Home » » Pantang Larang Wajib Patuh Selepas Bersalin, Elak Bentan dan Tumpah Darah

Pantang Larang Wajib Patuh Selepas Bersalin, Elak Bentan dan Tumpah Darah

Zaman semakin maju, di mana segalanya di hujung jari, semakin ramai yang mempertikaikan sejauh mana relevan bepantang 44 hari selepas bersalin . Sesetengah daripada kita,  belum menginjak sebulan berpantang sudah mula keluar shopping. Alasan normal, bosan takde buat apa kat rumah, ada juga yang memberi alasan saya memang tak pantang sangat, dah sihat dah, luka pun dah baik.

Hmmmm... saya susah nak komen, pendapat masing-masing, tapi kalau kita bertanya pada yang lebih tua, mungkin nenek atau ibu kita, confirm dia akan cakap "sekarang tak rasa lagi, tunggulah sikit hari lagi, bisa-bisa badan, lenguh sana lenguh sini" " Pantang larang wajib ikut nak elak bentan, tumpah darah, meroyan, badan tu bukan nak pakai sehari dua"


bayi comel


Normal kan kena bebel, biasanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bak kata nenek saya, "benda belum jadi, dah jadi jangan cakap nenek tak pesan"  Huhuhuhu sebelum menyesal, tak salahkan kita korbankan 44 hari untuk memanjakan diri, mendapat rehat yang cukup setelah bertarung nyawa melahirkan buah cinta kita dan suami. Betul tak?

Bagi ibu-ibu yang bakal menimang cahaya mata, saya rasa cuba-cuba lah patuh pada pantang larang selepas bersalin yang saya copy paste melalui pembacaan saya baru-baru ini. Harapan saya semoga ia menjadi panduan bersama, jangan abaikan kesihatan kita, dan yang penting jangan jadi macam saya yer, langgar pantang, dan akhirnya merasa pengalaman Bentan. Huhuhuhuhu.
 
Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.
Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasuki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah.

Wajib pakai stoking  - 44 Hari
 
Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.
Mandi Duduk Di Bangku

Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.
Rapatkan Kaki Bila Tidur

Jika tidur hendaklah merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.



Cara tidur yang salah
 
Jangan Terlalu Aktif

Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.
Jangan Makan Ubi-Ubian

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.
Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.
Jangan Tidur Waktu Senja

Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.
Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca

Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.
Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja

Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.
Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk

Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.
Pantang 100 Hari

Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.

Suami wajib tahu - 100 hari
 
Cara Mandi
  • Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.
  • Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih, bagi menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.
  • Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.
Cara Berbaring / Tidur

Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.


Dilarang tidur terlentang






 
Jemput baca pengalaman saya berpantang menggunakan Set Berpantang Paling Win. Terima Kasih
 
 SID anda Lieza 0192432683

0 comments:

Catat Ulasan