Soalan UPSR 2014 Bocor

Lain macam sungguh debaran saya tahun ini, maklumlah anak sulung saya, Hawa Nazila Irdina (kakak) salah seorang calon yang menduduki UPSR 2014.



Betapa saya kagum, dengan semangat beliau mengulangkaji pelajaran, menghadiri tuisyen, serta mengikuti kelas tambahan sepanjang tahun ini tanpa keluhan. Kata-kata semangat dan doa sentiasa saya panjatkan agar beliau mendapat kejayaan yang setimpal dengan hasil usaha beliau.

Hari pertama UPSR, sewaktu menghantar beliau ke sekolah, airmata saya bergenang saat dia menyalami tangan dan mencium pipi saya sambil mengungkapkan kata
 "Ibu, doakan kakak tau".

Terus saya memeluk beliau, airmata yang bertakung mula mengalir deras,
"Ibu sentiasa doakan kakak, kakak buat yang terbaik, apa pun keputusan kakak, ibu tetap bangga dengan kakak".



Dahinya saya kucup, langkah kakinya saya iringi dengan doa, semoga beliau tenang menjawab semua soalan.

Semalam, saat membaca perkongsian sahabat-sahabat di laman sosial kebocoran Soalan Sains UPSR 2014, saya mula tidak sedap hati. Sementelah berita menyiarkan peperiksaan sains yang sepatutnya 11 Sept akan ditunda kepada 30 Sept 2014.



Saya melihat reaksi dan merenung mata kakak, ternyata beliau amat kecewa tetapi tidak meluahkan dengan kata-kata.

Hari ini 11 Sept, sewaktu menghantarnya ke sekolah, beliau mula meluah rasa.
"Ingatkan hari ini dah boleh merdeka, lambat lagi la nampaknya"

Mungkin beliau belum tahu untuk meluah apa yang terbuku, tetapi sebagai ibu saya sedar emosi beliau sedikit terganggu, dan sebagai ibu saya juga turut terkilan dengan kes ini.

Dan petang ini sekali lagi, hati seorang ibu terusik dengan Viral laman sosial, soalan matematik dan bahasa Inggeris turut bocor, dan mungkin akan diulang semula. Dugaan apakah ini?



Bagaimana ingin saya terangkan kepada jiwa kecil saya itu nanti?

Cara apakah yang paling sesuai untuk saya mendekati emosi beliau yang tercalar?

Saya amat berharap kes kebocoran ini diselesaikan segera, saya paham semua guru, ibu bapa ingin melihat kejayaan anak-anak mereka biarpun hanya sekadar UPSR. Tetapi kejayaan melalui penipuan sebegini bukan kami sebagai ibu bapa mahupun guru harapkan.



Ini melibatkan masa depan generasi pewaris negara yang kita cintai, Malaysia.

Maaf, jika nukilan ini mengguris hati sesiapa yang membacanya.

Ini nukilan ikhlas daripada seorang ibu yang kecewa.

Lieza 0192432683




Pengalaman Saya Makan Alfafa Shaklee

Alfafa Complex Shaklee adalah salah satu produk terlaris dan popular dikalangan mereka-mereka yang mempunyai rangkaian masalah berikut :


Saya consume Alfafa pada awalnya kerana masalah alahan makanan laut. Dulu setiap kali makan udang, sotong, kerang, ketam, malah makanan kegemaran rakyat pantai timur BUDU, badan saya akan ditumbuhi bintat-bintat merah (macam kena ulat bulu).

Bintat-bitat merah

Nikmat Dunia Makanan

Tapi biasalah orang degil, mana boleh tahan tengok sambal udang yang berlingkar, ketam masak sos yang seksi, ikan bakar cicah budu, kerang bakar... aduuuiii kecur weei. Nafsu makan mengatasi segala-galanya. Penawar lepas makan semua tu, ubat alergik klinik, siap dapat MC.

Alahan makanan laut saya semakin kronik awal tahun ini, kalau dulu setakat badan je gatal-gatal, saya masih boleh menahannya. Tapi bila mulut mula bengkak dan memuncung, kalah superstar Anita Sarawak, mata berair dan gatal. Saya terus melupakan makanan laut, biarpun kata orang, makanan laut nikmat dunia makanan. 

Sekadar hiasan

Consume Alfafa Complex


Sekitar awal bulan April 2014, saya mula consume Alfafa Complex, seminggu pertama saya dilanda healing crisis yang teruk, batuk berkahak hingga hilang suara. Tapi saya tetap teruskan dibantu air putih 3 liter sehari, keadaan ini menyedarkan saya betapa tinggi toksin dalam badan saya.




Sotong Goreng

Setelah dua minggu consume, saya mula buat eksperimen sendiri, gambar di atas adalah menu pertama yang saya ambil setelah hampir empat bulan berpantang makanan laut. Sampaikan, kawan-kawan opis menegur, "Kak Iza dah boleh makan sotong ke?", saya senyum jer. Nama pun eksperimen, diamkan dulu.


Sambal Petai Udang

Tak Kenal Maka Tak cinta


Alhamdulillah, eksperimen pertama berjaya, sebiji bintat mahupun gatal-gatal langsung tiada. Syukur sangat-sangat. Eksperimen kedua pula, hujung minggu saya masak sambal udang petai, berjaya lagi. Time nak makan tu, en hubby dah tegur 'kang mulut tu muncung macam itik, dah tahu tak boleh makan, nak jugak". Saya sekadar senyum, sepinggan nasi licin.

Segalanya dengan izin Allah, saya masih setia dengan Alfafa dan meneruskan makan, nikmat dunia makanan laut tanpa ragu sehingga hari ini. Bonus susu badan meriah, mendapat berat badan ideal, membantu penghadaman, dan bonus lain itu menambah rasa cinta dan sayang saya dengan Alfafa.

Ini kisah cinta saya dengan Alfafa, belum lagi kisah cinta saya dengan ESP, Ostematrix, Lecithin, dan Vitamin C. Kan orang tua-tua selalu cakap "Tak Kenal Maka Tak Cinta"

Alfafa - 330 biji (RM53.75)

Berminat untuk jatuh cinta dengan alfafa, klik link untuk terus membuat pembelian degan Shaklee Malaysia, atau hubungi saya. Saya sedia membantu anda, Insha Allah konsultasi kesihatan akan diberikan secara percuma.


Salam Sayang,

SID anda yang Ceria
Lieza 0192432683

Fan Page : Choice Of Yours


Bra Punca Kanser Payudara

Ilmuan Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya “Dressed To Kill: The Link between Breast Cancer and Bras” 

Faktor pembentukan kanser payudara

  • Menggunakan bra terlalu lama boleh meningkatkan suhu rangkaian payudara.
  • Wanita yang memakai bra mempunyai kadar hormone prolactin yang lebih tinggi






Jangan Pakai Bra lebih 12 Jam Sehari



  • Mana-mana wanita yang memakai coli ketika tidur berisiko tinggi untuk menghidap kanser payudara.
  • Memakai bra lebih dari 12 jam juga tidak baik untuk kesihatan wanita. 
  • Waktu tidur adalah masa terbaik untuk merehatkan payudara anda.



Tips-tips Lain



Selain jangan memakai bra sewaktu tidur, berikut tips yang boleh anda amalkan dan semoga kita dijauhi penyakit pembunuh ini.



  • Cuci bra setiap hari
  • Elakkan memakai bra hitam sewaktu cuaca panas
  • Sentiasa menutup dada dengan selendang atau tudung apabila berada di bawah terik matahari
  • Guna deodarant bukan perspirant

Mencegah lebih baik daripada merawat, lakukan pemeriksaan sendiri payudara anda, sayangi diri dan jaga kesihatan anda.

Pengedar Shaklee yang ceria - Lieza

SMS / Whatsapp - 0192432683
Fan Page : Choice Of Yours




Anak Tak Nak Makan

Kebiasaannya ibu lah orang yang paling susah hati jika anak-anak kurang berselera makan. Pelbagai variasi resepi dan menu di cuba untuk menarik perhatian si manja, tapi beliau tetap menolaknya. Hanya susu ... susu ... dan susu...

Situasi ini kebiasaannya berlaku apabila anak-anak yang baru menginjak usia setahun, mula mendapat kaki (pandai berjalan) dan mula melasak. Leka bermain hingga tidak mahu langsung menjamah makanan.

Itu situasi yang saya alami hingga membuatkan saya menangis, Ariq Zafreel langsung tidak mahu menjamah apa-apa makanan selain daripada susu. Bila nutrisi tidak cukup di dalam badan beliau  mula kerap demam, batuk mahupun selesema. Pengasuh juga melahirkan rasa susah hati kerana situasi ini.

Saya mula membelikan Ariq Zafreel Chewable Vita C, awal bulan April, sebiji sahaja sehari, Alhamdulillah serasi dan mula ingin makan. Tetapi perubahan selera makan  mula mendadak setelah saya campurkan sesudu Meal Shakes di dalam susu Ariq setiap pagi.

Anda boleh lihat sendiri, gambar beliau dulu dan gambar beliau yang terkini.

Gambar-gambar dulu




Sekarang gelaran tembam, semangat, jebah (gemok) sudah menjadi kebiasaan, ramai rakan yang bertanya, dan inilah rahsianya Meal Shakes dan Chewable Vita C.

Gambar-gambar terbaru Ariq Zafreel





Alhamdulillah, saya bersyukur dan bukan gelaran si babam yang saya harapkan, yang paling utama sihat, aktif serta cergas sudah memadai buat saya.

Sekarang kalau menyusu badan dan dipangku memang sangat tidak sesuai, semangat kan, naik lenguh jugalah tangan saya ini.

Khasiat Meal Shakes
  • Membekal nutrisi kepada sel tubuh (kaya protin)
  • Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, magnesium, biotin dan kaya kalsium
  • Antioksida - melawan jangkitan penyakit
  • Detoksifikasi - amat membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah sembelit
Khasiat Chewable Vita C Plus
  • Meningkatkan sistem imun
  • Membantu masalah eczema


Anda inginkan supplemen terbaik untuk anak anda?

Hubungi saya Lieza SID anda yang ceria,

SMS / Whatsapp - 0192432683
Fanpage : Choice Of Yours

Atau klik link untuk terus membuat pembelian dengan Shaklee Malaysia.





Tuala Wanita Punca Barah Pangkal Rahim

Pemakaian tuala wanita sepanjang hari adalah tidak selamat kerana darah haid akan menjadi hijau dan membentuk kulat lalu memasuki rahim dan badan.

Keratan Akhbar


Jangan abaikan tips-tips di bawah kerana jika anda mengabaikannya anda mengundang risiko mendapat kanser pangkal rahim dan kanser di dalam pundi kencing.
  • Elakkan memakai tuala wanita sepanjang hari
  • Kerap menukar tuala wanita anda iaitu sekurang-kurang 5 jam sekali
  • Menggunakan tuala wanita yang diperbuat daripada kapas 
  • Elakkan memakai tuala wanita ultra, jika memakainya pastikan anda kerap menukarnya

Rahim wanita

Zaman dulu, nenek-nenek kita kalau datang bulan, pakai kain, alhamdulillah jarang dengar kes kanser rahim. Zaman sekarang semuanya segera, tuala wanita, makanan, pes masakan, sayuran yang disembur racun perosak, ayam yang disuntik. Segala-galanya segera dan pantas.

Jadi bagaimana dengan kesihatan? 

Jika anda perlukan supplemen untuk membantu menjana kesihatan, hubungi saya. InshaAllah sedia membantu berserta tips-tips kesihatan untuk anda.

SID anda yang ceria

 Lieza 0192432683

 Mencegah lebih baik daripada merawat


Kaki Pancing Itu Suamiku

Dua post sebelum ni bercerita pasal resepi, hari ini tergerak hati bercerita pasal hobi suami saya iaitu memancing. Mana tidaknya, minggu lepas bawak balik ikan banyak-banyak, saya kena tolong dia siang dan bersihkan. Tau je la ikan sungai, hanyir bukan main.

Ikan Baung

Kali ini, beliau bawak balik ikan patin, baung, dan lampan. ikan patin masak gulai tempoyak, pergghh.. kalau makan dengan nasi panas, confirm bertambah-tambah la makan nasi. Baung pulak biasanya masak asam pedas, manakala ikan lampan goreng pun sedap.

Ikan Patin yang berjaya beliau pancing


Dok rumah teres kos rendah, yang dapur boleh berlaga bontot, perasan saya selepas kerja-kerja menyiang selesai, satu dapur bau bau hanyir ikan. Apa lagi tengah-tengah malam bedal mengemop dengan Basic H, hilang bau, lantai pun berkilat. Sekali mop jer, memang best.


Kaki Pancing Itu Suamiku



Sewaktu bercinta tidak tahu pun dia ni kaki pancing, dah kahwin barulah saya tahu minat memancing yang beliau sorokkan. Awal perkahwinan macam tidak boleh menerima hobi beliau yang bagi saya sekadar membuang masa, pernah juga bergaduh pasal ni. Tetapi biasalah suami isteri, sedangkan lidah lagikan tergigit.

Dulu pernah juga mengadu dengan mak pasal kes ni, tetapi kata-kata mak masih saya pegang hingga ke hari ini. "orang lelaki takkan sama dengan orang perempuan, ibarat kita main layang-layang, sewaktu angin bertiup lepaskan perlahan-lahan layang-layang tu, tapi masih dalam kawalan kerana talinya masih di tangan kita, tetapi kiranya kita berkeras tidak membenarkan layang-layang terbang malah talinya disentap, layang-layang itu mungkin akan terputus talinya"

Layang-layang terputus tali


Jadi hobi suami yang satu ini bagaikan sudah sebati dengan saya, asalkan bukan tiap-tiap minggu kerjanya memancing, perlu juga luangkan masa bersama keluarga. Pernah juga beliau membawa saya dan anak-anak ikut bersama, tapi itulah kali pertama dan terakhir untuk saya. Sungguh tidak berminat, ada baiknya layan hindustan. Sekarang lagi seronok layan customer Shaklee, berkongsi kebaikan, konsultasi kesihatan, jadual pengambilan supplemen, dah perasan doktor pulak, hihihihihi.



SID anda yang ceria 
Lieza 019 2432683