Dalam pada mendengar webinar tentang Etika Iklan KKM, sempat
sudahkan entry simple ni. Teruja sangat nak share. Baru terbaca dalam facebook
pagi tadi tentang sotong.
Sotong merupakan salah satu menu makanan laut yang boleh
menggetarkan jiwa, tengah menaip entry ni pun dah terbayangkan kalaulah kita
dapat pekena sotong goreng tepung sedap kan. Hihihihi
Okay, perasan tak waktu kat pasar punyalah kita pilih sotong
yang segar bugar, teruja sangat nak masak. Tapi biasanya selepas di masak, sotong
kita mesti mengecut. Frust sangat kan, tak overcooked pun kecut.
Petua Mudah
Rupa-rupanya ada je petua untuk kita mengelak sotong itu daripada
mengecut selepas memasak. Kita rendamkan sotong yang telah dibersihkan terlebih
dahulu dalam air bercampur cuka atau perahan limau nipis. Tidak perlu lama-lama,
5 minit dah cukup.
Mudah sangat petua ni, bolehlah kita pakat cuba. Selamat memasak.
SID yang ceria
Lieza 0192432683
0 comments:
Catat Ulasan