Assalamualaikum…
Senyuman tidak lekang di bibir saya sepanjang hari ini, mana
taknya terkesima dengan wajah baru blog saya. Ramai rakan-rakan yang mula
jeles, dan bertanyakan siapa yang saya upah untuk mekap blog peribadi saya ni.
Ada yang puji cantik, nampak segar dan tidak kurang yang mengatakan saya
beruntung.
Wajah Baru Blog Saya |
Beruntung? Memang saya beruntung kerana blog ini
dimekap secara percuma dan di dalam masa
yang sama amat bersyukur di bukakan hati oleh Allah menyertai bisness MLM Shaklee
di bawah bimbingan leader-leader yang
hebat.
Leader Hebat / Blogger Terkenal
Leader yang hebat
itulah yang berbesar hati berkorban masa merealisasikan impian anak cucu cicit
dalam Shaklee mengubahsuai blog anak cucu dengan harapan mereka bersemangat
meneruskan penulisan blog disamping menjana pendapatan dengan Shaklee. Terima
kasih Babah Faiz, hanya Allah mampu membalasnya.
Saya berdaftar dengan dengan Zana Adieyza (Mommy) awal tahun
2014, pada awalnya agak blur selepas didaftarkan, mommy Zana meminta izin untuk
addkan FB saya dalam secret Group Shaklee. Ingatkan satu group rupanya 5 group.
Woow, mula-mula rasa pelik dan bingung jap, tetapi dalam hati rupanya begini
coaching online yang selalu dok dengar mommy Zana inform dalam Whatsapp Group.
Team – Secret Group FB
- MMC (Mommy Zana)
- ALT(Mommy Ana)
- RMC (Mama Ainul & Babah Faiz)
- Supermom (Master Hadhatina & Master MKB)
- Lady Boss (Master Lyna Noh & Master Zainul) sekarang ditukar kepada Ireach Family
Coaching Online Secret Group FB
Setiap hari, disajikan dengan pelbagai tips marketing, info
produk, motivasi memajukan diri, tips bisness malah sering diingatkan tentang
amalan kerohanian membuat saya kagum. Kagum kerana bisnes MLM ini bukan untuk
mengejar kejayaan perorangan dan kekayaan duniawi tetapi kejayaan bersama dan
kebahagiaan akhirat turut dititikberatkan.
Tiada istilah, downline bekerja bagai nak rak, leader dok goyang kaki atau makan hasil downline. Jika anda lihat kesungguhan mereka ingin membantu downline mencipta kejayaan, anda sendiri akan mempersoalkan kenapa mereka segigih ini.
Untuk yang belum tahu, upline atau leader akan membahasakan diri mereka Mommy, Mama, Ibu, Ummi, Daddy mahupun Babah agar kami merasa lebih dekat dan mesra, sebagai sebuah keluarga.
Untuk yang belum tahu, upline atau leader akan membahasakan diri mereka Mommy, Mama, Ibu, Ummi, Daddy mahupun Babah agar kami merasa lebih dekat dan mesra, sebagai sebuah keluarga.
Whatsapp Group
Ini cara kami berkomunikasi sekiranya terdapat masalah
tentang customer, dan produk yang terbaik untuk dicadangkan bagi membantu
customer. Perbincangan kami adalah tanda saling menyokong bisnes satu sama lain
kerana yakin dan percaya rezeki milik Allah
.
Perbincangan kesesuaian Produk |
Perbincangan ini juga tanda kami sebenarnya bukan sekadar menjual, kami ingin membantu customer sihat dan berjaya menangani apa sahaja masalah kesihatan yang mereka hadapi dengan cadangan produk terbaik.
Dalam Whatsapp group, kebanyakan daripada kami semua memang tidak pernah bersua
muka, tetapi kami bagaikan adik beradik, sering bertanya khabar, berkongsi
cerita, saling memberi sokongan dan dorongan.
Penuh gelak tawa dengan gelagat dan karenah masing-masing. Benar kata
orang tua, berkawan biar beribu.
Gurau senda - Saling ingat mengingati |
Kelas Blog / Marketing / Tips Bisnes
Apa-apa kelas yang dianjurkan oleh leader-leader hebat
semuanya boleh dikatakan percuma. Tiada apa-apa bayaran, hanya bayaran komitmen
untuk booking tempat dan akan dipulangkan semula sebaik mendaftar diri di
kelas.
Tiada paksaan untuk menghadirkan diri, terpulang kepada SID.
Jika ingin menambah ilmu memang di alu-alukan kehadiran ke kelas. Anak-anak dan
pasangan SID juga boleh turut sama di dalam kelas. Anak-anak akan disediakan
pelbagai aktiviti menyanyi dan mewarna, serta turut disediakan bilik rehat untuk anak-anak menyusu mahupun tidur.
Saya ni memang zero knowledge mengenai blog, Alhamdulillah berkat tunjuk ajar leader-leader saya sudah mula boleh mengaplikasi dan menulis di blog. Sekarang di dalam proses mencintai
penulisan blog, berkongsi pelbagai tips kerana kami sering diingatkan niat
dalam bisness Shaklee yang paling utama, menyebarkan kebaikan produk untuk
kesihatan sejagat.
Webinar
Ini juga merupakan salah satu medium online coaching yang digunakan dalam group hebat saya. Semuanya hanya di hujung jari, selalu diingatkan hidup adalah pilihan, berjaya ataupun gagal.
Sambil lipat baju, iron baju, baring-baring, layan anak dengar amanat, tips, motivasi, apa sahaja info yang Insha Allah membantu SID lebih memahami produk dan bisnes yang diusahakan.
Satu perkara yang boleh membuat anda terharu, walaupun leader-leader hebat tengah bercuti dalam atau luar negara, webinar tetap webinar. Dunia tanpa sempadan kan.
Webinar
Ini juga merupakan salah satu medium online coaching yang digunakan dalam group hebat saya. Semuanya hanya di hujung jari, selalu diingatkan hidup adalah pilihan, berjaya ataupun gagal.
Slide webinar - positive thoughts |
Sambil lipat baju, iron baju, baring-baring, layan anak dengar amanat, tips, motivasi, apa sahaja info yang Insha Allah membantu SID lebih memahami produk dan bisnes yang diusahakan.
Satu perkara yang boleh membuat anda terharu, walaupun leader-leader hebat tengah bercuti dalam atau luar negara, webinar tetap webinar. Dunia tanpa sempadan kan.
Berminat ingin menyertai Team Hebat saya?
Bagi sesiapa yang berminat ingin menyertai Shaklee, teruja untuk menyertai keluarga besar saya dan tercari-cari
group yang boleh membimbing anda dari zero to hero, hubungi saya Lieza
(0192432683).
Kehadiran anda di dalam group kami amat dialu-alukan kerana
niat kami untuk membantu semua merasai kehebatan Shaklee, disamping menjana pendapatan tambahan.
Salam Sayang
Lieza Zainal – SID yang sedia membantu
Berusaha kita sekuatnya
BalasPadamsemoga berjaya.
BalasPadam