Home » , » Tips Elak Suami Curang

Tips Elak Suami Curang

Curang atau istilah biasa yang digunakan 'main kayu tiga'. Lelaki amat sinonim dengan pernyataan " life begin at forty". Sejauh mana kebenaran pernyataan ini, hanya kaum lelaki mampu menjawabnya.

Ramai yang berpendapat pada usia 40 tahun lelaki yang bergelar suami mula memasang niat untuk menambah isteri, sementelah ekonomi mula kukuh serta mempunyai kerjaya yang stabil.

Kacak biapun berusia


Pasti para isteri tidak senang duduk, berapa peratus wanita yang sanggup dimadukan biarpun dijanjikan payung emas di akhirat kelak?

Jika tanya pada saya, saya antara isteri yang tidak sanggup dimadukan. Untuk para isteri yang sama seperti saya yang tidak rela dimadukan, sama-sama praktikkan tips yang saya olah daripada pembacaan saya. Mudah-mudahan menjadi panduan bersama. InshaAllah.



Tindakan untuk membendung suami curang


  • Layan suami seperti biasa, hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan kerana ia membangkitkan semangat dan suami berasa dihargai. Buktikan dengan perbuatan, layanan yang optimum terutama di bilik tidur.
  • Wanita apabila menginjak usia 40 tahun mula akan dingin seks,mungkin faktor anak ramai dan kesibukan di tempat kerja dan kepenatan menguruskan rumahtangga menjadi pasif. Jangan jadikan usia sebagai sempadan berbicara soal seks.
  • Wanita yang berusia sekiranya menjaga penampilan diri, dan bijak mendandan diri pastinya suami tidak akan menjeling wanita lain. Pengabaian penampilan diri boleh menjadi punca suami mula jemu, dan menghabiskan masa di luar rumah bersama kawan-kawan.
  • Sambut suami dengan senyuman manis dan layanan manja (jangan over nanti di kata buang tebiat), dan sembur haruman bagi membangkitkan semangat.
  • Etika bilik tidur turut perlu diutamakan, tempat tidur perlu  kemas dan teratur. Haruman romantis memenuhi ruang kamar untuk mengembalikan mood zaman muda-muda.




Semoga panduan yang saya olah daripada pembacaan saya ini dapat memberi manfaat kepada wanita yang bergelar isteri demi untuk kebahagiaan mahligai yang dibina.



Bukan niat saya untuk menidakkan poligami yang dibenarkan di dalam Islam, tetapi jika poligami mengundang penceraian, pengabaian anak-anak, permusuhan, adalah lebih baik kita menbendungnya dari awal.


Tetapi dalam pada itu, jangan dilupa memanjatkan doa kepada yang maha Esa, sesungguhnya hanya Dia sebaik-baik perancang.







0 comments:

Catat Ulasan