oleh itu amat dinasihatkan wanita kerap melakukan pemeriksaan sendiri, bagi pengesanan awal dan mendapatkan rawatan segera.


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 18: ZAMZAKIDAH ABDUL HAMID
[DOKTOR SAHKAN KETUMBUHAN DI PAYUDARA HILANG SETELAH 3 MINGGU AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE]
.
"Assalamualaikum, Saya Zamzakidah Binti Abdul Hamid ingin berkongsi satu pengalaman yang tak pernah terjangka oleh fikiran saya pada suatu ketika dulu dan sebagai seorang wanita, sesiapa pun tidak inginkan apa yang pernah saya alami.
.
Pada Julai 2014, ya pada tahun 2014,sudah hampir 3 tahun perkara ini berlalu. Tapi tak pernah saya lupakan dalan lipatan sejarah kehidupan saya apabila saya telah menerima ujian hebat dengan mengalami simptom-simptom pengidap BARAH PAYUDARA. Allahuakhbar ,betapa dunia saya terasa gelap seketika waktu itu.
.
Bermula dengan lelehan cecair yang berwarna  merah kehitaman yang keluar dari ‘nipple’ payudara sebelah kanan adalah permulaan saya menyedari masalah yang saya hadapi. Bukan cecair biasa, tapi berdasarkan dari warna dan bau cecair tersebut confirm DARAH.Pada yang tak boleh bayangkan macam mana rupanya,saya lampirkan sekali untuk anda.Tanpa rasa sakit atau ada bonjolan disekitar payudara, tetiba boleh jadi macam ni. Boleh bayangkan tak perasaan saya masa tu. Memang sangat panik.
.
Keesokkan hari, saya terus mendapatkan pemeriksaan di  hospital yang berhampiran untuk mengenalpasti masalah yang saya hadapi walaupun ada perasaan takut jugak sebenarnya. Hasil daripada pemeriksan dan imbasan ULTRASOUND & MAMMOGRAFI yang dijalankan oleh doktor pakar, terdapat 2 ketul ketumbuhan dikesan berada di ‘LOWER & UPPER OUTER  QUADRANT' di sebelah kanan payudara saya. Doktor terus menetapkan 1 lagi tarikh untuk saya menjalankan ujian BIOPSI  untuk mengambil sampel sebahagian tisu untuk  mengenalpasti jenis ketulan tersebut. Dan hasil ujian  itu, ketulan ketumbuhan pada payudara saya adalah SEL BUKAN DARI KUMPULAN KANSER. Alhamdulillah, tetapi doktor tetap mencadangkan kepada saya untuk menjalankan pembedahan untuk membuang 2 ketul ketumbuhan itu supaya ianya tidak menjadi potensi untuk terjadinya kanser payudara.
.
Atas pandangan dan nasihat sahabat merangkap upline saya, VIVIX adalah satu-satunya alternatif dan usaha saya untuk mengurangkan risiko menghadapi sebarang kemungkinan sebelum hari pembedahan. Dan setelah hampir 3 minggu konsisten mengamalkan Vivix, hari yang mendebarkan telah tiba. 21 Ogos 2014,sebelum ke dewan bedah saya di bawa sekali lagi untuk membuat pemeriksaan imbasan Ultrasound.
.
Allahuakhbar !!! Ketumbuhan yang 2 ketul  tu dah tinggal 1..puas doktor mencari mana hilangnya yang seketul lagi.Confirm tak ada!!! Dan yang tinggal 1 sahaja itu pun saiz nya dah kecil dari saiz asal haritu. (tak tau nak react macam mana..tapi nangis jugak la, sebab Allah permudahkan semuanya untuk saya). Jadi, pembedahan tetap di jalankan juga untuk membuang 1 sahaja ketumbuhan yang masih tinggal. Nasib baik la kan, kalau tak mesti kena tebuk 2 tempat. Alhamdulillah, saya selamat menjalani pembedahan yang tak sampai 1 jam pun operasinya .
.
Inilah Shaklee Story saya untuk tatapan semua. Untuk yang masih ragu-ragu dengan Vivix Si Tonik Ajaib, ini adalah kisah benar saya bersama Vivix. Bagaimana Vivik membantu saya menghadapi saat-saat kemurungan saya untuk seketika. Dan Vivix juga lah yang membuat saya kembali tersenyum gembira. Untuk membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh, Vivix adalah pilihan yang terbaik.

Terima Kasih Vivix Terima Kasih Shaklee."



Bagaimana ingin mendapatkan Vivix?

Cara 1 👉🏻 Anda boleh terus klik ke Vivix ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan khidmat  Citylink atau Gdex ke alamat yang anda berikan. Penghantaran mengambil masa 2 - 4 hari.

Cara 2 👉🏻 Hubungi saya Liza 0192432683 untuk mendapatkan konsultasi set kesihatan mana yang paling tepat untuk anda berserta konsultasi cara pengambilan yang betul dan tips-tips kesihatan lain apabila membuat pembelian dengan saya.

FB : Lieza Zaleeya
IG : @butiksihatbalakong
Page : Cakna Badan Kita
HP : 0192432683

0 comments:

Catat Ulasan