Home » » Kenapa Baby yang Minum Susu Ibu Kerap Bangun Malam?

Kenapa Baby yang Minum Susu Ibu Kerap Bangun Malam?


Ramai ibu-ibu terutamanya yang masih di dalam dalam pantang mengeluh kerana baby mereka kerap bangun malam untuk menyusu. Ibu-ibu ni rasa penat, mengantuk & stress sebab tak cukup tidur. 

Mereka mula dihantui perasaan cemburu apabila kawan-kawan yang memberi bayi mereka susu formula memberitahu anak mereka jarang bangun mala, kebanyakannya tidur nyenyak sampai ke pagi. Ibu-ibu yang breastfeed ni mula lah rasa nak "give up" dan mula rasa nak bagi susu formula je.


Susu ibu lebih mudah di hadam
 

Kita sebagai ibu kena faham, kenapa baby minum susu ibu kerap bangun malam. Sebenarnya susu ibu sangat mudah dihadam berbanding susu formula. Ianya normal sekiranya setiap dua jam baby akan bangun untuk minum susu. Bagi yang tidak tahu mesti ingat baby sentiasa lapar sebab susu tak cukup, sebab tu asyik nak menyusu. Bukan sebab susu tak cukup ye sayang-sayang semua.

Stress Kurang Tidur


Sebelum berfikir-fikir, nak tukar bagi susu formula kat baby, sebab nak tidur nyenyak tu, jom baca dulu sebahagian daripada khasiat penyusuan susu ibu, bukan bagus kepada bayi sahaja, tetapi memberi impak kepada ibu juga.
 
 

Khasiat Susu Ibu Kepada Bayi
  • Sistem Imun Bayi sangat baik berikutan kandungan susu ibu yang mempunyai banyak antibodi & vaksin yang baik untuk bayi. Mengurangkan risiko kanser pada zaman kanak-kanaknya.
  • Bayi kurang mendapat alahan pada kulitnya
  • Kanak-kanak yang minum susu ibu kurang mendapat penyakit otot
  • Bayi tidak mudah mendapat jangkitan pada saluran kencing
  • Penglihatannya lebih tajam
  • Kurang mendapat jangkitan telinga
  • Bayi yang menyusui susu ibu kurang mendapat jangkitan pernafasan, kurang nafas berbunyi, kurang selsema dan kurang pneumonia.
  • IQ bayi lebih tinggi

Momen terindah sebagai ibu - menyusui bayi sendiri

Kelebihan Ibu Menyusu
  • Hormon prolaktin dan oksitosin dirembeskan membuat ibu berasa tenang dan boleh mengurangkan tekanan.
  • Risiko rendah untuk mendapat kanser payudara
  • Hormon oksitosin yang dirembeskan boleh mempercepatkan pengecutan rahim dan rahim boleh cepat kembali kepada bentuk asal.
  • Risiko lebih rendah untuk mendapat kanser ovari dan kanser rahim
  • Lemak terkumpul dalam badan semasa mengandung dapat dibakar dengan penghasilan susu. Ibu cepat kembali ke bentuk tubuh asal.
Berfikir sebaiknya sebelum memberi susu formula

    Janganlah asyik mengeluh kalau asyik kena bangun malam. Besar ganjarannya untuk ibu-ibu yang bersengkang mata untuk bagi anak susu malam-malam. Jadi jom kita kumpul saham akhirat dengan bersengkang mata di malam hari. Semua ibu pasti inginkan bayi mereka membesar dengan sihat di bantu oleh susu ibu yang memang tidak boleh di sangkal khasiat nya. Pemilihan set berpantang yang baik juga membantu ibu-ibu menangani stress, mendapatkan tidur yang berkualiti, dan menghasilkan susu yang meriah.




0 comments:

Catat Ulasan