Set Berpantang yang Paling Win di Alam Semesta


Tajuk entry, tak hingat-hiingaat, hihihihi.. dipendekkan cerita, saya ibu kepada lima anak. Lima anak???? Jangan lah terkejut sangat ye, alhamdulillah rezeki untuk saya dikurniakan ramai anak, empat puteri dan seorang putera.Rezeki setiap orang tak sama kan?

Empat anak sebelum ni, saya bersalin secara normal, dan sewaktu berpantang saya menggunakan produk yang berbeza untuk setiap anak. Produk tradisional, yang moden, yang viral, yang meletop di pasaran, saya dah cuba, ada yang tak habis makan pun. Huhuhuhuhu... Nama produk adalah rahsia ye.

Ulasan Peribadi - Setiap produk ada kelebihan masing-masing
Tetapi apa yang saya boleh ulas, persamaan ketara produk yang saya ambil untuk empat anak, antaranya
1) Tidak boleh di ambil terus selepas bersalin (bimbang anak kuning, kembong khusus untuk ibu yang menyusu bayi)
2) Hanya sesuai untuk ibu bersalin normal (Alhamdulillah keempat-empat anak lahir secara normal, kalau yang ditakdirkan czer, rugi je beli kan )
3) Air susu merundum ( yang ni paling sedih, terasa berdosa kat baby, baby macam tidak puas menyusu)
4) Bau yang kurang menyenangkan (ada satu ubat tu, memang saya campak ketanah melalui tingkap, nak muntah baunya)
5) Ada yang mungkin tak sesuai dengan saya, pening kepala jer, bila pening mula stress...stress kan tak elok untuk ibu berpantang (ada yang cakap ubat tradisional ni memang panas sikit - ye ke?)
6) Selepas berurut, barulah susu meluncur laju... tapi tak lama lepas tu merudum balik, tak konsisten.
7) Hanya boleh di makan oleh orang yang memang dalam pantang bersalin, (isshh... dah memang set berpantang kot, memang untuk orang berpantang lah kan.... NO NO NO ada set berpantang ni, tak kira jantina, dan yang tak bersalin pun boleh makan.. nak tahu sila lah baca entry ni sampai abis....)
8) Sembelit - Ya Allah ngilunya bila dikenang-kenang, berjam-jam dalam toilet

Bersalin Melalui Pembedahan (Czer)

Anak yang kelima, ditakdirkan Allah, bayi berkedudukan songsang, jadi terpaksalah czer, bila dah tahu daripada awal akan czer, survey la produk berpantang yang best untuk bersalin czer. Walaupun memang pengedar Shaklee dah time tu, tapi almaklumlah first time czer, tetiba perasaan takut lain macam. Sibuk lah dok search gamat, pati haruan bagai. Tapi last sekali pilih Set Berpantang yang paling win di alam semesta, Shaklee.

Baby ke 5 saya  - Baby Kyra





Kenapa saya suka Set Berpantang Shaklee










 





1) Terus boleh consume sebaik sahaja selepas bersalin tanpa ragu mahupun bimbang, malam pertama kat ward sebelum tidur saya dah ambil 4 biji Ostematrix, alhamdulillah kesan sakit injection epidural tak terasa sangat.
2) Sesuai untuk ibu yang bersalin normal mahupun bersalin melalui pembedahan (czer), vitamin C amat membantu luka cepat kering. Alhamdulillah
3) Air susu dari hari pertama dah start ada, jadi takdelah baby meragam tak cukup susu, tak perlu urut dulu baru susu melimpah
4) Semua vitamin okay bagi saya, kecuali Vitamin B, ada sedikit bau tapi still boleh telan, takde lagi kes buangan melalui tingkap.
5) Alhamdulillah cergas je dalam pantang, bolehlah buat kerja-kerja ringan maklumlah berpantang sendiri
6) Walaupun anak kerap berjaga malam untuk menyusu, tapi saya still tak rasa lemau, mungkin mendapat tidur yang berkualiti.
7) Yang paling penting, berat badan terkawal, ibu menyusu bukan alasan untuk kita membina badan yer.
8) Vitamin C dan Ostematrix, vitamin wajib suami saya, kiranya tiada istilah set berpantang Shaklee untuk orang dalam pantang sahaja... sharing is caring kan...
9) Set berpantang Shaklee juga boleh consume sebagai vitamin asas harian, waktu mengandung, dan juga menyusu, Jadi tiada pembaziran, yang penting makan vitamin secara konsisten.
10) Tiada sembelit - Pagi-pagi membuang dengan lancer

Set Berpantang Shaklee

Set berpantang Shaklee yang asas ada 5 jenis iaitu, Vitamin C, Vitalea, Vitamin B, Ostematrix, dan ESP. Boleh juga ditambah Alfafa, Lecithin dan juga Omega Guard. Saya akan terangkan secara ringkas fungsi setiap produk, supaya kita semua lebih jelas.

1) Vitamin B Complex
  • Vitamin B Complex berfungsi melegakan system saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh system badan
  • Mengelakkan stress dan meroyan
  • Membantu meningkatkan  pembentukan sel darah merah
  • Menukarkan makanan yang di ambil kepada tenaga, menjadikan ibu-ibu lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori makanan tidak tersimpan di dalam badan
  • Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit, menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya kulit makinlembut dan cerah.
  • Pengambilan berterusan akan mengurangkan tanda regangan kulit (stretch marks)



Vitamin B Complex


2) Sustained Release Vita-C Plus
  • Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekata yang bertindak sebagai pencantum dan penyembuh luka
  • Membaik puli sel dan tisu yang rosak
  • Meningkatkan imuniti system pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akanmendapat manfaatnya.
  • Membantu pembentukan kolage, menganjalkan kulit
  • Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit. Pengambilan secara konsisten akan mengurangkan scretch marks dan parut
Sebiji Vitamin C bersamaan 7 biji Oren

3) Vitalea
  • Vitalea sangat penting untuk ibu berpantang
  • Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan tubuh tapi sukar diperlohi semasa berpantang kerana bayank makan yang perlu di elakkan
  • Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral
  • Mengandungi zat besi, elemen yang paling penting untuk penghasilan darah merah untuk mengantikan darah yang hilang semasa bersalin
  • Mengelakkan muka pucat serta tidak bermaya.
Multivitamin - Vitalea Shaklee
 
4) Ostematrix
  • Pengambilan Ostematrix membantu mengatasi masalah sembelit yang sering di alami oleh ibu-ibu dalam pantang
  • Membantu mengatasi masalah kekejangan otot, kebas-kebas, lenguh-lenguh badan
  • Membekalkan ibu keperluan kalsium yang cukup untuk diet harian bagi menghasilan susu ibu dengan lebih cepat dan banyak
  • Menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan dengan sendi dan tulang
  • Mendapatkan tidur yang berkualiti, bangun pagi fresh jer, biarpun bangun malam untuk menyusukan bayi
 
Ostematrix - 4 Biji sebelum tidur 

 
 5) ESP - Soya Non GMO
 
  • Membantu dalam penghasilan dan kelancaran pengeluaran susu kerana ESP membekalkan sumber protein utama dan merupakan milkbooster terbaik dan pemberi tenaga kepada ibu berpantang.
  • Baik untuk pemuliharaan dan pembentukan kulit baru yang lebih cantik
Non GMO ESP
 







Testimoni Pengguna Set Berpantang Shaklee

Jom jengah feedback positif, daripada pengguna set berpantang Shaklee, Inshaallah anda tidak akan pernah menyesal


Say No untuk Sembelit
 
 
 
Badan Cergas - Susu melimpah


Berpantang - Waktu untuk overhauled

Semasa berpantanglah kita orang perempuan nak 'overhauled' badan yang selama ini dah rosak enjin sana sini, lagi-lagi masa mengandung 9 bulan 10 hari tu, macam-macam perubahan kat badan kita ni.

Penjagaan masa pantang amat penting dan sebagai suami perlu aware, isteri perlu dapatkan layanan first class semasa berpantang. Semua tu untuk suami jugak kan. Janganlah berkira dengan insan yang melayakkan anda bergelar seorang 'ayah'.

Nak order? Jom whatsapp 0192432683 Liza, SID yang sedia memberi konsultasi terbaik untuk anda. harga InshaAllah mampu milik. Untuk lebih diskaun terus register ahli. Saya boleh tolong register kan.. semuanya hanya di hujung jari.






 

Petua dan Cara Hilangkan Sakit Rengat Pantang Bersalin

Perkataan "Rengat" mungkin agak asing bagi sesetengah daripada kita, atau mungkin juga ada istilah lain yang digunakan untuk menggambarkan kesakitan yang amat sangat pada bahagian perut ibu-ibu selepas bersalin. 
Aduuiii... mak, sakitnya perut saya, macam nak bersalin lagi sekali ni...

Sakit rengat ketika pantang bersalin agak sukar digambarkan, kerana ramai ibu yang mendakwa ianya lebih sakit daripada contraction ketika mahu bersalin dan lebih hebat daripada senggugut.


Punca Rengat
Rengat dikatakan berpunca daripada darah yang tertinggal di dalam rahim dan tidak habis keluar bersama uri sewaktu proses melahirkan anak. Darah ini dikenali sebagai darah bantal. Darah bantal biasanya berketul-ketul, dan berbeza-beza saiznya.

Rengat biasanya berlaku minggu pertama dan kedua semasa berpantang, sakit rengat menyerang sekejap-sekejap tetapi adakalanya kerap. Setiap kali menyerang perut berasa tegang dan seolah-olah di cucuk-cucuk terutama di bahagian ari-ari.

Tetapi, janganlah risau ye, ada petua dan cara untuk hilangkan sakit rengat waktu dalam pantang bersalin, mudah-mudahan membantu ibu-ibu mengatasinya.

Bertungku 


Cara Merawat Rengat

  • Ibu-ibu digalakkan bertungku seluruh badan sepanjang terutama bahagian perut, belakang badan dan pinggul selama 44 hari di dalam pantang. Sebaik-baiknya dilakukan dua kali sehari, iaitu pada waktu pagi selepas subuh dan pada waktu petang sebelum maghrib. Ini memudahkan proses darah keluar daripada rahim.
  • Boleh juga disapukan minyak urut panas atau minyak berubat, dibahagian perut tetapi mohon berhati-hati, bimbang mengenai bayi terutama sewaktu proses menyusu.
  • Minum air rebusan herba dengan madu lebah
  • Minum air asam jawa bercampur gula merah berserta kunyit hidup yang ditumbuk halus.
  • Ambil ubat tahan sakit yang disarankan doktor.
Saya harap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua ibu-ibu, semoga proses berpantang berjalan dengan baik bersama bayi tersayang.



Masker Pisang Untuk Kulit Cantik

Pisang selain daripada enak di makan begitu sahaja (aiik.. macam iklan roti pulak) rupanya boleh dibuat masker untuk membantu mengurangkan kedutan di muka.

Cara Membuat Masker Pisang


Pisang juga bagus untuk sembelit


Nak buat masker ni bukan susah pun, potong pisang halus-halus dan kisar dengan sedikit air. Lumurkan pada wajah dan biarkan 10 - 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam.

Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk hasil yang lebih baik.

Vitamin C Perangsang Pembetukan Kolagen


Tapi kalau nak hasil lebih tip top dan meletop, telan sebiji Vitamin C setiap hari. Vitamin C berfungsi merangsang kolagen untuk wajah yang lebih tegang, dan bebas garis-garis halus.

Bukan sahaja wajah yang menegang tau..  ;)

Luaskan kuasa Vitamin C



Vitamin C juga membantu kita mendapat kulit yang lebih cerah dan sekata.

Sebiji Vitamin C 500mg hanya 50 sen. 50 sen sehari untuk kekal sihat dan menawan.


Jangan lupa hubungi SID anda yang ceria dan sedia membantu.

Lieza 0192432683

Nak Kulit Cantik Tapi Modal Ciput Part II

Ini kesinambungan post sebelum ini, maklumlah ramai yang whatsapp saya, bagitahu seganlah, susahlah, malulah.

Segan kononnya, kulit dia sendiri kusam macam mana nak promote kat orang Vitamin E tu Vitamin awet muda.

Susahlah, sebab belum kahwin mana pulak nak cerita pasal vitamin E membantu hubungan intim suami isteri.

Malulah bila orang tanya, pernah makan ke? Bila tanya pasal fungsi kesuburan dan kesihatan jantung mula blur nak jawab.

Tuntutlah Ilmu sehingga liang lahad


Menuntut Ilmu Itu Takwa

Hmmm.. betul juga tu, tapi semua itu bukan alasan sebenarnya, segalanya kita boleh belajar melalui pembacaan. Google sahaja tentangVitamin E Shaklee, pasti kita akan jumpa segala isi kandungan tentang Vitamin E.

Walaupun sekadar makan sendiri, ilmu itu penting.  Supaya kita tidak akan mudah tertipu dan terpedaya terutama apabila viral tidak enak tersebar di laman sosial. Dalam masa yang sama dapat menyebarkan ilmu yang kita perolehi.

Elemen USB untuk Bisnes Shaklee

Tapi saya juga setuju, menjadi pengedar kita perlu implemen USB sepertimana MasterNorita terangkan pada saya semasa kelas 3R

Use - Guna dan cinta produk, rasai sendiri kebaikan dan keberkesanannya

Share - Mula berkongsi kebaikannya melalui penulisan dan lisan

Build - Membina empayar bisness yang kukuh

Jadi untuk kulit cantik tapi modal ciput, saya sarankan consume SR Vita-C Plus. Produk ini juga yang membuat saya jatuh cinta dengan Shaklee hingga saat ini. Tak lengkap hidup saya tanpanya, nama pun bercinta kan.

Manfaat SR Vita-C Plus untuk Kecantikan

Sebiji sehari


♡ Merangsang pembentukan kolagen
♡ Mengurangkan garis-garis halus
♡ Kulit lebih cerah sekata
♡ Melambatkan kesan penuaan
♡ Menyekat pembentukan pigmen (punca jeragat)
♡ Membantu menyekat pertumbuhan jerawat, mempercepatkn pemulihan luka jerawat (tabiat suka memicit jerawat)
♡ Kulit lebih lembab dan tidak beruam

Sustained Released Vita-C Plus Murah ?


Kenapa saya kata Sustained Release Vita-C Plus Shaklee ini produk yang sesuai untuk mereka yang nak kulit cantik tapi modal ciput?

Kepentingan Vitamin C


Harganya RM92.50, ooopppss... jangan mengeluh dulu, ianya untuk kegunaan 6 bulan. Kandungan sebotol adalah 180 biji, dan hanya sebiji sehari diperlukan untuk kulit cantik semulajadi.

Untuk pengetahuan kita semua, Vitamin C bukan untuk cantik je tau, tapi amat membantu untuk kekal sihat.


Fungsi lain Vitamin C

♡ Memperbaiki simptom pendarahan - kekurangan Vitamin C penyebab gusi dan hidung berdarah
♡ Meningkatkan sistem imun - membina sel darah merah yang sihat, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Jadi demam, selesema jarang lah nak mendekat.
♡ Memerangi kanser - Anti-oksidan yang berkuasa, meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T cells untuk melawan sel-sel kanser
♡ Memperbaiki insomnia - membaiki kesukaran tidur dan menangani stress
♡ Mengekalkan kolestrol sihat - mampu mengurangkan kolesteol dan tekanan darah. Mengekalkan kapilari darah yang sihat.

Kita hanya berbelanja sekitar RM15.50 sebulan. Jimat kan? Internet bulanan kita pun berganda-ganda daripada tu.

Penting untuk kita menjaga kesihatan

Janganlah terlalu berkira untuk sihat dan cantik. Nanti dah sakit, lagi nampak tua, lagi tak cantik.
Jangan menyesal kalau orang lain makin lawa, kita makin kerepot.


Sekadar hiasan


Kalau tak nak menyesal cepat-cepat whatsapp Lieza 0192432683.  Setiap pembelian disertakan konsultasi kesihatan secara percuma.

Nanti saya ajarkan cara buat masker dengan Sustained Release Vita-C Plus, biar lagi gebu gebas wajah kita. Jangan tunggu lagi, whatsapp saya segera.

SID anda yang ceria Lieza 0192432683

Nak Kulit Cantik Tapi Modal Ciput

Semua orang nak cantik, suka kelihatan cantik, cemburu tengok wajah orang lain gebu gebas, wajah sendiri pula kusam.

Tetapi kekangan bajet, membantutkan semuanya. Maklumlah gaji kita memang sudah diperuntukkan untuk perbelanjaan harian cukup-cukup je. Sedih kan? Tapi.... nak cantik. Macam mana ni?

Jana Pendapatan Tambahan

Mula-mula, cari pendapatan tambahan. Boleh juga mendaftar ahli Shaklee, RM65 seumur hidup. boleh beli supplemen untuk cantik dengan harga murah. diskaun sehingga 25%.

Takde Modal jugak?

Berubah nak cantik atau tak

Daftar ahli percuma, Nak tak?

Bagaimana? Untuk mendapat keahlian percuma, kenalah beli produk melebihi 200UV iaitu anggaran RM650.

RM65 tak mampu, takkan kot RM650 mampu pulak kan? Biar betul. Sabar.. begini, kita carilah customer yang berminat dengan produk Shaklee.Waktu inilah kita boleh menggunakan bakat terpendam berbisness.

Jangan risau, Shaklee sudah bertapak di DUNIA melebihi 50 tahun, jadi bukan produk cap ayam. Produk yang tidak boleh diragui keberkesanan dan keselamatannya. Kalau tak, dah lama BUNGKUS kan?

Contoh produk terbaik sempena promosi Dec 2014 ni, Vitamin E beli 6 percuma 1.
Kita cari 6 orang, yang obsess cantik, atau merancang untuk hamil, atau pasangan yang ingin menyemarakkan hubungan intim suami isteri atau yang mementingkan kesihatan jantung.

Kelebihan Vitamin E 

Kelebihan Vita E Complex Saklee

Banyak betul kelebihan Vitamin E kan, dah dapat 6 orang, collect duit terus whatsapp saya Lieza 019 2432683 untuk register jadi ahli. Untung runcit dapat, sebotol Vitamin E awet muda dapat free, bonus pertengahan bulan pun dapat. Berbaloi kan?

Harga retail sebotol RM149, mengandungi 120 biji, sehari sebiji. Maksudnya sebotol untuk empat bulan. Jimat kan? Ini juga boleh dijadikan point memujuk customer. Beli bulan ni, empat bulan lagi baru beli lagi.

Nak jual produk lain pun boleh, saya akan ajar dan bagi cadangan untuk mencukupkan 200UV, roger je saya bila-bila masa. Insha Allah saya sedia membantu.


Daftar ahli wajib menjual ke?


Siapa kata, tidak termaktub kat mana-mana polisi Shaklee pun kita wajib menjual. Ramai join untuk makan sendiri je.

Tapi kalau nak tambah pendapatan, ramai sifu yang sanggup mengajar dari zero to hero.

Anda akan diserap masuk dalam secret group FB dan whatsapp, pelbagai perkongsian, motivasi, ilmu produk, dan semua ahli di dalam team sentiasa bersedia memberi tunjuk ajar.

Tiada istilah cemburu atau iri hati, kerana masing-masing percaya REZEKI MILIK ALLAH.

Time nilah nak buat duit lebih, kita bergerak sikit pun nak pakai duit, kos sara hidup makin meningkat, belum lagi cerita pasal GST, yang dah kahwin ada anak, mesti dok pikir pasal belanja anak, pendidikan anak-anak. Panjang kata semuanya perlukan DUIT.

Merungut, membentak tidak memberi apa-apa kesan, cari penyelesaian, cari income lebih. Mana tahu anda salah seorang bakal JUTAWAN Shaklee, ramai yang dah berjaya tau.

Anak Dara atau Mak Dara


Testimoni pengguna tetap Vitamin E Shaklee

Jangan tunggu lama-lama, orang lain makin cantik, umur 35 tahun di kata anak dara, kita umur 20 tahun dikata mak dara. Tentu tak nak kan?

Ramai nak kulit cantik macam Jennifer Lopez kan? J-Lo pun consume Vitamin E Shaklee, kalau kita makan Vitamin E Shaklee kiranya setaraf artis antarabangsa lah kita. Dok gitu?

Nak order Vitamin E atau Set Kecantikan Shaklee? Boleh hubungi saya SID anda yang ceria. lieza 0192432683.

Hidup adalah pilihan. Nak atau tak nak. Berjaya atau gagal. Kulit Cantik atau kusam.

Peace No War

Petua Hilangkan Parut Jerawat Untuk Kulit Cantik

Siapa yang suka kalau wajah penuh dengan parut jerawat kan? Ada jerawat pun dah stress apa lagi dengan parut jerawat degil tu, mulalah perasaan rendah diri menebal.

Nak sorok je muka bawah bantal, tapi kalau difikirkan sampai bila kita nak bersembunyi, terperuk di dalam rumah. Kalau yang bekerja, kenalah keluar mencari rezeki kan? Kalau keluar rumah, takkan nak sorok-sorok macam pencuri.

Wajah Idaman - Bebas parut


Jadi, sekarang kita kenalah cari ikhtiar untuk hilangkan parut tu cepat. Kita boleh mencuba beberapa petua di bawah, mana tahu memberi kesan. Lebih baik mencuba melakukan sesuatu daripada terus membiarkan tanpa penyelesaiannya. Setuju tak?

Kalau setuju, teruskan membaca petua untuk hilangkan parut untuk kulit cantik yang saya tulis khas untuk anda semua.

Kulit Kayu Manis dan Madu Lebah

Asah kulit manis dan campurkan madu lebah, tempek pada muka terutama kawasan yang berparut. Lakukan setiap malam, cuci bersih keesokan pagi dengan air suam.


Madu Lebah

Timun

Kisar timun dan tapiskan. Hampas timun tadi tempek pada muka, memang rasa fresh dan sejuk. Kalau guna timun yang baru keluar dari peti ais lagi feel. Biarkan setengah jam, basuh dengan air suam.

Timun

Daun Senduduk

Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur, sengengam beras. Rendam dalam sejam, kemudian giling kesemua bahan hingga lumat. Sapukan pada wajah, dua kali seminggu.

Daun Senduduk


Daun Sirih Muda

Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda, tempelkan pada wajah. Setelah kering, cuci muka dengan air suam. Boleh diamalkan tiga kali seminggu. Pastikan lesung yang diggunakan bukan bekas tumbuk sambal belacan, tak pasal-pasal pijar muka nanti.

Daun Sireh

Madu dan Bedak sejuk

Bedak sejuk memang legend, tak boleh dinafikan. Campur sedikit madu dan bedak sejuk, tempek pada wajah sekurang-kurangnya dua hari sekali.

Bedak Sejuk


Kulit Kayu Manis

Tumbuk kayu manis sehingga lumat, campurkan sedikit air suam. Tempek macam bedak sejuk kat wajah. Jerawat yang nak tumbuh confirm kecut.

Kayu Manis



Vitamin E

Picit sebiji Vita E Complex Shaklee, sapukan pada parut dan jerawat. Basuh muka dengan air suam keesokan pagi nya. Lakukan lebih kerap untuk mendapat hasil yang hebat.

VIta E Complex Shaklee

Untuk hasil yang lebih tip top, consume sebiji sehari Vita E Complex Shaklee. InshaAllah wajah lebih gebu, moist dan cantik berseri. Jerawat pun malu nak singgah.

Pilihan di tangan kita untuk menggunakan cara atau petua yang mana, ikut kesenangan dan kemudahan kita. Janji parut kat muka hilang. Setuju tak?

Testimoni Vita E Complex Shaklee

Parut yang semakin pudar, wajah cantik semulajadi

Harga RM149
Kandungan 120 biji

Untuk hasil yang lebih awesome, anda boleh menggunakan Set Kecantikan Shaklee. Siapa yang tak nak cantik kan?

Sebarang pertanyaan tentang produk, konsultasi kesihatan, dan pembelian anda boleh berhubung dengan saya Lieza 0192432683.  InshaAllah saya sedia membantu.

Jika berminat membeli terus dengan Shaklee Malaysia, klik Link Vita E Complex