Home » » Tips Menjadi Isteri Idaman Suami

Tips Menjadi Isteri Idaman Suami

Siapa kata nak masak jer mesti ada resepi dan rencah bagi menyedapkan masakan?  Dalam rumahtangga juga perlu disemarakkan dengan pelbagai rencah agar cinta dan kasih sayang yang terbina akan kekal utuh, Insha Allah.

Tips ini saya perolehi dari pembacaan fanpage pakar motivasi terkenal Dato’ Dr Mohd Fadzillah Kamsah, jom sama-sama kita praktikkan dalam rumahtangga, mudah-mudahan membantu kita menjadi isteri  solehah penyejuk jiwa suami. Insha Allah.

Menjaga Penampilan

·         Berdandanlah untuk suami, jamu mata suami dengan pakaian yang menarik perhatian dan selitkan jelingan-jelingan manja. Saya memang failed bab jelingan manja ni, yang ni saya kena lebih menuntut ilmu.. takut silap skill kang juling pulak.

Rasa hormat

·         Sambutlah kepulangan suami dengan gembira, dan hantarlah kepergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa bersalam dan cium tangannya setiap kali meninggalkan rumah dan pulang. Alhamdulillah bab bersalaman tu masih lagi saya praktikkan sehingga hari ini, mudah-mudahan kekal begitu hingga akhir hayat.


Jaga makan dan hubungan intim.



 Bab makan memang saya wajib memasak untuk suami, kalau malas sangat, saya masak nasi goreng. Suami memang tidak cerewet bab makan, apa saya masak, dia mesti makan. Awal-awal kahwin suami dah pesan, “abang tak suka makan kat kedai, rajin-rajinkan diri masak, walaupun satu lauk, sambal sardine pun okay, janji masak” Haaaa…. Jadi nak tak nak kena masak, dah lebih 10 tahun kahwin, boleh dikira kami sekeluarga makan di luar. Bab hubungan intim….. biarlah rahsia. Vitamin Cinta kan ada ;)

Terima seadanya pasangan anda




 Banyak membantu suami terutama ketika dia bermasalah, jangan meminta-minta di luar kemampuan suami. Bab bantuan tu Insha Allah,tapi bab meminta-minta diluar kemampuan rasanya saya belum ada permintaan yang melampaui poket suami, kot la lepas ni tetiba datang nafsu suruh suami beli gelang emas sampai siku tak tahulah…isshhh… mintak dijauhkan, saya terima beliau seadanya kerana beliau takdir hidup saya.


Luahan Cinta

·         Nyatakan sayang anda kepada suami setiap hari, walaupun sudah beranak cucu. Jangan anggap diri terlalu tua untuk itu. Sekarang banyak aplikasi boleh digunakan, contohnya wassap, hantar je gambar-gambar cinta, atau ayat-ayat cinta tu. Mudah kan. Hope suami saya tak anggap saya buang tebiat pulak lepas ni.

Belaian Manja



·         Apabila berkesempatan belailah dan sentuhan magik untuk suami anda. Curi-curi menciumnya ketika tidak dilihat orang, dan jika berjalan amalkan berpegangan tangan. Huhuhu… macam mana nak berpegangan tangan, bila dah anak empat, kiri kanan tangan saya dan suami anak-anak yang pegang. Sudahnya…. Hmmm..

Tidurkan anak lebih awal

·         Jadikan amalan, menidurkan anak lebih awal daripada masa tidur kita. Amalkan masuk tidur bersama suami. Bab ni pun saya failed jugak maklumlah anak bongsu tu masih menyusu, sama-sama baring untuk tidurkan dia, tapi biasanya saya yang tidur dulu. Sedar-sedar dah pagi.

Hargai setiap pertolongan suami


·         Jika bantuan yang diberi tidak sempurna, jangan merungut. Hargailah dengan ucapan terima kasih. Contoh biasa : Suami membasuh pakaian dengan mencampurkan dengan tuala, huhuhu... habis semua pakaian lekat bulu towel terutama pakaian gelap. Lagi satu contoh jemur baju tak kebas kuat-kuat hilangkan kedutan, main jemur je berkedut-kedut macam kena makan lembu. Aduuuii.. banyaklah, terus mulut saya macam bertih jagung, tak berhenti mengomel. dah cakap banyak kali pun, mesti alasan sama, sorry abang lupa. Opppss.. abaikan, itu contoh jer.

      Saling Melengkapi

Sebenarnya kita dan pasangan saling melengkapi, mungkin beliau ada kekurangan tetapi apa kurangnya kita. Belajar menerima pasangan kita seadanya adalah jalan terbaik, yang paling utama sekali, semoga rumahtangga kita mendapat keberkatan Allah. Amin.


Pengedar Shaklee yang ceria  - Lieza 019 243 2683




0 comments:

Catat Ulasan