Antara perkara yang membuatkan ramai antara kita STRESS, iaitu ketika mengalami keadaan kencing tak lawas. Serba serbi tak kena waktu tu,
kejap kan ke toilet, tapi tak keluar pun air kencing.
Belum sampai lima minit
terasa macam nak sangat dah terkencing tapi bila masuk toilet beberapa titik je
keluar.
Kencing tidak Lawas |
Penat ulang alik pergi toilet ditambah sakit nak kencing yang boleh buat kita stress. Muka kita dah macam cekodok basi. Kencing tak lawas ini bukan
dikategorikan sebagai penyakit, tetapi
lebih kepada petanda atau symptom atau gejala penyakit yang lebih serius
terutama untuk kaum Adam.
Ada lima keadaan yang dipanggil kencing tak lawas
- Air kencing keluar sendiri biarpun kita tidak terasa ingin kencing
- Air kencing langsung tidak keluar biarpun kita berkeinginan untuk kencing, puas meneran tapi keluarnya terlalu sedikit
- Air kencing langsung tidak keluar biarpun kita sudah menanggung kesakitan untuk kencing
- Air kencing terlalu banyak biarpun baru sejam membuang air kencing
- Rasa sakit ketika membuang air kencing, tetapi dalam masa yang sama rasa tidak puas menghabiskan air kencing
Kita perlu kenal pasti dulu punca
utama kenapa kita mengalami keadaan ini, supaya keadaan ini tidak berulang di lain hari. Selalu kita dengar kan, mencegah itu lebih baik daripada merawat.
Kurang minum air
Bukan teh tarik mamak tau, kita kurang minum air masak atau
air kosong. Memang ada keadaan kita terlupa
nak minum terutama waktu sibuk dengan meeting sana sini, dengan kerja yang tak pernah
nak habis, lagi satu bila banyak minum banyak kali kena ke tandas, bab ni
memang ramai antara kita yang kurang RAJIN.
Tahan kencing
Ini selalu juga kita buat, kalau dok leka buat sesuatu kerja
sanggup tahan-tahan kencing atas sebab nak sudahkan dulu kerja baru nak pergi
tandas, apatah lagi kalau tandas jauh dari tempat duduk. Berat je bontot nak
bangun kan. No... no.. jangan dok tahan kencing lagi.
Tidak selesa - sakit |
Kebersihan alat sulit
Pastikan membersih dengan sempurna alat sulit selepas
membuang air kencing mahupun membuang air besar. Elakkan mengelap dari belakang
ke depan selepas membuang air besar. Kaum wanita terutamanya, alat sulit kita
lebih sensitive, perlu di elakkan memegang dengan tangan yang kotor. Penggunaan pencuci alat sulit yang sesuai juga boleh membantu.
Cara Mengatasinya - petua lama dan cara moden
Kalau dah terkena, atau tengah mengalaminya sekarang kita boleh pakat cuba petua ni, petua tradisional dan cara moden, terpulang kepada pilihan kita, mudah-mudahan membantu.
Petua lama mengatasi kencing tak lawas
Sireh |
Daun Sirih
Rebus beberapa helai daun sirih dan minum air rebusan sirih
berkenaan dua kali sehari. Air rebusan sirih
juga boleh dijadikan air basuhan alat sulit terutama untuk kaum wanita yang
mengalami masalah keputihan.
Air Barli |
Air Barli
Rebus sedikit barli hingga kembang, dan minum airnya. Jika
perlu boleh ditambah gula. Air barli ini InshaAllah boleh membantu kita
mengurangkan rasa sakit dan jika diamalkan selalu bagus untuk penyejukan badan.
Air basuhan beras terakhir
Simpankan segelas air basuhan beras, dan minum selepas kita
selesai makan tengah hari. Boleh amalkan setiap hari sehingga masalah kencing
tidak lawas kita sembuh. Tapi pastikan air yang kita gunakan itu air bertapis,
bagi mengelak penyakit yang lain pula.
Nenas Madu |
Jus Nenas
Nenas yang dimaksudkan di sini ialah nenas muda, hiris
nipis. Kisar dua keping hirisan nenas tadi dengan segelas air masak. Tapis airnya dan boleh
terus di minum.
Cara moden membantu menangani masalah kencing tak lawas
Kita juga boleh mencuba cara moden, iaitu dengan bancuhan 3 biji Peppermint Ginger Plus Shaklee dan air panas. Bancuhan tersebut boleh diminum selepas makan tengah hari.Peppermint juga bagus untuk yang selalu kembung perut, sendawa tak lepas tu, berangin je dalam perut. Juga sesuai untuk ibu-ibu hamil yang sering loya-loya tu, penghidap gastrik yang selalu pedih ulu hati. Pendek kata memang bermanfaat untuk seisi keluarga.
Kalau kita tidak berapa suka dengan cara bancuhan atau rasa mint yang berangin, kita boleh terus
telan tiga biji tu. InshaAllah membantu mengatasi masalah kencing tak lawas.
Harga : RM 45.00
Kandungan : 90 biji
Semoga bermanfaat
Salam Sayang
SID yang sedia membantu - Lieza 0192432683
"Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit"
Now saya mengalami kencing tak lawas .. memg sakit sngat .. sya ikot petua orang lama , minum basuhan beras sedikit ..
BalasPadamMnum tmbah dgn gula sedikit boleh ke...
PadamSaya tengah mengalaminya sekarang minum air bashan beras tu elok tak?
BalasPadamSaya sedang alami kencing tak puas sekarang ni saya rasa sangat sakit apa patut saya buat ?
BalasPadamMINUM AIR AIS KRIM SODA BANYAK2
BalasPadamINSYAALLAH KURANG N X RASA SAKIT...
KLO X BOLEH NAK MINUM SEBAB GAS
GONCANG SIKIT BIAR DLM 1 MINIT BARU BUKA PENUTUP
NNT GAS AKAN KELUAR...
INI MMG MENJADI PADA SAYA... KERANA SEKARANG NIE SAYA TGH MENGALAMI PENYAKIT NIE... ALLHAMDULLILLAH SY START MINUM KUL 9 KUL 2 TD DAH XDE RASA DAH....
Betul ke berkesan? Sbb ada gula kan?kalau okay saya nk cuba juga
Padamsy kena kencing tak lawas ni sakitnyee.. skg ni xtahu nk buat apa. minum air byk pun xjadi apa. skg tgah try minum air 100 plus.
BalasPadamSakitnya kencing tak lawas .
BalasPadamSakitnya kencing tak lawas .
BalasPadamx dpt nk tdo sbb kencing x lawas mungkin kurang minum air putih...rasa x selesa pergi tandas kencing sikit,sakit jew lbh ya allah azab rasa
BalasPadamsaya mengalami kencing tak lawas jugak..penat meneran sikit je klua..agak2 yg mane mudah ye utk cara2 yg diatas
BalasPadamStressnya 😢
BalasPadamRasa mcm kena benda yang sama. Kencing tak lawas, air kencing keluar sikit jer. ��
BalasPadam