Home » » Petua dan Cara Hilangkan Sakit Rengat Pantang Bersalin

Petua dan Cara Hilangkan Sakit Rengat Pantang Bersalin

Perkataan "Rengat" mungkin agak asing bagi sesetengah daripada kita, atau mungkin juga ada istilah lain yang digunakan untuk menggambarkan kesakitan yang amat sangat pada bahagian perut ibu-ibu selepas bersalin. 
Aduuiii... mak, sakitnya perut saya, macam nak bersalin lagi sekali ni...

Sakit rengat ketika pantang bersalin agak sukar digambarkan, kerana ramai ibu yang mendakwa ianya lebih sakit daripada contraction ketika mahu bersalin dan lebih hebat daripada senggugut.


Punca Rengat
Rengat dikatakan berpunca daripada darah yang tertinggal di dalam rahim dan tidak habis keluar bersama uri sewaktu proses melahirkan anak. Darah ini dikenali sebagai darah bantal. Darah bantal biasanya berketul-ketul, dan berbeza-beza saiznya.

Rengat biasanya berlaku minggu pertama dan kedua semasa berpantang, sakit rengat menyerang sekejap-sekejap tetapi adakalanya kerap. Setiap kali menyerang perut berasa tegang dan seolah-olah di cucuk-cucuk terutama di bahagian ari-ari.

Tetapi, janganlah risau ye, ada petua dan cara untuk hilangkan sakit rengat waktu dalam pantang bersalin, mudah-mudahan membantu ibu-ibu mengatasinya.

Bertungku 


Cara Merawat Rengat

  • Ibu-ibu digalakkan bertungku seluruh badan sepanjang terutama bahagian perut, belakang badan dan pinggul selama 44 hari di dalam pantang. Sebaik-baiknya dilakukan dua kali sehari, iaitu pada waktu pagi selepas subuh dan pada waktu petang sebelum maghrib. Ini memudahkan proses darah keluar daripada rahim.
  • Boleh juga disapukan minyak urut panas atau minyak berubat, dibahagian perut tetapi mohon berhati-hati, bimbang mengenai bayi terutama sewaktu proses menyusu.
  • Minum air rebusan herba dengan madu lebah
  • Minum air asam jawa bercampur gula merah berserta kunyit hidup yang ditumbuk halus.
  • Ambil ubat tahan sakit yang disarankan doktor.
Saya harap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua ibu-ibu, semoga proses berpantang berjalan dengan baik bersama bayi tersayang.



0 comments:

Catat Ulasan