Home » » Anak Selalu Demam, Selesema, dan Batuk

Anak Selalu Demam, Selesema, dan Batuk

Bagi ibu-ibu berkerjaya dan meninggalkan anak di Nursery pasti pernah melalui situasi anak sering demam, batuk, dan  selesema. Kekadang tu sebulan dua tiga kali demam. Baru dua hari baik demam, selang tiga hari selesema pula diikuti dengan batuk.

Stok Ubat Penghuni Tetap Peti Ais


Ubat demam, batuk, selesema, dan kahak memang menjadi penghuni tetap peti ais kat rumah, siap standby stok ubat kat Nursery. Selang dua minggu suami  wajib bertanya,” stock ubat anak-anak, ada lagi tak”. Risau juga kehabisan stock, memang tugas dia ambil stock ubat di Klinik Panel Syarikat, maklumlah claim medical syarikat suami bekerja tiada limit untuk seisi keluarga.



Kekerapan mereka tidak sihat menyebabkan cuti tahunan saya sering habis digunakan sebelum waktunya.  Anak tidak sihat, tahap wajib la kena amik cuti kecemasan menjaga mereka, takkan nak harapkan Nursery.

Ada banyak factor yang menyebabkan anak-anak kita senang sangat demam, jadi untuk mengelakkan mereka menjadi pelawat tetap Klinik kita sebagai ibu bapa pastinya perlu memainkan peranan penting.

Faktor-faktor Anak kerap Tidak Sihat


Sistem Imun Badan Yang Lemah

Ini adalah factor utama anak-anak mudah sangat diserang penyakit. Bila salah seorang kanak-kanak di Nursery dijangkiti demam, anak-anak yang kurang daya tahan melawan penyakit confirm punyalah akan demam.

Faktor pemakanan

Ini memang terbukti, walau kita cuba memantau pemakanan mereka di rumah tetapi adakalanya di sekolah mahupun nursery  pemakanan mereka di luar kawalan kita. Jajan, gula-gula, keropok yang MSG tinggi terjual di luar pagar sekolah memang confirm mendapat permintaan tinggi anak-anak.




Walau kita menegaskan tidak boleh makan semua makanan yang tidak berkhasiat tersebut, tetapi yelah budak-budak, tengok kawan-kawan lain beli, dia beli juga sorok-sorok.

Persekitaran dan cuaca

Tidak dinafikan persekitaran yang tidak bersih juga memainkan peranan, kerap sangat Negara kita di landa jerebu. Itu belum lagi dihitung pencemaran udara akibat perindustrian,  dan asap kenderaan. Dalam situasi Negara membangun, situasi ini bagai tidak boleh di elak lagi.

Vitamin C – tingkatkan Sitem Imun


Dalam menghadapi tiga factor anak-anak mudah tidak sihat tersebut, saya dahulukan system imun badan mereka. Saya bekalkan Vitamin C untuk mereka, sebelum jatuh cinta dengan produk Shaklee saya sukakan brand Appeton.

Alhamdulillah mereka jarang demam dan selesema, tetapi masih lagi kerap batuk terutama anak kedua saya, dia memang agak sensitif dengan habuk.

Nebulizer


Kalau dia di serang batuk, kami suami isteri memang tak lena tidur.  Dia memang dari kecil kalau batuk lebih je dua hari tahap wajib sedut gas kat klinik. Klinik Zainiati Cheras Perdana lah tempat wajib saya kunjungi. Tetapi adakalanya ubat batuk dan kahak bagaikan tidak memberi  kesan langsung untuk dia. Itu yang kerap nebulizer.

Suhu Badan Naik Mendadak

Yang paling saya takut situasi yang sering terjadi apabila suhu badan beliau naik mendadak pada tengah-tengah malam, dada beliau berombak-ombak, nafas turun naik, badan menggigil-gigil. Allah je tahu perasaan saya melihat situasi anak begitu.


Minyak ikan bagus untuk Semput

Sejak terbaca satu artikel tentang Minyak Ikan bagus untuk kanak-kanak yang ada symptom asma /semput seperti anak kedua saya, saya mula memberikan beliau Minyak Ikan. Jenama scotts Emulsion dipilih kerana saranan rakan-rakan, tapi mungkin tidak sesuai dengan beliau, hanya sesuai untuk adik beradik yang lain. 



Saat mula bertemu dan bercinta dengan Shaklee saya tidak teragak-agak untuk memberi beliau Omega Guard. Hanya sebiji sehari, dan Alhamdulillah sudah hampir 10 bulan tidak menjengah klinik untuk sedut gas, beliau juga semakin aktif dan menunjukkan peningkatan dalam pelajaran. Jangan tak tahu Omega Guard juga dikenali sebagai makanan untuk otak dan minda yang cerdas.

Kenapa Minyak Ikan?

Minyak ikan mengandungi Omega 3 yang bersifat anti radang atau Inflamasi. Inflamasi ialah tindak balas imuniti badan terhadap infeksi atau serangan virus.Oleh kerana penghidap asma mempunyai kadar imuniti yang rendah amat dinasihatkan mengamalkan pengambilan Minyak Ikan.

Mengapa Saya Memilih Minyak Ikan Shaklee (Omega Guard)

Biarlah jadual perbandingan di bawah berbicara




Testimoni Omega Guard Shaklee

Selain testimoni anak saya sendiri, saya kongsikan testimoni rakan-rakan lain, saya pasti sebagai ibu bapa anda mahukan yang terbaik untuk anak anda.










Ingin Dapatkan Stok Omega Guard

Anda boleh menghubungi saya, atau klik link ini untuk terus membuat pembelian dengan Shaklee Malaysia.Setiap pembelian akan disertakan konsultasi kesihatan secara percuma. InshaAllah.

Tawaran November 2014, Beli 6 botol percuma 1 botol berserta keahlian percuma ATAU beli 2 botol untuk mendapatkan diskaun 5%. Untuk tawaran istimewa ini, anda boleh berhubung dengan saya.


SID yang ceria dan sedia membantu - 0192432683

Harga Omega - RM136  (90 biji)







1 comments: