Projek Memikat Suami

Dalam sebuah ikatan perkahwinan, banyak perkara yang perlu dititikberatkan bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan rumahtangga yang di bina.

Dalam banyak-banyak perkara, dua perkara asas yang paling dititikberatkan, ibu saya pun pernah berpesan "rahsia nak ikat suami supaya sayang dan ingat selalu kat kita, ikatlah perut dan nafsunya".





Ikat Perut Suami

Istilah ikat perut dan nafsu mungkin janggal bagi sesetengah pasangan, tapi sebenarnya itulah titik tolak sebuah hubungan yang bahagia. Lumrah kehidupan suami isteri ada pasang dan surutnya, sedangkan lidah lagikan tergigit.



Apa itu ikat perut? Bukan menahan lapar, bukan proses kempiskan perut. Ikat perut bermaksud ikat selera suami, masakkan makanan yang sedap-sedap, makanan kegemaran beliau, dan penuhi selera makan beliau. Jangan jadikan tidak pandai memasak sebagai alasan, kerana sekarang ini segalanya hanya di hujung jari, pelbagai resepi dalam internet yang boleh anda pilih.


Pujian Suami 

Suami pula memainkan peranan, bila isteri dah masak macam -macam tu, bagilah pujian sikit. Bagilah sokongan, kalau termasin sikit tu, kira maafkan lah. Hargai penat lelah isteri memasak.

Waktu suami makan tu rajin-rajin temankan walaupun anda On Diet. Ustaz Azhar Idrus selalu tekankan hal ini, teman suami makan, kalau boleh layanan macam kat hotel-hotel ternama supaya suami tidak cenderung makan di luar ditemani pelayan-pelayan kedai makan.

Ikat Nafsu Suami 



Apa pula ikat nafsu? Ikat nafsu bermaksud menjaga hubungan intim suami isteri. Jika  anda dan pasangan anda mula malas dan dingin melayan kehendak kekasih halal anda, almaklumlah usia yang semakin meningkat, ditambah tuntutan kerja yang mencabar, belum lagi urusan rumah tangga dan anak-anak.



Kesemua faktor ini mungkin menyebabkan anda mula lesu, tidak bertenaga, dan mula menolak untuk menjalinkan hubungan asmara dengan pasangan anda. Jika dibiarkan situasi ini berterusan, maka akan tercetus pergaduhan dan rumahtangga mula goyah.

Anda antara suami mahupun isteri yang mengalami masalah di kamar tidur? Masih belum terlambat untuk anda menyelamatkan rumahtangga anda, Insha Allah Vitamin Cinta Shaklee boleh membantu.

Vitamin Cinta Shaklee - Vita E Complex


Vita E Complex memang sinonim dengan peranannya sebagai vitamin awet muda, dan yang anda semua perlu tahu uniknya Vita E Complex, kerana ianya juga dikenali sebagai Vitamin Cinta. Sesuai untuk isteri dan juga suami. Kerap juga digelar Vitamin Hebat di Gelanggang.




Manfaat Vita E Complex kepada suami isteri
  • Lebih tenaga (Seksual)
  • Ereksi lebih lama
  • Lebih mudah teransang
  • Libido (keinginan nafsu syahwat) yang lebih kuat
  • Orgasma yang lebih kerap & bersemangat
  • Menstabilkan hormon seks
Untuk kesan yang lebih efektif, isteri dinasihatkan mengambil tambahan Alfafa Shaklee kerana manfaat alfafa;


  • Bertindak sebagai kacip Fatimah di mana ia membantu membaikpulih otot-otot di bahagian miss V wanita dikenali perapat versi moden
  • Bertindak sebagai pelincir & mengurangkan kering ketika bersama
  • Membantu mengurangkan keputihan dan lain-lain masalah wanita yang boleh menganggu hubungan intim secara tidak langsung.
  • Bonus berganda, montokkan payudara dan anjalkan punggung isteri

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan mahligai cinta yang dibina kekal bahagia hingga ke Jannah. Berusaha dan berikhtiar itu perlu tapi kita juga perlu berdoa kepada yang maha Esa, amalan yang wajib perlu ditunaikan, dan yang sunat perlu diperbanyakkan. Mudah-mudahan rumahtangga yang kita bina mendapat keredhaan Allah.



Bagi pasangan suami isteri yang berminat mendapatkan Vitamin Cinta Shaklee, hubungi Lieza.
Setiap pembelian produk Shaklee daripada akan diberikan konsultasi kesihatan secara percuma.

Segan untuk menghubungi saya? Anda boleh terus membuat pembelian dengan Shaklee Malaysia dengan klik link Vitamin Cinta.

Vita E Complex - RM149.00 (120 biji) sebiji sehari
Alfafa Complex - RM53.75 (330 biji) 5 - 10 biji sehari

Facebook : http://www.facebook.com/eiza.zainal
Sms/Whatsapp : 0192432683


COD : Balakong area
Poslaju Seluruh Malaysia


Tips Menjadi Isteri Idaman Suami

Siapa kata nak masak jer mesti ada resepi dan rencah bagi menyedapkan masakan?  Dalam rumahtangga juga perlu disemarakkan dengan pelbagai rencah agar cinta dan kasih sayang yang terbina akan kekal utuh, Insha Allah.

Tips ini saya perolehi dari pembacaan fanpage pakar motivasi terkenal Dato’ Dr Mohd Fadzillah Kamsah, jom sama-sama kita praktikkan dalam rumahtangga, mudah-mudahan membantu kita menjadi isteri  solehah penyejuk jiwa suami. Insha Allah.

Menjaga Penampilan

·         Berdandanlah untuk suami, jamu mata suami dengan pakaian yang menarik perhatian dan selitkan jelingan-jelingan manja. Saya memang failed bab jelingan manja ni, yang ni saya kena lebih menuntut ilmu.. takut silap skill kang juling pulak.

Rasa hormat

·         Sambutlah kepulangan suami dengan gembira, dan hantarlah kepergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa bersalam dan cium tangannya setiap kali meninggalkan rumah dan pulang. Alhamdulillah bab bersalaman tu masih lagi saya praktikkan sehingga hari ini, mudah-mudahan kekal begitu hingga akhir hayat.


Jaga makan dan hubungan intim.



 Bab makan memang saya wajib memasak untuk suami, kalau malas sangat, saya masak nasi goreng. Suami memang tidak cerewet bab makan, apa saya masak, dia mesti makan. Awal-awal kahwin suami dah pesan, “abang tak suka makan kat kedai, rajin-rajinkan diri masak, walaupun satu lauk, sambal sardine pun okay, janji masak” Haaaa…. Jadi nak tak nak kena masak, dah lebih 10 tahun kahwin, boleh dikira kami sekeluarga makan di luar. Bab hubungan intim….. biarlah rahsia. Vitamin Cinta kan ada ;)

Terima seadanya pasangan anda




 Banyak membantu suami terutama ketika dia bermasalah, jangan meminta-minta di luar kemampuan suami. Bab bantuan tu Insha Allah,tapi bab meminta-minta diluar kemampuan rasanya saya belum ada permintaan yang melampaui poket suami, kot la lepas ni tetiba datang nafsu suruh suami beli gelang emas sampai siku tak tahulah…isshhh… mintak dijauhkan, saya terima beliau seadanya kerana beliau takdir hidup saya.


Luahan Cinta

·         Nyatakan sayang anda kepada suami setiap hari, walaupun sudah beranak cucu. Jangan anggap diri terlalu tua untuk itu. Sekarang banyak aplikasi boleh digunakan, contohnya wassap, hantar je gambar-gambar cinta, atau ayat-ayat cinta tu. Mudah kan. Hope suami saya tak anggap saya buang tebiat pulak lepas ni.

Belaian Manja



·         Apabila berkesempatan belailah dan sentuhan magik untuk suami anda. Curi-curi menciumnya ketika tidak dilihat orang, dan jika berjalan amalkan berpegangan tangan. Huhuhu… macam mana nak berpegangan tangan, bila dah anak empat, kiri kanan tangan saya dan suami anak-anak yang pegang. Sudahnya…. Hmmm..

Tidurkan anak lebih awal

·         Jadikan amalan, menidurkan anak lebih awal daripada masa tidur kita. Amalkan masuk tidur bersama suami. Bab ni pun saya failed jugak maklumlah anak bongsu tu masih menyusu, sama-sama baring untuk tidurkan dia, tapi biasanya saya yang tidur dulu. Sedar-sedar dah pagi.

Hargai setiap pertolongan suami


·         Jika bantuan yang diberi tidak sempurna, jangan merungut. Hargailah dengan ucapan terima kasih. Contoh biasa : Suami membasuh pakaian dengan mencampurkan dengan tuala, huhuhu... habis semua pakaian lekat bulu towel terutama pakaian gelap. Lagi satu contoh jemur baju tak kebas kuat-kuat hilangkan kedutan, main jemur je berkedut-kedut macam kena makan lembu. Aduuuii.. banyaklah, terus mulut saya macam bertih jagung, tak berhenti mengomel. dah cakap banyak kali pun, mesti alasan sama, sorry abang lupa. Opppss.. abaikan, itu contoh jer.

      Saling Melengkapi

Sebenarnya kita dan pasangan saling melengkapi, mungkin beliau ada kekurangan tetapi apa kurangnya kita. Belajar menerima pasangan kita seadanya adalah jalan terbaik, yang paling utama sekali, semoga rumahtangga kita mendapat keberkatan Allah. Amin.


Pengedar Shaklee yang ceria  - Lieza 019 243 2683




Tips Elak Suami Curang

Curang atau istilah biasa yang digunakan 'main kayu tiga'. Lelaki amat sinonim dengan pernyataan " life begin at forty". Sejauh mana kebenaran pernyataan ini, hanya kaum lelaki mampu menjawabnya.

Ramai yang berpendapat pada usia 40 tahun lelaki yang bergelar suami mula memasang niat untuk menambah isteri, sementelah ekonomi mula kukuh serta mempunyai kerjaya yang stabil.

Kacak biapun berusia


Pasti para isteri tidak senang duduk, berapa peratus wanita yang sanggup dimadukan biarpun dijanjikan payung emas di akhirat kelak?

Jika tanya pada saya, saya antara isteri yang tidak sanggup dimadukan. Untuk para isteri yang sama seperti saya yang tidak rela dimadukan, sama-sama praktikkan tips yang saya olah daripada pembacaan saya. Mudah-mudahan menjadi panduan bersama. InshaAllah.



Tindakan untuk membendung suami curang


  • Layan suami seperti biasa, hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan kerana ia membangkitkan semangat dan suami berasa dihargai. Buktikan dengan perbuatan, layanan yang optimum terutama di bilik tidur.
  • Wanita apabila menginjak usia 40 tahun mula akan dingin seks,mungkin faktor anak ramai dan kesibukan di tempat kerja dan kepenatan menguruskan rumahtangga menjadi pasif. Jangan jadikan usia sebagai sempadan berbicara soal seks.
  • Wanita yang berusia sekiranya menjaga penampilan diri, dan bijak mendandan diri pastinya suami tidak akan menjeling wanita lain. Pengabaian penampilan diri boleh menjadi punca suami mula jemu, dan menghabiskan masa di luar rumah bersama kawan-kawan.
  • Sambut suami dengan senyuman manis dan layanan manja (jangan over nanti di kata buang tebiat), dan sembur haruman bagi membangkitkan semangat.
  • Etika bilik tidur turut perlu diutamakan, tempat tidur perlu  kemas dan teratur. Haruman romantis memenuhi ruang kamar untuk mengembalikan mood zaman muda-muda.




Semoga panduan yang saya olah daripada pembacaan saya ini dapat memberi manfaat kepada wanita yang bergelar isteri demi untuk kebahagiaan mahligai yang dibina.



Bukan niat saya untuk menidakkan poligami yang dibenarkan di dalam Islam, tetapi jika poligami mengundang penceraian, pengabaian anak-anak, permusuhan, adalah lebih baik kita menbendungnya dari awal.


Tetapi dalam pada itu, jangan dilupa memanjatkan doa kepada yang maha Esa, sesungguhnya hanya Dia sebaik-baik perancang.