Persiapan Anak Masuk sekolah

Tinggal sebulan lebih lagi kita akan meninggalkan tahun 2014, sekejap betul masa berlalu kan. Menjelang hujung tahun ni, ibu ayah pastinya sibuk memikirkan belanjawan untuk  persiapan anak-anak ke sekolah.

Anak-anak kebanyakannya ingin memiliki semua kelengkapan baru setiap kali beralih tahun persekolahan. Senario biasa anak-anak saya juga, dari sekecil-kecil kelengkapan hinggalah kelengkapan wajib semuanya mahukan yang baru. Suami la pusing kepala memikirkan bajet, maklumlah mempunyai tiga anak yang bersekolah.

Tips mengurangkan kos perbelanjaan anak naik sekolah


Tapi biasanya sayalah tukang pujuk anak-anak, sayalah orang yang akan cut bajet barang yang tidak perlu atau yang mana boleh postponed pembelian, jadi sedikit sebanyak mengurangkan kos. Sebagai ibu saya ingin kongsikan sedikit tips bagaimana anda boleh mengurangkan kos tersebut.
Tips ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, semoga bermanfaat

Tabung Anak Sekolah


Dari awal tahun, saya memang menyediakan tabungan untuk anak sekolah, saya peruntukan RM50-RM100 setiap bulan.  Bukan untuk kegunaan awal persekolahan, tapi turut digunakan untuk membeli buku rujukan anak-anak, alat tulis, atau apa sahaja yang berkait dengan perbelanjaan sekolah anak-anak sepanjang tahun.

Kasut Koyak

Mungkin pernah ada ibu bapa yang melalui pengalaman, kasut anak mahupun beg sekolah anak koyak atau rosak di pertengahan tahun persekolahan, jadi boleh terus guna duit tabung, tidak perlu keluarkan bajet lain. Lagi satu alat tulis, kalau anak yang baru tahap 1 mahupun prasekolah  yang kerjanya mengasah pensel warna, setahun tak tahu berapa kali beli pensel warna.


Lawatan Sekolah

Boleh juga digunakan jika untuk membayar yuran lawatan sekolah, ini memang program wajib anak-anak saya, Alhamdulillah sekolah dan cikgu begitu aktif  menganjurkan kem, seminar, lawatan sambil belajar untuk pendedahan anak-anak kepada dunia luar dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan.

Tabungan ini tidak termasuk dalam bajet duit belanja harian anak-anak. Belanja harian adalah bajet yang lain, kalau nak dicampur pun boleh ikut kreativiti masing-masing.

Senarai Pendek Keperluan yang Wajib Beli


Barangan yang tersenarai dalam keperluan masuk alam persekolahan adalah seperti baju sekolah, beg sekolah, baju sukan, buku-buku tulis, buku aktiviti dan latihan, kasut sekolah, stoking, tudung, skaf dan juga alat tulis.

Pakaian Sekolah

Jika anak baru menginjak tahun 1 atau tingkatan 1, baju sekolah dan baju sukan memang wajib beli baru. Tetapi jika anak kita masuk tahun dua, perhatikan kain/seluar sekolah beliau jika masih elok dan tidak singkat (senteng)  kita boleh gunakan semula untuk tahun baru persekolahan.





Kenapa tidak baju? Baju sekolah kan berwarna putih, biasanya kalau setahun pakai sudah nampak lusuh, tetapi andainya elok lagi bolehlah diguna semula. Begitu juga dengan baju dan seluar sukan sebenarnya tidak perlu untuk kita membelinya hampir setiap tahun.

Keperluan seorang anak ialah baju kurung / baju uniform sekolah tiga pasang, dan baju sukan dua pasang. Jadi untuk tahun depan, anda hanya perlu membeli 3 helai baju sahaja. Jimat tu. 

Buku tulis

Buku tulis pula biasanya yang disenaraikan pihak sekolah mungkin untuk kegunaan setahun, kerana bagi saya terlalu banyak. Dulu masa anak pertama memasuki tahun 1, semua buku tulis yang disenaraikan pihak sekolah saya akan beli. Tapi bila saya perhatikan anak saya, dalam 15 buah buku garis satu, yang guna mungkin 10 buah, 5 lagi dijadikan buku contengan.


Itu belum lagi buku petak besar, petak kecil, buku tiga garisan. Beli dulu sekadarnya, andai tidak mencukupi, beli kemudian hari. Kedai buku bukan jauh sangat,  kat sekolah je pun, anak-anak boleh beli sendiri nanti.

Begitu juga dengan keperluan lain, jika boleh diguna semula, guna semula. Tidak WAJIB rasanya semua kelengkapan perlu baru.

Beli lebih awal - sedikit demi sedikit

Ini tips anak ramai macam saya, saya suka membeli kelengkapan sekolah bermula awal November, maksudnya gaji bulan October. Anda boleh putuskan keperluan yang boleh dibeli untuk bajet gaji October, November dan Disember.



Contohnya saya suka beli kasut dan beg sekolah gaji bulan October, baju sekolah, stokin, tracksuit gaji bulan November, dan buku-buku serta alat tulis di beli saat gaji bulan Disember. Jadi tidaklah terlalu banyak keluarkan belanja terutama di kala tabung sekolah tidak mencukupi. Pengajarannya di tahun hadapan, tinggikan jumlah tabungan untuk keperluan anak sekolah.

Dahulukan keperluan yang utama

Apa-apa pun semuanya bergantung kepada tahap kewangan keluarga, tidak salah memberi yang terbaik untuk anak-anak. Ini cara saya membantu suami mengendalikan kewangan keluarga, maklumlah kita pastinya turut perlu menabung untuk perkara-perkara lain seperti kesihatan anak-anak.  Utamakan yang perlu sahaja. 

Semoga bermanfaat.


Cara Berhenti Merokok Secara Selamat

Bagi perokok tegar agak sukar untuk mereka membuang jauh tabiat yang bagaikan telah sebati dengan diri mereka sedari remaja.

Rokok 

Tanyalah mana-mana perokok, alasan utama mereka merokok ialah kepuasan. Saya sendiri tidak tahu untuk menjelaskan erti kepuasan yang dimaksudkan mereka. Walaupun harga rokok meningkat hampir setiap tahun, mereka masih sanggup menyekat perbelanjaan lain semata-mata untuk membeli rokok.

Begitu hebat pengaruh rokok, biarpun sedar ratusan ringgit dihabiskan setiap bulan bagi memenuhi tabiat yang amat MEMBANTU mereka mendapat pelbagai penyakit berbahaya. Benar, anda sekarang masih gagah dan sihat dalam mencari rezeki dan masih mampu membeli rokok.

Gambar ngeri menghiasi kotak rokok


Biarpun terpampang pelbagai gambar ngeri di kotak-kotak rokok, ianya masih tidak mampu menzahirkan rasa gerun di hati perokok tegar. Gambar ngeri itu sekadar hiasan yang tidak membawa apa-apa makna.
Iklan-iklan di televisyen, dada-dada akhbar, majalah mahupun papan-papan tanda hanya dipandang sinis. Oh, rokok hebatnya dirimu.

Biarpun anda tahu kesan rokok kepada anda dan orang disekeliling anda, tetapi saya tetap berdegil ingin kongsikan bersama anda.

Risiko yang bakal dihadapi perokok;

Kandungan rokok


  • Kehilangan vitamin dan mineral terutama kalsium (risiko tulang rapuh)
  • Deria hidung yang kurang sensitif
  • Gigi Rosak
  • Antibodi badan yang lemah, mengurangkan keberkesanan ubat dan ini menyebabkan proses pemulihan mengambil masa yang lama
  • Keupayaan dan keinginan seksual yang berkurangan
  • Emosi, mental dan fizikal lebih mudah terganggu
  • Ulser perut
  • Kanser mulut
  • Kanser paru-paru
  • Penyakit Jantung
Itu hanya sebahagian sahaja risiko yang bakal anda perolehi. Cuba anda renung dalam-dalam mata orang-orang kesayangan anda terutama anak-anak anda, mereka memerlukan anda untuk meniti hari-hari mendatang. Saya akui ajal maut ketentuan Ilahi, tapi tabiat anda dalam merokok mengundang lebih banyak risiko yang mengundang kematian lebih awal. Maafkan saya andai ianya menyinggung perasaan anda.

Bagaimana Vivix Membantu Anda Berhenti Merokok


Vivix


Struktur DNA seorang perokok telah tercemar dengan NIKOTIN. DNA yang dicemari nikotin inilah yang menyebabkan anda sukar untuk berhenti merokok. 

Vivix membantu anda dengan cara membuang nikotin yang ada pada DNA anda. DNA yang tercemar akan dipulihkan dan dimurnikan semula apabila nikotin yang melekat padanya ditanggalkan.

Hasilnya, DNA akan kembali kepada keadaan asal,yang menyebabkan perokok mengalami :
  • Rasa pahit dan busuk bila merokok
  • Rasa semput dan sesak nafas apabila merokok
Akhirnya, anda akan meninggalkan tabiat merokok ini dengan sendiri. Manfaatkan nilai sebulan rokok anda untuk menjana kesihatan yang lebih baik. Anda berhak menjalani hidup yang lebih sihat disamping insan kesayangan anda.

Keluarga Bahagia


Harga Vivix : RM475
Penggunaan : Sebulan

Inginkan harga lebih murah, daftar sebagai ahli Shaklee, banyak manfaat yang bakal anda perolehi.

ATAU inginkan keahlian percuma?

Hubungi Lieza 0192432683

Ingin terus membuat pembelian online klik Link Vivix untuk terus membuat pembelian dengan Shaklee Malaysia.

Jana Pendapatan Dengan Shaklee

Ramai yang mendaftar sebagai ahli Shaklee untuk kegunaan sendiri, kerana Shaklee tidak pernah sesekali pun meletakkan syarat, join ahli wajib jual produk.

Tetapi alhamdulillah, ramai yang mula menjadikan Shaklee sebagai landasan untuk bertatih dalam bisness sekaligus menjana pendapatan tambahan. Apabila setiap pertengahan bulan dikreditkan bonus prestasi, makin ramai yang mula serius sekaligus mengorak langkah menggapai pendapatan yang lebih tinggi.

Tanpa perlu menaja mana-mana Duta Produk atau iklan komersial, Shaklee yang bertapak lebih 50 tahun menjadi produk yang terkenal kerana keunggulan dan mutu yang tidak terbanding produk-produk yang hanya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Keistimewaan menjadi ahli Shaklee




  • Membeli produk kesihatan Shaklee dengan harga ahli untuk kegunaan sendiri
  • Menjual produk kesihatan Shaklee yang berkhasiat untuk menjana pendapatan
  • Berpeluang mendapat bonus setiap bulan daripada pembelian produk kesihatan Shaklee berdasarkan UV setiap bulan
  • Tidak perlu maintain UV setiap bulan sekiranya hanya untuk kegunaan sendiri
  • Bimbingan daripada jaringan Group Shaklee yang sentiasa mengamalkan konsep teamwork dan nilai kekeluargaan yang utuh


Yuran Keahlian
  • RM75 sekali seumur hidup

Jana pendapatan dengan Shaklee

  • Tidak perlu menyimpan stok dan menyediakan modal yang besar, cukup sekadar yuran keahlian untuk proses pendaftaran dan mendapat satu starter kit sebagai rujukan

Keterujaan dalam bisness Shaklee

  • Bonus bulanan yang dibayar pada setiap tengah bulan 14hb, dikreditkan terus ke akaun anda
  • Insentif kenaikan pangkat hasil usaha dan kerja anda dalam bentuk cek
  • Berpeluang menunaikan umrah/percutian luar negara

Bagaimana ingin mendaftar sebagai ahli

  • Hubungi Lieza 019 243 2683, saya akan mendaftarkan anda dengan kadar segera


Jaminan saya jika anda mendaftar ahli dengan saya

  • Anda akan dimasukkan dalam Secret Group FB dan Whatsapp team yang hebat
  • Anda akan berdamping dengan orang-orang yang positif tentang bisness Shaklee
  • Anda akan diberikan bimbingan mengenai produk, kerana mempunyai upline yang pakar mengenai produk Shaklee
  • Anda akan disajikan motivasi dan bimbingan yang berguna demi menjayakan bisness Shaklee anda
  • Tiada istilah cantas rezeki, kerana nilai kekeluargaan yang tinggi malah sering bantu membantu dan percaya pada rezeki masing-masing

Sertai Shaklee untuk kegunaan sendiri



  • Anda tidak akan dipinggirkan, anda juga tidak akan dipaksa untuk membuat sales kerana layanan upline kepada anda tetap sama. Semuanya terpulang kepada inisiatif diri anda sendiri.

Sertai team kami untuk mendapatkan tips dan cara terbaik merealisasikan impian anda. Hubungi saya, Lieza 0192432683.

"TIADA APA YANG MUSTAHIL DENGAN SHAKLEE, SEMUANYA TERLETAK KEPADA DIRI ANDA SENDIRI"

Projek Memikat Suami

Dalam sebuah ikatan perkahwinan, banyak perkara yang perlu dititikberatkan bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan rumahtangga yang di bina.

Dalam banyak-banyak perkara, dua perkara asas yang paling dititikberatkan, ibu saya pun pernah berpesan "rahsia nak ikat suami supaya sayang dan ingat selalu kat kita, ikatlah perut dan nafsunya".





Ikat Perut Suami

Istilah ikat perut dan nafsu mungkin janggal bagi sesetengah pasangan, tapi sebenarnya itulah titik tolak sebuah hubungan yang bahagia. Lumrah kehidupan suami isteri ada pasang dan surutnya, sedangkan lidah lagikan tergigit.



Apa itu ikat perut? Bukan menahan lapar, bukan proses kempiskan perut. Ikat perut bermaksud ikat selera suami, masakkan makanan yang sedap-sedap, makanan kegemaran beliau, dan penuhi selera makan beliau. Jangan jadikan tidak pandai memasak sebagai alasan, kerana sekarang ini segalanya hanya di hujung jari, pelbagai resepi dalam internet yang boleh anda pilih.


Pujian Suami 

Suami pula memainkan peranan, bila isteri dah masak macam -macam tu, bagilah pujian sikit. Bagilah sokongan, kalau termasin sikit tu, kira maafkan lah. Hargai penat lelah isteri memasak.

Waktu suami makan tu rajin-rajin temankan walaupun anda On Diet. Ustaz Azhar Idrus selalu tekankan hal ini, teman suami makan, kalau boleh layanan macam kat hotel-hotel ternama supaya suami tidak cenderung makan di luar ditemani pelayan-pelayan kedai makan.

Ikat Nafsu Suami 



Apa pula ikat nafsu? Ikat nafsu bermaksud menjaga hubungan intim suami isteri. Jika  anda dan pasangan anda mula malas dan dingin melayan kehendak kekasih halal anda, almaklumlah usia yang semakin meningkat, ditambah tuntutan kerja yang mencabar, belum lagi urusan rumah tangga dan anak-anak.



Kesemua faktor ini mungkin menyebabkan anda mula lesu, tidak bertenaga, dan mula menolak untuk menjalinkan hubungan asmara dengan pasangan anda. Jika dibiarkan situasi ini berterusan, maka akan tercetus pergaduhan dan rumahtangga mula goyah.

Anda antara suami mahupun isteri yang mengalami masalah di kamar tidur? Masih belum terlambat untuk anda menyelamatkan rumahtangga anda, Insha Allah Vitamin Cinta Shaklee boleh membantu.

Vitamin Cinta Shaklee - Vita E Complex


Vita E Complex memang sinonim dengan peranannya sebagai vitamin awet muda, dan yang anda semua perlu tahu uniknya Vita E Complex, kerana ianya juga dikenali sebagai Vitamin Cinta. Sesuai untuk isteri dan juga suami. Kerap juga digelar Vitamin Hebat di Gelanggang.




Manfaat Vita E Complex kepada suami isteri
  • Lebih tenaga (Seksual)
  • Ereksi lebih lama
  • Lebih mudah teransang
  • Libido (keinginan nafsu syahwat) yang lebih kuat
  • Orgasma yang lebih kerap & bersemangat
  • Menstabilkan hormon seks
Untuk kesan yang lebih efektif, isteri dinasihatkan mengambil tambahan Alfafa Shaklee kerana manfaat alfafa;


  • Bertindak sebagai kacip Fatimah di mana ia membantu membaikpulih otot-otot di bahagian miss V wanita dikenali perapat versi moden
  • Bertindak sebagai pelincir & mengurangkan kering ketika bersama
  • Membantu mengurangkan keputihan dan lain-lain masalah wanita yang boleh menganggu hubungan intim secara tidak langsung.
  • Bonus berganda, montokkan payudara dan anjalkan punggung isteri

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan mahligai cinta yang dibina kekal bahagia hingga ke Jannah. Berusaha dan berikhtiar itu perlu tapi kita juga perlu berdoa kepada yang maha Esa, amalan yang wajib perlu ditunaikan, dan yang sunat perlu diperbanyakkan. Mudah-mudahan rumahtangga yang kita bina mendapat keredhaan Allah.



Bagi pasangan suami isteri yang berminat mendapatkan Vitamin Cinta Shaklee, hubungi Lieza.
Setiap pembelian produk Shaklee daripada akan diberikan konsultasi kesihatan secara percuma.

Segan untuk menghubungi saya? Anda boleh terus membuat pembelian dengan Shaklee Malaysia dengan klik link Vitamin Cinta.

Vita E Complex - RM149.00 (120 biji) sebiji sehari
Alfafa Complex - RM53.75 (330 biji) 5 - 10 biji sehari

Facebook : http://www.facebook.com/eiza.zainal
Sms/Whatsapp : 0192432683


COD : Balakong area
Poslaju Seluruh Malaysia


Anak Selalu Demam, Selesema, dan Batuk

Bagi ibu-ibu berkerjaya dan meninggalkan anak di Nursery pasti pernah melalui situasi anak sering demam, batuk, dan  selesema. Kekadang tu sebulan dua tiga kali demam. Baru dua hari baik demam, selang tiga hari selesema pula diikuti dengan batuk.

Stok Ubat Penghuni Tetap Peti Ais


Ubat demam, batuk, selesema, dan kahak memang menjadi penghuni tetap peti ais kat rumah, siap standby stok ubat kat Nursery. Selang dua minggu suami  wajib bertanya,” stock ubat anak-anak, ada lagi tak”. Risau juga kehabisan stock, memang tugas dia ambil stock ubat di Klinik Panel Syarikat, maklumlah claim medical syarikat suami bekerja tiada limit untuk seisi keluarga.



Kekerapan mereka tidak sihat menyebabkan cuti tahunan saya sering habis digunakan sebelum waktunya.  Anak tidak sihat, tahap wajib la kena amik cuti kecemasan menjaga mereka, takkan nak harapkan Nursery.

Ada banyak factor yang menyebabkan anak-anak kita senang sangat demam, jadi untuk mengelakkan mereka menjadi pelawat tetap Klinik kita sebagai ibu bapa pastinya perlu memainkan peranan penting.

Faktor-faktor Anak kerap Tidak Sihat


Sistem Imun Badan Yang Lemah

Ini adalah factor utama anak-anak mudah sangat diserang penyakit. Bila salah seorang kanak-kanak di Nursery dijangkiti demam, anak-anak yang kurang daya tahan melawan penyakit confirm punyalah akan demam.

Faktor pemakanan

Ini memang terbukti, walau kita cuba memantau pemakanan mereka di rumah tetapi adakalanya di sekolah mahupun nursery  pemakanan mereka di luar kawalan kita. Jajan, gula-gula, keropok yang MSG tinggi terjual di luar pagar sekolah memang confirm mendapat permintaan tinggi anak-anak.




Walau kita menegaskan tidak boleh makan semua makanan yang tidak berkhasiat tersebut, tetapi yelah budak-budak, tengok kawan-kawan lain beli, dia beli juga sorok-sorok.

Persekitaran dan cuaca

Tidak dinafikan persekitaran yang tidak bersih juga memainkan peranan, kerap sangat Negara kita di landa jerebu. Itu belum lagi dihitung pencemaran udara akibat perindustrian,  dan asap kenderaan. Dalam situasi Negara membangun, situasi ini bagai tidak boleh di elak lagi.

Vitamin C – tingkatkan Sitem Imun


Dalam menghadapi tiga factor anak-anak mudah tidak sihat tersebut, saya dahulukan system imun badan mereka. Saya bekalkan Vitamin C untuk mereka, sebelum jatuh cinta dengan produk Shaklee saya sukakan brand Appeton.

Alhamdulillah mereka jarang demam dan selesema, tetapi masih lagi kerap batuk terutama anak kedua saya, dia memang agak sensitif dengan habuk.

Nebulizer


Kalau dia di serang batuk, kami suami isteri memang tak lena tidur.  Dia memang dari kecil kalau batuk lebih je dua hari tahap wajib sedut gas kat klinik. Klinik Zainiati Cheras Perdana lah tempat wajib saya kunjungi. Tetapi adakalanya ubat batuk dan kahak bagaikan tidak memberi  kesan langsung untuk dia. Itu yang kerap nebulizer.

Suhu Badan Naik Mendadak

Yang paling saya takut situasi yang sering terjadi apabila suhu badan beliau naik mendadak pada tengah-tengah malam, dada beliau berombak-ombak, nafas turun naik, badan menggigil-gigil. Allah je tahu perasaan saya melihat situasi anak begitu.


Minyak ikan bagus untuk Semput

Sejak terbaca satu artikel tentang Minyak Ikan bagus untuk kanak-kanak yang ada symptom asma /semput seperti anak kedua saya, saya mula memberikan beliau Minyak Ikan. Jenama scotts Emulsion dipilih kerana saranan rakan-rakan, tapi mungkin tidak sesuai dengan beliau, hanya sesuai untuk adik beradik yang lain. 



Saat mula bertemu dan bercinta dengan Shaklee saya tidak teragak-agak untuk memberi beliau Omega Guard. Hanya sebiji sehari, dan Alhamdulillah sudah hampir 10 bulan tidak menjengah klinik untuk sedut gas, beliau juga semakin aktif dan menunjukkan peningkatan dalam pelajaran. Jangan tak tahu Omega Guard juga dikenali sebagai makanan untuk otak dan minda yang cerdas.

Kenapa Minyak Ikan?

Minyak ikan mengandungi Omega 3 yang bersifat anti radang atau Inflamasi. Inflamasi ialah tindak balas imuniti badan terhadap infeksi atau serangan virus.Oleh kerana penghidap asma mempunyai kadar imuniti yang rendah amat dinasihatkan mengamalkan pengambilan Minyak Ikan.

Mengapa Saya Memilih Minyak Ikan Shaklee (Omega Guard)

Biarlah jadual perbandingan di bawah berbicara




Testimoni Omega Guard Shaklee

Selain testimoni anak saya sendiri, saya kongsikan testimoni rakan-rakan lain, saya pasti sebagai ibu bapa anda mahukan yang terbaik untuk anak anda.










Ingin Dapatkan Stok Omega Guard

Anda boleh menghubungi saya, atau klik link ini untuk terus membuat pembelian dengan Shaklee Malaysia.Setiap pembelian akan disertakan konsultasi kesihatan secara percuma. InshaAllah.

Tawaran November 2014, Beli 6 botol percuma 1 botol berserta keahlian percuma ATAU beli 2 botol untuk mendapatkan diskaun 5%. Untuk tawaran istimewa ini, anda boleh berhubung dengan saya.


SID yang ceria dan sedia membantu - 0192432683

Harga Omega - RM136  (90 biji)







Tips Menjadi Isteri Idaman Suami

Siapa kata nak masak jer mesti ada resepi dan rencah bagi menyedapkan masakan?  Dalam rumahtangga juga perlu disemarakkan dengan pelbagai rencah agar cinta dan kasih sayang yang terbina akan kekal utuh, Insha Allah.

Tips ini saya perolehi dari pembacaan fanpage pakar motivasi terkenal Dato’ Dr Mohd Fadzillah Kamsah, jom sama-sama kita praktikkan dalam rumahtangga, mudah-mudahan membantu kita menjadi isteri  solehah penyejuk jiwa suami. Insha Allah.

Menjaga Penampilan

·         Berdandanlah untuk suami, jamu mata suami dengan pakaian yang menarik perhatian dan selitkan jelingan-jelingan manja. Saya memang failed bab jelingan manja ni, yang ni saya kena lebih menuntut ilmu.. takut silap skill kang juling pulak.

Rasa hormat

·         Sambutlah kepulangan suami dengan gembira, dan hantarlah kepergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa bersalam dan cium tangannya setiap kali meninggalkan rumah dan pulang. Alhamdulillah bab bersalaman tu masih lagi saya praktikkan sehingga hari ini, mudah-mudahan kekal begitu hingga akhir hayat.


Jaga makan dan hubungan intim.



 Bab makan memang saya wajib memasak untuk suami, kalau malas sangat, saya masak nasi goreng. Suami memang tidak cerewet bab makan, apa saya masak, dia mesti makan. Awal-awal kahwin suami dah pesan, “abang tak suka makan kat kedai, rajin-rajinkan diri masak, walaupun satu lauk, sambal sardine pun okay, janji masak” Haaaa…. Jadi nak tak nak kena masak, dah lebih 10 tahun kahwin, boleh dikira kami sekeluarga makan di luar. Bab hubungan intim….. biarlah rahsia. Vitamin Cinta kan ada ;)

Terima seadanya pasangan anda




 Banyak membantu suami terutama ketika dia bermasalah, jangan meminta-minta di luar kemampuan suami. Bab bantuan tu Insha Allah,tapi bab meminta-minta diluar kemampuan rasanya saya belum ada permintaan yang melampaui poket suami, kot la lepas ni tetiba datang nafsu suruh suami beli gelang emas sampai siku tak tahulah…isshhh… mintak dijauhkan, saya terima beliau seadanya kerana beliau takdir hidup saya.


Luahan Cinta

·         Nyatakan sayang anda kepada suami setiap hari, walaupun sudah beranak cucu. Jangan anggap diri terlalu tua untuk itu. Sekarang banyak aplikasi boleh digunakan, contohnya wassap, hantar je gambar-gambar cinta, atau ayat-ayat cinta tu. Mudah kan. Hope suami saya tak anggap saya buang tebiat pulak lepas ni.

Belaian Manja



·         Apabila berkesempatan belailah dan sentuhan magik untuk suami anda. Curi-curi menciumnya ketika tidak dilihat orang, dan jika berjalan amalkan berpegangan tangan. Huhuhu… macam mana nak berpegangan tangan, bila dah anak empat, kiri kanan tangan saya dan suami anak-anak yang pegang. Sudahnya…. Hmmm..

Tidurkan anak lebih awal

·         Jadikan amalan, menidurkan anak lebih awal daripada masa tidur kita. Amalkan masuk tidur bersama suami. Bab ni pun saya failed jugak maklumlah anak bongsu tu masih menyusu, sama-sama baring untuk tidurkan dia, tapi biasanya saya yang tidur dulu. Sedar-sedar dah pagi.

Hargai setiap pertolongan suami


·         Jika bantuan yang diberi tidak sempurna, jangan merungut. Hargailah dengan ucapan terima kasih. Contoh biasa : Suami membasuh pakaian dengan mencampurkan dengan tuala, huhuhu... habis semua pakaian lekat bulu towel terutama pakaian gelap. Lagi satu contoh jemur baju tak kebas kuat-kuat hilangkan kedutan, main jemur je berkedut-kedut macam kena makan lembu. Aduuuii.. banyaklah, terus mulut saya macam bertih jagung, tak berhenti mengomel. dah cakap banyak kali pun, mesti alasan sama, sorry abang lupa. Opppss.. abaikan, itu contoh jer.

      Saling Melengkapi

Sebenarnya kita dan pasangan saling melengkapi, mungkin beliau ada kekurangan tetapi apa kurangnya kita. Belajar menerima pasangan kita seadanya adalah jalan terbaik, yang paling utama sekali, semoga rumahtangga kita mendapat keberkatan Allah. Amin.


Pengedar Shaklee yang ceria  - Lieza 019 243 2683