Home » » Persiapan Anak Masuk sekolah

Persiapan Anak Masuk sekolah

Tinggal sebulan lebih lagi kita akan meninggalkan tahun 2014, sekejap betul masa berlalu kan. Menjelang hujung tahun ni, ibu ayah pastinya sibuk memikirkan belanjawan untuk  persiapan anak-anak ke sekolah.

Anak-anak kebanyakannya ingin memiliki semua kelengkapan baru setiap kali beralih tahun persekolahan. Senario biasa anak-anak saya juga, dari sekecil-kecil kelengkapan hinggalah kelengkapan wajib semuanya mahukan yang baru. Suami la pusing kepala memikirkan bajet, maklumlah mempunyai tiga anak yang bersekolah.

Tips mengurangkan kos perbelanjaan anak naik sekolah


Tapi biasanya sayalah tukang pujuk anak-anak, sayalah orang yang akan cut bajet barang yang tidak perlu atau yang mana boleh postponed pembelian, jadi sedikit sebanyak mengurangkan kos. Sebagai ibu saya ingin kongsikan sedikit tips bagaimana anda boleh mengurangkan kos tersebut.
Tips ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, semoga bermanfaat

Tabung Anak Sekolah


Dari awal tahun, saya memang menyediakan tabungan untuk anak sekolah, saya peruntukan RM50-RM100 setiap bulan.  Bukan untuk kegunaan awal persekolahan, tapi turut digunakan untuk membeli buku rujukan anak-anak, alat tulis, atau apa sahaja yang berkait dengan perbelanjaan sekolah anak-anak sepanjang tahun.

Kasut Koyak

Mungkin pernah ada ibu bapa yang melalui pengalaman, kasut anak mahupun beg sekolah anak koyak atau rosak di pertengahan tahun persekolahan, jadi boleh terus guna duit tabung, tidak perlu keluarkan bajet lain. Lagi satu alat tulis, kalau anak yang baru tahap 1 mahupun prasekolah  yang kerjanya mengasah pensel warna, setahun tak tahu berapa kali beli pensel warna.


Lawatan Sekolah

Boleh juga digunakan jika untuk membayar yuran lawatan sekolah, ini memang program wajib anak-anak saya, Alhamdulillah sekolah dan cikgu begitu aktif  menganjurkan kem, seminar, lawatan sambil belajar untuk pendedahan anak-anak kepada dunia luar dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan.

Tabungan ini tidak termasuk dalam bajet duit belanja harian anak-anak. Belanja harian adalah bajet yang lain, kalau nak dicampur pun boleh ikut kreativiti masing-masing.

Senarai Pendek Keperluan yang Wajib Beli


Barangan yang tersenarai dalam keperluan masuk alam persekolahan adalah seperti baju sekolah, beg sekolah, baju sukan, buku-buku tulis, buku aktiviti dan latihan, kasut sekolah, stoking, tudung, skaf dan juga alat tulis.

Pakaian Sekolah

Jika anak baru menginjak tahun 1 atau tingkatan 1, baju sekolah dan baju sukan memang wajib beli baru. Tetapi jika anak kita masuk tahun dua, perhatikan kain/seluar sekolah beliau jika masih elok dan tidak singkat (senteng)  kita boleh gunakan semula untuk tahun baru persekolahan.





Kenapa tidak baju? Baju sekolah kan berwarna putih, biasanya kalau setahun pakai sudah nampak lusuh, tetapi andainya elok lagi bolehlah diguna semula. Begitu juga dengan baju dan seluar sukan sebenarnya tidak perlu untuk kita membelinya hampir setiap tahun.

Keperluan seorang anak ialah baju kurung / baju uniform sekolah tiga pasang, dan baju sukan dua pasang. Jadi untuk tahun depan, anda hanya perlu membeli 3 helai baju sahaja. Jimat tu. 

Buku tulis

Buku tulis pula biasanya yang disenaraikan pihak sekolah mungkin untuk kegunaan setahun, kerana bagi saya terlalu banyak. Dulu masa anak pertama memasuki tahun 1, semua buku tulis yang disenaraikan pihak sekolah saya akan beli. Tapi bila saya perhatikan anak saya, dalam 15 buah buku garis satu, yang guna mungkin 10 buah, 5 lagi dijadikan buku contengan.


Itu belum lagi buku petak besar, petak kecil, buku tiga garisan. Beli dulu sekadarnya, andai tidak mencukupi, beli kemudian hari. Kedai buku bukan jauh sangat,  kat sekolah je pun, anak-anak boleh beli sendiri nanti.

Begitu juga dengan keperluan lain, jika boleh diguna semula, guna semula. Tidak WAJIB rasanya semua kelengkapan perlu baru.

Beli lebih awal - sedikit demi sedikit

Ini tips anak ramai macam saya, saya suka membeli kelengkapan sekolah bermula awal November, maksudnya gaji bulan October. Anda boleh putuskan keperluan yang boleh dibeli untuk bajet gaji October, November dan Disember.



Contohnya saya suka beli kasut dan beg sekolah gaji bulan October, baju sekolah, stokin, tracksuit gaji bulan November, dan buku-buku serta alat tulis di beli saat gaji bulan Disember. Jadi tidaklah terlalu banyak keluarkan belanja terutama di kala tabung sekolah tidak mencukupi. Pengajarannya di tahun hadapan, tinggikan jumlah tabungan untuk keperluan anak sekolah.

Dahulukan keperluan yang utama

Apa-apa pun semuanya bergantung kepada tahap kewangan keluarga, tidak salah memberi yang terbaik untuk anak-anak. Ini cara saya membantu suami mengendalikan kewangan keluarga, maklumlah kita pastinya turut perlu menabung untuk perkara-perkara lain seperti kesihatan anak-anak.  Utamakan yang perlu sahaja. 

Semoga bermanfaat.


0 comments:

Catat Ulasan