Home » » Petua Elak Sotong Mengecut Selepas di Masak

Petua Elak Sotong Mengecut Selepas di Masak

Dalam pada mendengar webinar tentang Etika Iklan KKM, sempat sudahkan entry simple ni. Teruja sangat nak share. Baru terbaca dalam facebook pagi tadi tentang sotong.

Sotong merupakan salah satu menu makanan laut yang boleh menggetarkan jiwa, tengah menaip entry ni pun dah terbayangkan kalaulah kita dapat pekena sotong goreng tepung sedap kan. Hihihihi


Okay, perasan tak waktu kat pasar punyalah kita pilih sotong yang segar bugar, teruja sangat nak masak. Tapi biasanya selepas di masak, sotong kita mesti mengecut. Frust sangat kan, tak overcooked pun kecut.

Petua Mudah

Rupa-rupanya ada je petua untuk kita mengelak sotong itu daripada mengecut selepas memasak. Kita rendamkan sotong yang telah dibersihkan terlebih dahulu dalam air bercampur cuka atau perahan limau nipis. Tidak perlu lama-lama, 5 minit dah cukup.



Mudah sangat petua ni, bolehlah kita pakat cuba. Selamat memasak.


P/S : Ada yang alahan makanan laut ke? Boleh baca pengalaman saya yang dulu iaitu salah seorang yang mempunyai masalah alahan makanan laut.

SID yang ceria
Lieza 0192432683

0 comments:

Catat Ulasan