Home » » Tugas Suami Ketika Isteri Berpantang Bersalin

Tugas Suami Ketika Isteri Berpantang Bersalin

Episod berpantang sendiri bermula sewaktu saya melahirkan anak kedua, bukan atas faktor ibu atau mertua di kampung tidak sudi menjaga saya di dalam pantang.

Tetapi mungkin lebih kepada tidak mahu menyusahkan ibu dan mertua di kampung. Anak saya juga jenis yang tidak boleh berenggang lama dengan suami, dan kurang rapat dengan nenek kedua belah pihak. Maklumlah perantau. Pernah mencuba berpantang di kampung, baru dua hari dok kat kampung anak dah mula meragam dan akhirnya demam rindu. huhuhuhu


Berpantang Sendiri amat perlu bantuan suami


Pilihan yang ada tentunya berpantang sendiri, pada awalnya memang agak sukar tetapi Alhamdulillah dipermudahkanNya ditambah pula dengan bantuan suami.

Suami perlu memainkan peranan besar bagi memastikan isteri berada di dalam keadaan selesa, tenang dan cukup rehat sepanjang 44 hari berpantang. Sesekali melayan isteri bak puteri apa salahnya kan? Bukan selalu 44 hari jer pun.

Tidak kira isteri berpantang sendiri mahupun di jaga ibu, suami perlu memainkan peranan penting membantu isteri. Waktu-waktu cuti, rajin-rajinkan diri  melakukan sendiri perkara yang saya listkan di bawah. Barulah suami macho kan?

Sarapan untuk isteri


  • Suami perlu bangun lebih awal, jangan sampai isteri yang kejutkan ya... Bangun awal untuk menyediakan air mandian isteri, panaskan heater atau sediakan air rebusan herba. Sekarang mudah sangat nak cari mandian herba, google je. 
  • Isteri tengah mandi tu, suami buatkanlah sarapan yang berkhasiat, untuk pastikan isteri bertenaga sepanjang berpantang
  • Jika ada anak lain, bangunkan mereka, mandikan, pastikan mereka bersarapan. Bila mereka kenyang barulah tak meragam, tidak mengacau ibu mereka. 
  • Jangan lupa uruskan bayi, mandikan, tukar lampin, pakaikan baju. Time ni lah nak melalui sendiri tugas seorang ibu. Lepas 44 hari anda akan sedar tugas seorang ibu bukan mudah.
  • Sediakan keperluan dan kelengkapan isteri dalam pantang (Tukang urut, Supplemen berpantang, kemudahan lain yang sesuai,) jangan last minute yer.
  • Makan tengah hari, makan malam, menu petang jangan di lupa, biasa orang dalam pantang ni memang cepat jer lapar, nak-nak yang menyusukan bayi.


Suami membantu kerja-kerja rumah

  • Membantu kerja-kerja rumah termasuklah membasuh pakaian, mengemas rumah, memasak.
  • Membuat isteri sentiasa dalam mood gembira dan bahagia (orang dalam pantang ni sensitive emosi nya dalam erti kata lain cepat sentap)
  • Pastikan isteri tidur ketika bayi tidur, isteri perlu mendapat rehat yang cukup.


0 comments:

Catat Ulasan