Home » » Baru Ku Tahu Seksanya Bentan, Padah Langgar Pantang Bersalin

Baru Ku Tahu Seksanya Bentan, Padah Langgar Pantang Bersalin

Ramai yang mungkin biasa mendengar perkataan bentan. Bentan dan Rengat, adalah dua perkara yang berbeza. Bentan lebih kepada demam urat, ianya terjadi disebabkan ibu tidak menjaga pantang dengan baik. Maksudnya di sini, mungkin ibu banyak bergerak, kurang rehat, mandi air sejuk atau boleh juga disebabkan oleh pemakanan.

Apa itu Bentan?

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, sebelum ini selalu dengar orang-orang tua berpesan, "jaga pantang tu, nanti bentan". Seperti biasa kita hanya mengiyakan. Tiada siapa yang boleh jelaskan apa sebenarnya bentan ketika pantang bersalin , sakitnya macam mana, sehingga kita sendiri mengalaminya. Sebelum saya menceritakan pengalaman saya, saya terangkan dulu jenis-jenis bentan.

Terdapat tiga jenis bentan

1) Bentan Urat
  • Badan ibu tiba-tiba lemah, demam serta biasa-biasa urat dan setiap sendi badan. Lutut menggigil kesejukan meskipun waktu tengahari, seluruh otot badan menjadi tegang dan kejang.
  • Punca - ibu terlalu aktif bergerak
  • Rawatan - sapukan minyak urut di badan dan urutan perlahan
2) Bentan Urat Peranakan / Urat Rahim
  • Kesakitan di bahagian ari-ari sehingga boleh menyebabkan kejadian tumpah darah. Kesakitan melampau boleh menyebabkan ibu tidak dapat meluruskan kaki beliau.
  • Punca - Ibu mengangkat barang-barang berat
  • Rawatan - Ibu digalakkan baring di lantai tanpa alas bantal, alas punggung dengan 2 biji bantal atau sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran darah
3) Bentan Urat Besar (Pinggang)
  • Urat besar ialah urat buluh Rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh dan sakit di bahagian belakang (tongkeng), pinggang dan tumit kaki.
  • Punca - tidak dapat dikenalpasti, tetapi biasanya berlaku kepada ibu yang bersalin melalui pembedahan
  • Rawatan - Rehat dan kurangkan bergerak.

Mengigil kesejukan

Pengalaman Sendiri

Ditakdirkan Allah saya mengalami bentan sewaktu berpantang anak yang ketiga. Saya akui pada hari kejadian saya agak banyak bergerak, almaklumlah berpantang sendiri, anak yang pertama baru berusia lima tahun dan yang kedua baru berusia 3 tahun. Hari tu anak-anak membuat perangai yang "baik" sangat, maklumlah budak-budak tengah membesar, sepahkan rumah, tumpahkan air, bergaduh, dan macam-macam lagi.

Padahnya pada waktu malam lebih kurang pukul 9 malam, anak-anak semua tidur awal, dah puas melasak agaknya siang hari... kepenatan. Tiba-tiba saya berasa sejuk yang amat sangat, bulu roma tegak berdiri sehingga menampakkan liang roma serta menggigil hingga badan pun bergoyang. Mulut terketar-ketar, hingga tidak mampu bersuara. Baru ku tahu seksanya bentan padah yang terpaksa saya terima kerana melanggar pantang bersalin.

Sejuk tu bukan sejuk biasa, kesejukan bagai menusuk sehingga tulang sum-sum, sehingga dua helai toto, tak mampu  meredakan kesejukan. Walaupun dalaman sejuk yang maha hebat, tetapi luaran kepanasan sehingga berpeluh-peluh. Azabnya lah rasa saat tu. Ya, Allah mohon dijauhkan bentan ni, seksa sungguh walau pun bukan untuk tempoh yang lama.


Kesan Bentan
Betul, bentan akan baik sendiri. Tapi meninggalkan kesan yang lama seperti lenguh dan sakit seluruh badan. Berpantang sendiri bukan perkara mudah. Paham sangat dah resmi seorang sebagai ibu dan isteri, kita dah terbiasa melakukan kerja rumah, hingga terbawa-bawa di waktu pantang. Apabila banyak berehat terasa lemau lain macam dan ada je yang tak kena di mata kita.


Penjagaan emosi amat penting semasa pantang



Cara Mengatasi

Kita memang digalakkan bergerak, buat kerja-kerja ringan tetapi jangan lah seaktif biasa. Bersalin kan banyak urat-urat yang dah putus, darah pun dah banyak hilang. Situasi takkan sama. Jadi ibu-ibu semua, walaupun zaman dah semakin maju dan canggih, please jaga diri dalam pantang. Badan kita ni nak pakai lama.

Selain membataskan pergerakan, pastikan ibu-ibu menjaga pemakanan, ambil supplemen untuk cukupkan nurtrien dalam badan, amalkan bertungku dan bertangas, berurut, sebaik-baiknya mandi air suam atau rebusan herba sepanjang 44 hari berpantang, kawal emosi, dan pastikan mendapat rehat yang cukup. Jangan dok berjaga malam layan whatsapp grup atau Facebook yer. hihihihihi




SID anda Liza 0192432683




1 comments:

  1. Perkhidmatan urut tradisional
    untuk wanita dan ibu bersalin
    area sentul dan seluruh kawasan kuala lumpur.
    hubungi 013-2096836.

    BalasPadam