Home » » Puting Bersisik Petanda Awal Kanser Payudara

Puting Bersisik Petanda Awal Kanser Payudara

Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.

Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel badan kita. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.

Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.

Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.


Sel Badan Normal VS Leukimia

Lazimnya,dari peringkat awal kanser menyerang tubuh seseorang, tanda-tanda awal penyakit ini sudah ada namun tetapi ramai yang bersikap cuba menidakkan sakit yang di alami " alah.. cuma sakit biasa je". 

Dan tidak keterlaluan untuk kak lza cakap, ramai yang mengambil langkah yang paling mudah ketika itu ialah dengan menelan panadol atau membeli ubat di farmasi. Kak lza bukanlah ingin menyalahkan sesiapa tetapi alangkah baik, sekiranya tindakan kita tidak berhenti disitu dengan mengambil langkah untuk melakukan pemeriksaan doktor bagi mengetahui punca sebenar kesakitan yang kita alami.

Berapa ramai di sini melakukan pemeriksaan tahunan seperti colonoscopies atau ujian PSA? 
Bagi mereka yang prihatin tentang masalah kesihatan, pemeriksaan kesihatan merupakan 'prioriti' walaupun ianya tidak menjamin mereka terhindar daripada kanser.

Di kala ini, terdapat banyak kes-kes kelewatan dan mereka hanya menyedari mendapat kanser setelah berada di tahap 4. Di harapkan, 9 tanda-tanda awal kanser ini dapat membantu kita menganalisa serta membuat keputusan yang paling terbaik dalam hidup kita.InsyaaAllah

1.    Sakit perut atau senak perut

Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulangkali mendapat / mengalami sakit /senak perut tanpa sebab.

2.    Perut kejang dan sakit perut

Jika berterusan / berulangkali ianya tanda awal kanser hati, mungkin juga leukimia kerana pada ketika ini, limpa sedang membesar, lalu menekan bawah perut disebelah kiri.

Sakit perut bukan perkara yang boleh diambil ringan. Jika mengalami sakit perut dan ianya bukan berpunca dari tersalah makan atau masalah pencernaan, langkah terbaik adalah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh serta ‘ultrasound'.

3.    Perut berasid atau rasa penuh walaupun makan hanya sedikit.

Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Rasa bagaikan perut dipenuhi gas dan kerap rasa pedih hulu hati.Biasanya berlaku selepas makan dan rasa kenyang walaupun hanya makan sedikit sahaja.

Sakit yang tidak diketahui puncanya atau sakit di sebelah bawah perut kanan boleh menjadi tanda awal kanser hati yang juga dikenali sebagai salah satu "pembunuh senyap." Perasaan kenyang selepas hidangan yang kecil adalah tanda biasa kanser hati juga.

4.    Kerap demam atau terkena jangkitan.

Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dari dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal, yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan / keupayaan melawan jangkitan kuman. 

Doktor kadang-kadang mengesan leukemia di kalangan orang dewasa yang lebih tua hanya selepas pesakit telah beberapa kali mengadu demam, sakit, dan simptom seperti selesema dalam tempoh masa yang panjang.

5.    Muka Membengkak

Sesetengah pesakit dengan kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.

6. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan leher, ketiak, atau pangkal paha (ketulan)

Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada leher, ketiak, atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.

7.    Lebam Teruk atau pendarahan yang tidak berhenti.

Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah, boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan. Ini kerana sel-sel leukimia mengerumuni sel-sel darah merah dan platelet lalu merosakkan keupayaan darah untuk membawa oksigen dan beku.

8.    Pendarahan rektum atau darah dalam najis.

Saya ingatkan "buasir" adalah satu kenyataan yang paling biasa doktor dengar apabila mendiagnosis pesakit kanser kolorektal.

9.    Puting tetek yang bersisik atau dan mengeluarkan cairan.

Mereka mengalami satu keadaan yang dipanggil gynecomastia, ada ketulan benigna di kawasan puting. Kanser payudara biasanya dikesan sebagai ketulan, tetapi jika ia merebak ke dalam, ia juga boleh menyebabkan sakit dada.

Tanda-tanda lain kanser payudara termasuk tompok-tompok merah, bersisik, atau kulit lekuk atau perubahan pada puting seperti membelok masuk atau kebocoran bendalir

Nota untuk kaum lelaki, anda juga berisiko mendapat kanser payudara.




Rawatan untuk Pesakit Kanser

Terdapat beberapa jenis rawatan yang kebiasaannya akan dicadangkan oleh pakar perubatan untuk melumpuhkan sel kanser daripada terus menyerang. Rawatan ini bergantung juga kepada keaktifan 'sel kanser', ada yang akan terus berjaya dilumpuhkan, ada juga yang perlu melalui fasa-fasa rawatan lain.

Ramai yang membayangkan rawatan yang menyakitkan bakal dilalui oleh pesakit kanser, malah ada yang membayangkan kematian adalah pengakhiran untuk pesakit kanser.

Agak berat untuk kita menidakkan ketentuan ilahi, tapi jangan mudah menyerah selagi belum berjuang habis-habisan. Selain mendapatkan rawatan doktor, semangat juang untuk sembuh, sokongan keluarga dan terus berfikiran positif untuk mencari alternatif lain amat membantu pesakit kanser untuk cepat pulih.


Lima Jenis Rawatan yang biasa dicadangkan oleh Pakar perubatan


▶Pembedahan - Pembedahan boleh digunakan untuk mendiagnosis, merawat, atau membantu mencegah kanser dalam beberapa kes. Ia selalunya mempunyai peluang yang besar untuk sembuh, terutama jika kanser belum lagi merebak ke bahagian badan yang lain.

Kanser pankreas


▶Kemoterapi - Kemoterapi(kemo) adalah penggunaan ubat-ubatan atau dadah untuk merawat kanser. Ramai yang takut untuk menjalani rawatan kemoterapi. Ia akan membantu menenangkan ketakutan sekiranya diketahui apa itu kemoterapi, bagaimana ia berfungsi, dan apa hasil yang boleh diharapkan daripadanya.



▶Terapi Radiasi - Terapi radiasi atau sinaran menggunakan zarah bertenaga tinggi atau gelombang untuk memusnahkan sel-sel kanser atau sel rosak. Ia adalah salah satu rawatan yang paling biasa bagi kanser, sama ada secara sendiri atau bersama-sama dengan rawatan lain.

▶Sel Tunjang - Sel tunjang atau stem sel kebanyakannya hidup dalam sum-sum tulang, di mana mereka berpecah untuk membuat sel-sel darah yang baru. Pemindahan sel tunjang digunakan untuk memulihkan sel-sel tunjang apabila sum sum tulang telah dimusnahkan oleh penyakit, kemoterapi atau radiasi.



▶Imunoterapi - Imunoterapi adalah rawatan yang menggunakan bahagian-bahagian tertentu sistem imun seseorang untuk melawan penyakit seperti kanser. Ini boleh dilakukan dengan dua cara; Merangsang sistem imun anda untuk bekerja lebih keras atau lebih bijak untuk menyerang sel-sel kanser atau memberikan anda komponen sistem imun, seperti protein sistem imun. Namun terdapat juga protein tertentu yang membantu sel-sel kanser berkembang.

Inisiatif atau ikhtiar lain untuk pesakit kanser yang sentiasa positif untuk sembuh - Vivix Shaklee

Kenapa Vivix ?


Bahan utama >>> Vivix Anggur Muscadine

Mengandungi Asid Ellagik dalam keperluan dalam kepekatan tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai di dalam anggur jenis lain dan menunjukkan ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, antivirus & antibakteria.

Vivix kaya >>> Resveratrol

Apa tu Resveratrol?

Resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkesan yang dihasilkan oleh tumbuhan.
Resveratrol juga merupakan sejenis polifenol yang biasa ditemui dalam wain merah.
Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Universiti Ohio, AS, pada tahun 1997 membuktikan kejayaan resveratrol menyekat pembahagian sel-sel KANSER di peringkat selular.



TESTIMONI VIVIX UNTUK KANSER

Testimoni Kanser Rahim 

Testimoni - Kanser Ovari

Testimoni - Kanser Hati

Testimoni - Kanser Kalenjar



Bagaimana ingin mendapatkan Vivix?

Cara 1 👉🏻 Anda boleh terus klik ke Vivix ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan khidmat  Citylink atau Gdex ke alamat yang anda berikan. Penghantaran mengambil masa 2 - 4 hari.

Cara 2 👉🏻 Hubungi saya Liza 0192432683 untuk mendapatkan konsultasi set kesihatan mana yang paling tepat untuk anda berserta konsultasi cara pengambilan yang betul dan tips-tips kesihatan lain apabila membuat pembelian dengan saya.

FB : Lieza Zaleeya
IG : @butiksihatbalakong
Page : Cakna Badan Kita
HP : 0192432683


0 comments:

Catat Ulasan