Home » » Apa itu Gout dan Petua untuk Menangani Gout

Apa itu Gout dan Petua untuk Menangani Gout

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia . Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.
Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang di akibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.
Kaki membengkak
Apa itu Asid Urik?
Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.
Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi . Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang ( kidney failure ).




Asid Urik Kristal
Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.
  
Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.
Rawatan
Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, ianya hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh.



Rawatan Doktor

Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkat selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebenarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout.
Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout..
Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.

Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh.



Diet yang dicadangkan untuk Pesakit Gout
1) Minum banyak air masak - Air amat membantu dalam proses penyingkiran asid urik di dalam 
    badan
Air masak
2) Turunkan berat badan - Obesiti adalah salah satu punca Gout, turunkan berat badan kita secara
     berperingkat. Elakkan penurunan secara mendadak boleh meningkatkan kadar asid urik di dalam
     badan.
3) Elakkan makanan tinggi purin - seperti organ dalaman haiwan (hati, limpa, dll), ikan bilis,
    sardin, ikan tenggiri dan daging merah.
4) Elakkan pengambilan alcohol - pengambilan alcohol berlebihan akan menyebabkan
    pengumpulan asid laktik yang akan menghalang fungsi buah pinggan untuk menyingkirkan asid
    urik.
Makanan rendah Purin
  • Roti Putih
  • Oat / bijirin
  • Buah & Jus Buahan
  • Susu
  • Rempah ratus


Jus delima


Petua yang mungkin boleh diamalkan oleh pesakit Gout bagi mengurangkan rasa sakit
1) Petua pertama
  • Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya.
  • Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit.
  • Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit.
  • Amalkan setiap hari.

2) Petua kedua



Betik Muda

  • Ambil buah betik yang masih hijau atau sederhana muda. Potong bahagian atas tapi bahagian yang dipotong jangan di buang ya. Jangan buang biji betik.
  • Dapatkan tea. Tidak kira apa jenama tea asalkan ia memang daun tea. Tea 3 in 1 tidak boleh di pakai. Masukkan tea ke dalam betik yang dipotong tadi.
  • Jerang air sehingga mendidih. Ok, air sudah mendidih, tuangkan ke dalam buah betik macam tuang air panas ke dalam gelas semasa buat tea-o.
  • Selepas tuangkan air dalam buah betik, tutup semula betik dengan bahagian yang di potong tadi. Tunggu sehingga suam atau rasa-rasa boleh diminum.

3) Petua Ketiga
  • Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.


4) Petua Keempat

Anak Pokok Durian

  • Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali.
  • Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung).
  • Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan.

Supplemen yang boleh membantu merendahkan asid urik penyebab Gout


Vivix vs Gout





Testimoni Pengguna Vivix untuk kesembuhan Gout



Tongkat buang jauh

Sujud syukur - Gout Hilang


Cara Penggunaan Vivix
    Sesudu sehari setiap pagi, nikmati rasa blackcurrant yang sedap.

    
    Sesudu kecil sehari



    Bagaimana nak dapatkan Vivix

    Hubungi Liza 0192432683 atau anda boleh terus membuat pembelian dengan Shaklee2u. Klik Vivix.

    
    Grab penjimatan sehingga RM200
     

0 comments:

Catat Ulasan