Tips Meneran Semasa Bersalin Normal

Khas buat semua bakal ibu yang menanti saat kelahiran permata hati, semoga ianya bermanfaat untuk diaplikasikan.

Tips ini wajar dikongsi bersama suami, agar beliau boleh mengingatkan anda sewaktu menemani anda ketika proses bersalin. Tidak dinafikan kesakitan kontraksi boleh membuatkan kita terlupa tips-tips ini.
Bersalin Normal

  1. Angkat kepala dagu cecah dada
  2. Mata pandang perut
  3. Tangan memegang bahagian kaki yang berhampiran buku lali
  4. Sewaktu meneran jangan mengeluarkan suara mahupun menangis kerana ianya akan membuatkan anda kurang bertenaga dan lemah
  5. Semasa meneran juga jangan sesekali mengangkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina
  6. Tarik nafas sedalam yang boleh dan meneran seolah-alah membuang air besar tanpa blow nafas
  7. Teran sekuat yang terdaya selama yang boleh, curi nafas dan sambung meneran setiap kali anda berasa sakit (kontraksi)
  8. Teran sewaktu kontraksi sahaja sebab baby pun akan bergerak sama
  9. Baca Bismillah dan banyakkan berselawat
Kesakitan bersalin normal memang sukar untuk diulas dan sehingga hari ini saya sendiri sukar menggambarkan dengan kata-kata tentang kesakitan, mahupun mengimbas satu persatu momen melahirkan keempat-empat anak saya secara normal.

Tangisan pertama


Tetapi hanya seperkara yang saya boleh janjikan untuk bakal ibu, detik indah dan kemanisan selepas melahirkan anak. Saat anda memeluk, mencium, menyusukan anak yang dilahirkan serta melihat suami mengazankan anak, kesakitan sebelumnya akan lenyap bagai di bawa angin lalu. Ketenangan  yang tidak terungkap.


Saat Indah

Titipan cinta dan sayang buat bonda tercinta, Che Rubiah Mohammed, pengorbananmu tiada nilainya.

Pengedar Shaklee yang ceria

Lieza 0192432683

Resepi Daging Masak Hitam

Resepi ini menjadi menu wajib keluarga mentua saya untuk disajikan di pagi hari raya. Daging masak hitam biasanya disajikan bersama nasi impit atau pulut kuning.

Resepi ini dikongsi oleh kakak ipar saya, iaitu Puan Yusnita. Malahan di Sungai Rambai Melaka menu ini menjadi pilihan sajian kenduri, dan semestinya kakak ipar saya di upah untuk memasaknya.
Resepi ini juga menjadi pilihan keluarga saya, anak-anak saya amat menyukainya. Bolehlah ibu-ibu menjadikan menu variasi terutama pada hujung minggu. Makan dengan nasi pun menyengat ni.

Daging Masak Hitam

Bahan-bahan Asas


1)  1Kg Daging (dipotong dadu)
2)  Kicap
3)  Gula Melaka (diketuk)
4)  3 sudu besar kerisik
5)  Daun kunyit (di hiris halus) boleh juga digantikan dengan daun limau purut
6)  Minyak untuk menumis
7) Secawan santan (tidak wajib)


Bahan Kisar


1)  Cili Kering (10 Tangkai)
2)  7 ulas Bawang Putih
3)  2 Labu bawang besar (merah)
4)  2 Batang Serai (boleh juga diketuk)
5)  1/2 inci halia

Cara-caranya


1) Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak
2) Masukkan daging, boleh juga direbus daging terlebih dahulu sekiranya melebihi 1kg
3) Reneh hingga daging tersebut empuk, tambahkan sedikit air
4) Apabila daging empuk bolehlah dimasukkan gula melaka, dan kicap
5) Boleh juga tambahkan santan / air jika anda suka yang berkuah, tetapi saya lebih suka ia pekat dan kering sama seperti daging rendang
6) Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa berserta hirisan daun kunyit, dan kerisik, biarkan seketika dan akhirnya sedia untuk dihidang


Pastikan anda mencuba resepi ini, kerana saya yakin anda akan berpuashati.


SID Shaklee yang ceria - Lieza 0192432683


Bengkak Susu Petanda Positif

Produk Shaklee memang benar boleh menyebabkan bengkak, kerana itulah yang saya alami. Saya akan kongsikan kesan yang saya alami seteleh menggunakan lima produk Shaklee iaitu, , Sustained Release Vita-C Plus, Alfafa Complex, ESP, Lecithin, dan Ostematrix.

Di awal penggunaan saya sedikitpun tidak menyangka kejadian bengkak akan berlaku, kerana saya menggunakan produk tersebut untuk mengatasi masalah alahan makanan laut, resdung, kulit kusam dan badan yang sering lesu, almaklumlah semakin ‘muda’, anak pun dah ramai, dan pastinya faktor susu badan yang semakin merudum.

Bengkak Susu

Bengkak  susu yang saya alami membuat saya teruja, kerana biarpun satu-satunya Arjuna Hati saya Ariq Zafreel sudah berusia dua tahun lebih tapi saya masih boleh menyusukan beliau tanpa sebarang masalah sehingga hari ini. 

Bengkak Susu



Biarpun situasi ini berlaku sekiranya saya lewat menyusukan Ariq sebaik pulang dari tempat kerja atau Ariq menolak untuk minum kerana leka bermain, tetapi bagi saya ia merupakan momen berharga untuk saya kongsikan dengan ibu-ibu yang sering mengalami masalah kurang susu. Bengkak susu adalah petanda positif, iaitu penghasilan susu untuk anak kita.

Tiga anak yang sebelum ini, saya hanya menyusukan mereka tidak mencecah umur setahun kerana factor kurang susu dan saya juga tidak pernah mengepam susu untuk disimpan. Biarpun sedar kepentingan susu ibu untuk anak, tetapi saat itu tidak pernah terfikir mencari supplemen atau alternative lain untuk membantu.

Kebaikan Susu Ibu



Set Penyusuan Shaklee

Jangan salah sangka, set penyusuan bukan bermakna ibu-ibu perlu consume kelima-lima produk Shaklee yang saya senaraikan, cukup hanya tiga produk iaitu ESP, Alfafa dan Ostematrik. ESP membantu memekatkan susu, Alfafa pula merangsang pengeluaran susu, manakala Ostematrik ialah pil kalsium untuk membantu ibu menggantikan kembali kalsium yang diserap bayi disamping membantu mengurangkan masalah lenguh-lenguh badan.


Ariq Zafreel Zamri

Bagi yang sering mengalami bengkak susu boleh consume Lecithin, kerana jika dibiarkan boleh menyebabkan demam. Teringat pula petua mak mentua saya, jika bengkak susu tekapkan kubis di payudara, hmmm… tapi saya belum pernah mencubanya kerana berasa janggal pula, saya lebih rela tekapkan tuala yang direndam dengan air suam.

Bagi ibu yang berminat ingin mendapatkan Set penyusuan Shaklee, boleh menghubungi saya SID anda yang ceria Lieza 0192432683 atau klik link ini untuk terus membuat pembelian dengan Shaklee.

Untuk konsultasi sebelum, semasa  dan selepas pembelian, saya sedia membantu secara percuma.

SID anda yang ceria Lieza 0192432683

Rita Rudaini Terkini

Rita Rudaini sememangnya artis yang tidak asing bagi peminat industri seni di Malaysia, bakat lakonan yang dimiliki oleh beliau memang sukar digugat biapun ramai muka-muka baru mewarnai persada seni  tanahair.

Pelakon Senior Berbakat 


Rita Rudaini dan Adi Putra
Lakonan beliau yang bersahaja, dan seolah-olah hidup biarpun diberikan watak yang pelbagai variasi. Saya amat menggilai gandingan beliau bersama Rosyam dan Adi Putra, perasaan bagai terbuai dengan watak romantik mereka, hingga membuat ramai jugalah yang tidak tidur lena dan paling tidak tersengih sendirian saat menonton drama gandingan mereka.

Selain bakat lakonan beliau yang hebat, saya amat mengagumi dua lagi perkara tentang beliau dan yang pasti ianya sedikit sebanyak berjaya menyentuh hati saya sebagai wanita dan juga ibu.

Ibu tunggal yang tabah


Perkara pertama, tentunya ketabahan dan kecekalan hati Rita Rudaini sebagai ibu tunggal. Biar apapun kemelut hingga berlakunya penceraian antara beliau dan bekas suami, bukan saya untuk menghakimi mahupun memberi ulasan.  Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya dan sebagai orang Islam berbaliklah kepada jodoh dan pertemuan itu ketentuan Ilahi.

Rita dan anak-anaknya


Ramai 'haters’ memberi pandangan berbeza tentang kes dan kemelut yang sedang beliau hadapi. Pelbagai khabar hinaan, di gelar tamak malah dituduh wanita mata duitan, namun ianya tidak sesekali melemahkan niat beliau mendapatkan pembelaan terbaik untuk anak-anak. Setiap ibu pasti ingin yang terbaik untuk anak-anak kan?

Sebagai insan sebaiknya pandang ia dari sudut positif, lihatlah ketabahan hati beliau membesarkan anak-anak yang masih kecil tanpa suami di sisi, Walaupun senyuman sentiasa terukir di bibir beliau, tapi  siapa tahu rawan di hatinya. Sehingga hari ini, kes tuntutan nafkah beliau terhadap bekas suami masih berlangsung dan belum menemui  titik noktah. Bersama doakan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

Penampilan terbaru


Kejelitaan yang semakin menyerlah

Perkara kedua ini pasti ramai wanita terpegun, iaitu rupa paras dan wajah beliau yang semakin jelita, seolah-olah tidak pudar dimamah usia. Mungkin ramai yang sudah tahu tentang produk keluaran beliau, iaitu jenama beliau sendiri,mungkinkah itu penyumbangnya?

Penampilan beliau di mahkamah baru-baru ini dengan hijab anggun pasti membuat hati ramai wanita sedikit terusik, dan pastinya tertanya-tanya apalah agaknya rahsia di sebalik kejelitaan wanita tabah ini.

Jom kita jengah-jengah Instagram Rita Rudaini.

Instagram Rita Rudaini
Ooo patutlah makin jelita, selain amalkan produk keluaran beliau, beliau consume Collagen Shaklee rupanya.

Berminat dengan produk Rita Rudaini, bolleh follow Instagram beliau ritarud727, yang berminat dengan produk Shaklee, saya SID anda yang ceria, boleh hubungi saya Lieza 0192432683 atau klik link untuk terus membuat pembelian dengan Shaklee Malaysia.

Insha Allah konsultasi kesihatan, sebelum, semasa dan selepas penggunaan akan diberikan secara percuma.


Testimoni Pengguna Shaklee Collagen


Testimoni 1

Tesyimoni 2

,

Produk Shaklee Menipu Pengguna


Saya antara pengguna dan pengedar yang tertipu dalam penggunaan produk Shaklee. Tetapi tiada apa yang perlu dikesalkan kerana nasi sudah menjadi bubur. Penipuan ini membuat saya bersyukur kerana dipertemukan dengan produk yang sudah bertahan lebih 20 tahun di Malaysia.

Tertipu? Ya tertipu tetapi bersyukur, mungkin pelik bagi mereka yang tidak mengenali Shaklee, tetapi bagi SID Shaklee yang lain pastinya ketawakan saya, pasti menggelarkan saya pengedar Shaklee yang baru tersedar dari mimpi.

Set Penyusuan Shaklee

Saya consume ESP, Alfafa, dan Ostematrix untuk merangsang pengeluaran susu badan disamping menjana kesihatan, demi niat menyusukan anak sehingga umur dua tahun. Alhamdulillah biarpun sudah melebihi usia dua tahun Ariq Zafreel masih menyusu badan, susu masih banyak dan pekat.

Ariq Zafreel Zamri 

Tetapi bukanlah kebergantungan kepada set penyusuan Shaklee sahaja, sebagai ibu perlu memasang niat sewaktu kehamilan untuk menyusukan anak sekurang-kurangnya dua tahun, sentiasa berfikiran positif, berdoa dan perlu mengutamakan pengambilan makanan yang berkhasiat.

Bentuk badan semakin langsing

Ya, kes penipuan ini memang rata-ratanya di akui ramai pengguna tegar  Set penyusuan Shaklee, iaitu badan semakin langsing. Penipuan yang sememangnya wajar disyukuri oleh ibu-ibu yang sukar untuk kurus selepas melahirkan anak. Saya sendiri berjaya menurunkan 14kg dalam masa 6 bulan, dan Alhamdulillah tidak langsung menganggu proses menyusukan Ariq. 

Saya bersama anak yang sulung


Rata-rata sahabat mengakui perubahan ketara saiz badan saya, Alhamdulillah kurus untuk sihat adalah misi utama saya, pujian sahabat-sahabat bukan apa yang saya harapkan. Tetapi saat dipuji senyuman pasti tidak pernah lekang dibibir.

Rahsia Keintiman Wanita

Bukan itu sahaja, Alfafa kan Jamu moden iaitu rahsia keintiman wanita. Sebagai isteri pasti ramai yang memahami maksud saya. Rahsia memikat suami, mudah-mudahan biarpun beranak pinak, masih mantap kan?

Bagi isteri yang mengalami masalah keputihan, payudara dan punggung semakin mengendur, senggugut memang wajib ambil Alfafa. Alhamdulillah serasi bersama saya. Apa yang paling ketara senggugut. 

Siapa kata beranak empat tidak akan mengalami senggugut? Saya masih mengalaminya 6 bulan lepas, tapi Alhamdulillah selepas consume Alfafa saya perasan senggugut hilang, darah haid juga lancar tiada lagi kes haid berekor macam dulu. Palong lama period 7 hari, kalau dulu pernah jejak 11 hari.

Kulit semakin lembap

Lagi satu penipuan yang paling jelas, masalah kulit kusam dan kering saya yang semakin menunjukkan perubahan, tidaklah seanggun Rita Rudaini, tetapi sekurang-kurangnya bukanlah malap tanpa seri.
Jika ingin disenaraikan banyak lagi penipuan dalam setiap Set yang Shaklee tawarkan, tetapi Insha Allah penipuan yang membahagiakan. Jika tidak manakan bisa bertahan lebih 50 tahun di dunia.

Badan Cergas Jarang Demam

Ini perkara yang membuatkan saya semakin hari semakin sayang dengan Shaklee, sebagai ibu  berkerjaya kepada empat cahayamata sementelah suami yang sentiasa perlu bekerja lewat malam, saya perlukan tenaga berpanjangan. Peel anak-anak sukar dijangka, adakalanya sukar di kawal. Maklumlah masih budak-budak.

Tugas seorang ibu



ESP memang banyak membantu, jika sehari tanpa ESP memang terasa lemau dan lemah badan saya. Ostematrix pula memang wajib ambil sebelum tidur, memang tidur nyenyak dan senang bangun di awal pagi, dan alhamdulillah tiada bisa-bisa badan.

Ingin menjadi mangsa seterusnya?


Momen indah bergelar ibu, menyusukan anak


Ibu-ibu yang ingin menjadi mangsa seperti saya klik link ini untuk membeli Set penyusuan Shaklee atau terus berhubung dengan saya Lieza 0192432683.

Konsultasi kesihatan sebelum, semasa dan selepas consume Set ini akan diberikan secara percuma.

SID pilihan anda,

Lieza 0192432683



Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Hari ini terasa ingin memasak asam pedas ikan pari, resepi asal tentunya daripada ibu mertua saya, Puan Tayah. Sebagai orang Melaka sejati, masakan asam pedas ibu mertua memang tiada tandingan, pasti terangkat sesiapa yang menikmatinya.

Menu Wajib Suami

Menu ini sudah tentu menjadi menu wajib suami saya sekurang-kurangnya seminggu sekali, jadi sebagai isteri mithali (huhuhuhu) di awal perkahwinan saya sudah mula belajar cara memasak asam pedas Melaka, almaklumlah asam pedas Kelantan lain versinya.


Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Bahan utama
4 keping ikan pari (jangan besar sangat)
Daun kesum
4 batang bendi ( potong ikut citarasa)
Sebiji tomato (potong 4)
Perahan air asam jawa/ asam keping
Sesudu teh halba
Minyak untuk menumis
Sedikit garam

Bahan-bahan kisar
15 tangkai cili kering
3 cm halia
2 cm kunyit hidup
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (merah)

Cara-caranya
1) Panaskan minyak, masukkan halba biarkan seketika, dan masukkan bahan kisar
2) Tumis bahan kisar hingga wangi, da pecah minyak
3) Masukkan air, bergantung kepada kuantiti kuah yang anda suka, tetapi biasanya saya suka pekatkan kuah
4) Apabila kuah mendidih, masukkan ikan pari, biarkan seketika baru masukkan bendi, diikuti daun kesumn tomato, dan perahan air asam jawa. Jangan lupa garam secukup rasa.

Agak-agak sudah masak, sedia untuk dihidangkan, mudah bukan... jom semua pakat-pakat cuba.
Ikan pari boleh digantikan dengan ikan-ikan lain seperti parang ataupun ikan tenggiri, boleh juga telur ikan. 

Asam pedas daging pun sedap juga, nak-nak yang ada daging yang ada lemak tu. Orang melaka panggil tetel. Uiiit... kolestrol tinggi pulak nanti, takpe Shaklee ada je penebat kolestrol . ;)


Asam Pedas Ikan

SID Shaklee yang ceria - Lieza 0192432683