Gadis tersebut memakai penutup muka (facemask). Aku tertanya-tanya. Biasanya pesakit Tuberculosis yang diminta memakai facemask kerana penyakit tersebut mudah berjangkit. Atau pesakit kanser yang sedang menjalani kimoterapi kerana mereka mudah dijangkiti kuman.
Tetapi, apa yang membuatkan gadis 20-an ini datang ke klinik pada petang ini?
"Maaflah doktor, saya malu sebenarnya." ujarnya lemah. Tangannya perlahan menurunkan facemask yang dipakai.
Angkara Produk di beli di Pasar Malam |
Maka terpampanglah wajah gadis ini. Kulitnya menggelupas. Nanah kering sebesar syiling 50 sen bertompok-tompok di pipinya. Masih ada bahagian kulit mukanya yang kemerahan. Berlendir. Ada yang baru hendak naik bintik, persis jerawat. Tapi bukan jerawat.
"Produk apa, yang cik pakai?" soalku spontan. Sekali pandang aku sudah mengetahui, pasti ada penyebabnya. Ini bukan kali pertama aku menjumpai kes sebegini.
"********", jawabnya ringkas. Aku mengangkat kening. Baru pagi tadi aku membaca kenyataan media terbaru dari Datuk Ketua Pengarah Kesihatan.
Aku mengeluarkan telefonku dan aku membuka website KPK. Aku tunjukkan kepadanya gambar produk berkenaan.
Beli Produk di Pasar Malam
https://kpkesihatan.com/2017/04/11/kenyataan-akhbar-kpk-11-april-2017-produk-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/
"Yang ini ke, cik?"
"Ya, kedua-duanya!"
"Ya, kedua-duanya!"
Aku bertanya lebih lanjut beberapa soalan kepadanya. Sudah berapa lama guna. Di mana dia membelinya.
"Dah dekat dua minggu guna. Beli di pasar malam."
"Saya ada jumpa penjual tersebut semalam. Penjual tu kata muka saya jadi begini kerana badan mengeluarkan toksik sebab sebelum ini banyak pakai pencuci muka yang ada bahan kimia."
"Healing crisis?" aku bertanya.
"Ya, betul doktor, itu yang dia bagitahu. Betul ke?"
"Cik, ini bukan healing crisis. Tidak ada apa yang disebutkan sebagai healing crisis. Sebaliknya ini adalah kesan penggunaan bahan terlarang didalam produk tersebut." aku menjelaskan.
Tampak hiba di wajahnya.
"Cik, sudah berkahwin?" aku bertanya lagi. Beliau tersenyum-senyum sengih. Mungkin ingat aku cuba mengoratnya. Lantas menggelengkan kepala.
"Maaflah kerana bertanya. Maksudnya cik bukannya pregnant atau sedang cuba pregnant lah kan?" aku sengaja bertanya lagi. Kerana aku perlukan kepastian.
"Eh mestilah tak. Kenapa, doktor?" gadis itu pun cuba mendapatkan penjelasan.
"Bukan apa, cik. Kerana dalam salah satu produk tersebut, pihak KKM mengesahkan ada bahan bernama tretinoin."
Bundar mata beliau mendengar aku menyebut nama bahan kimia tersebut.
Tretinoin - Boleh menyebabkan keguguran bayi dalam kandungan
"Tretinoin, adalah sejenis bahan yang digunakan untuk merawat jerawat. Tetapi, ianya sangat kuat. Kuat dari segi kata, kesan sampingannya.
Kesan sampingan yang saya maksudkan, adalah jika seseorang itu mengandung sama ada sedar atau tidak, khususnya pada trimester pertama, janin beliau berisiko untuk mengalami kecacatan!"
Wajah gadis tersebut berubah pucat.
"Kesan tretinoin yang cukup kuat ini, menyebabkan ubat ini biasanya hanya dipreskripsi oleh doktor pakar kulit.
Saya sendiri tidak dibenarkan memberi ubat ini kepada pesakit, kerana saya bukan pakar kulit.
Dan pakar kulit sendiri pun, apabila beliau mahu memulakan rawatan dengan ubat ini, pesakit perlu menandatangi persetujuan (consent) bahawa sekiranya ditakdirkan pesakit mengandung ketika menjalani rawatan tretinoin, dan berlaku kecacatan kepada janinnya, doktor pakar kulit ini tidak akan dipertanggungjawabkan. Maksudnya pesakit bertanggungjawab mengambil langkah-langkah pencegahan kehamilan sepanjang menjalani rawatan dengan ubat ini!"
Gadis tersebut menunduk. Terdengar perlahan dia menyebut..
"Astaghfirullah....
Sebenarnya doktor...kakak saya pun ada menggunakan produk ini juga. Tapi dia tidak mengalami masalah kulit seperti yang berlaku kepada saya. Kakak saya tersebut, sedang mengandung anak sulung, baru dua bulan!"
Aku menarik nafas panjang.
"Saya sarankan cik nasihatkan kakak cik untuk berhenti menggunakan produk ini, dan maklumkan perkara tersebut kepada doktor klinik tempat beliau check up. Dikhuatiri beliau perlu menjalani scan yang terperinci (detailed scan) untuk mengenalpasti adakah ada masalah pada janin beliau."
Mata gadis tersebut bergenang.
"Kenapa produk dengan bahan berbahaya sebegini dijual di pasar-pasar malam, doktor..." tanyanya. Aku pula yang serba salah. Namun aku menjawab dengan tuntas,
"Kerana ada orang yang membelinya."
Tindakan kepada pengeluar produk timbang kilo
"Awak, taknak ambil apa-apa tindakan ke kepada syarikat produk ini? Bukti sudah ada." aku cuba menghasutnya.
Beliau hanya mendiamkan diri seketika, sebelum berkata - "Tak apalah, doktor, benda dah jadi, saya taknak tutup periuk nasi orang."
Maka aku pun menjawab dengan senyuman,
"Kes sebegini, kalau jadi di hospital-hospital kerajaan, berduyun-duyunlah orang akan memarahi doktor dan hospital. Viral di media sosial, katanya doktor cuai memberikan ubat. Silap haribulan kena saman berjuta-juta. Tapi yelah. Itu kalau berlaku di hospital kerajaan."
Sengaja aku cuba "membakar" beliau.
Tapi sejujurnya, memang aku sudah bosan dengan produk-produk sebegini yang melambak di pasaran. Produk-produk yang mengandungi bahan terkawal dan berbahaya, namun dijual secara berleluasa. Dengan testimoni-testimoni yang indah-indah, "babi pun boleh terbang". Kanser pun boleh sembuh. Kencing Manis pun jadi tawar.
Padahal mengandungi bahan seperti steroid, yang penggunaan secara kronik dan tidak terkawal dosnya menyebabkan kerosakan buah pinggang. Akhirnya datang ke hospital juga, dan kami juga yang perlu merawat pesakit-pesakit yang menjadi mangsa kepada kapitalis tidak beretika seperti ini.
Aku menghabiskan sesi pada petang ini dengan menerangkan rawatan yang aku berikan kepada gadis tersebut. Aku meminta izin untuk mengambil gambar mukanya untuk tujuan laporan advers dan aku berjanji akan melindungi identitinya.
Gambar yang dipaparkan ini, bukan gambar gadis tersebut. Ianya hasil dari carian google, namun inilah yang berlaku pada wajah gadis itu.
Dan aku harap masyarakat lebih bijak mengetahui bahawa nombor notifikasi, bukanlah nombor kelulusan.
Dan sijil paten harta intelek, bukanlah sijil "KKM Approval".
Dr. Mohd Syamirulah Rahim
11 April 2017
http://fb.com/dr.syamirul
11 April 2017
http://fb.com/dr.syamirul
TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR , TERLAJAK PERBUATAN........
Adat wanita, nak cantik,nak gebu gebas, nak flawless dalam masa yang cepat dan pantas. Dapat pulak testimoni-testimoni hebat-hebat dari pengguna lain, mulalah tak senang hati. Perasaan nak cantik macam si polan-polan,, membuak-buak, nak-nak dapat harga yang memang murah, senang beli.
NO.. NO.. please jangan cepat terpedaya, beli produk yang benar-benar berkualiti, ada landmark study, google dulu info yang tepat pasal produk tu. Bimbang kita terjerumus dengan produk #timbangkilo. Elok nak muka gebu gebas, dah lain jadinya.
Dan... jangan lupa kesihatan kita pun terjejas angkara produk-produk #timbangkilo, ada yang menjadi penyumbang utama kanser kulit.
Saranan untuk mereka yang ada masalah jerawat bernanah >>> VIVIX SHAKLEE.
Kenapa Vivix?
- Punca utama jerawat adalah kerosakan sel badan akibat toksin dan pencemaran persekitaran. Kerosakan sel badan iaitu sel yang tidak sihat akan menyebabkan kulit kita pun mengalami kerosakan. Di sini lah Vivix memainkan peranan, memulihkan akar umbi jerawat iaitu membaiki sel badan yang rosak.
- Menurut Dr. Bowe, seorang pakar kulit dari New York, tahap antioksidan yang rendah selalu ditemui pada wanita yang menghadapi masalah jerawat .Jadi Vivix yang mempunyai tahap antioksidan tinggi dan berkualiti , akan menghalang punca jerawat.
- Satu kajian klinikal sudah dibuat untuk membandingkan tahap perlindungan sel diantara Resveratrol ( ramuan dalam Vivix), vitamin E dan vitamin C.
- Keputusannya, Resveratrol mampu melindungi kerosakan sel setinggi 95%. Diikuti dengan vitamin E 65% dan vitamin C 37%.
- Kajian ada menunjukkan bahawa, pengambilan resveratrol dapat mencegah jerawat dari tumbuh kembali.
Takkan nak biarkan jerawat yang teruk menghilangkan keyakinan diri, sehingga malu nak keluar rumah? Bimbang di kutuk dan di hina orang? Terus bersembunyi atau mencari ikhtiar dengan product yang tiada bahan kimia seperti merkuri?
Kalau menggunakan produk #timbangkilo muka pun boleh hilang tau. makin teruk, sel kulit menipis. Takut nanti dapat kanser kulit pulak.
TESTIMONI KULIT KEMBALI LICIN SELEPAS MENDERITA JERAWAT BERNANAH
Alhamdulillah - semakin cantik dan jerawat bernanah semakin pulih |
Bagaimana ingin mendapatkan Vivix?
Cara 1 >>> Anda boleh terus klik ke Vivix ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan khidmat Citylink atau Gdex ke alamat yang anda berikan. Penghantaran mengambil masa 2 - 4 hari.
Cara 1 >>> Anda boleh terus klik ke Vivix ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan khidmat Citylink atau Gdex ke alamat yang anda berikan. Penghantaran mengambil masa 2 - 4 hari.
Cara 2 >>> Hubungi saya Liza 0192432683 untuk mendapatkan konsultasi set kesihatan mana yang paling tepat untuk anda berserta konsultasi cara pengambilan yang betul dan tips-tips kesihatan lain apabila membuat pembelian dengan saya.
Assalammualaikum .
BalasPadamBetul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)
Jerawat yang kronik dan serius boleh mengurangkan keyakinan diri kita.Baca Tips Mengatasi Masalah Jerawat Berdasarkan Pengalaman Penulis Ini Sendiri. .Jangan risau, tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Kuncinya ialah sabar dan konsisten .