Home » » Gila Meroyan Selepas Bersalin

Gila Meroyan Selepas Bersalin

Negara digemparkan dengan berita ibu mengelar bayinya yang berusia dua bulan. Ramai yang menyalahkan si ibu kononnya tidak pandai menjaga diri dan gagal mengawal emosi sewaktu di dalam pantang sehingga meroyan dan akhirnya bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Sedih... itu perasaan kak lza sewaktu membaca komen-komen netizen, kononnya si ibu tidak beriman..... Ramai orang seolah cuba menidakkan proses mengandung, proses melahirkan, berpantang adalah satu perjalanan yang penuh berisiko dalam hidup seorang perempuan.



Perubahan Fizikal Wanita Hamil

Dengan perubahan hormon, selera makan, perubahan fizikal, emosi dan pelbagai perubahan yang hanya seorang ibu memahami dan mengalaminya. Jadi tidak perlulah rasanya terus melabelkan ibu tadi tidak ada iman.

Menurut kajian, akibat daripada perubahan hormon semasa mengandung, 85% wanita dalam pantang mengalami gangguan perasaan pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan. Tanyalah mana-mana ibu, pernah tak di dalam pantang tetiba rasa hiba, sayu hati, senang nak menangis, sentap biarpun tentang perkara kecil.

Sering rasa tidak disayangi


Dari segi perubatan, gangguan perasaan dibahagikan kepada 3 peringkat mengikut tahap keterukan

1) Gangguan perasaan ringan (postpartum blues).
Ini memang normal, penat baru lepas bersalin rasa nak bergantung pada orang, nak orang jaga kita. nak orang tunjukkan "caring" kat kita. Nak-nak dengan suami, mestilah nak manja lebih, baru lepas lahirkan buah cinta suami isteri kan.

2) Kemurungan (depression).
Jika tahap di atas tadi tak dibendung, ia boleh juga menjadi tahap kemurungan dan ia akan menjadi semakin teruk sampai tahap seterusnya.

3) Gila meroyan (postpartum psikosis)
Di sini, biasanya akan berlakunya halusinasi, bercakap sendirian, dan pelbagai perilaku abnormal lain.

Perubahan hormon yang dialami wanita hanya akan berakhir dua hingga tiga bulan selepas bersalin. Jadi, amat perlu suami, menitik beratkan penjagaan isteri selepas bersalin, jika perlu mengupah penjaga, usahakanlah. Jika isteri ingin berada di samping ibunya, ingin ibunya yang menjaga beliau di dalam pantang izinkanlah. Ini bagi memastikan emosi ibu tadi stabil, tenang sepanjang berpantang.

Anak pelengkap kehidupan suami isteri


Sebagai suami berkorbanlah tiga bulan ni untuk menjaga dan memberi perhatian sepenuhnya kepada isteri anda. Isteri anda berkorban hampir setahun hanya untuk melayakkan anda memegang gelaran ayah. (9 bulan mengandung, 3 bulan berpantang).

Penyebab Tekanan Selepas Bersalin

Sama seperti tekanan yang berlaku pada orang biasa, kemurungan lepas bersalin juga dikaitkan bahan kimia dalam otak yang tak stabil. Bahan kimia (neurotransmitter) paling penting yang terlibat ialah serotonin & norepinephrine yang sangat berkait rapat dengan kekurangan nutrisi. Risiko meroyan adalah lebih tinggi sekiranya ibu kurang nutrien ketika berpantang.

Asid amino adalah antara nutrisi yang dikenal pasti  berkait rapat dengan masalah ini sebab asid amino adalah penting untuk penghasilan neurotransmitter.

Pemakanan Dalam Menangani Tekanan

1. Karbohidrat
Gula yang dibebaskan daripada karbohidrat yang dimakan akan membebaskan insulin. Insulin membantu sel untuk dapatkan gula untuk membuat tenaga & pada masa yang sama turut mengangkut asid amino triptofan yang memberi kesan kepad neurotransmitter dalam otak.
Jadi, masa pantang jangan terlampau kawal sangat makan, nasi makan sesenduk jer, Kekurangan karbohidrat meningkatkan risiko tekanan perasaan. Tapi sebaiknya pilih karbohidrat yang rendah indeks glisemiknya. huhuhuhu kang kena kencing manis, naya pulak.

2. Protein
Protein terbina daripada 12 asid amino yang dihasilkan oleh badan sendiri & 8 atau 9 asid amino yang mesti diambil dalam makanan. Dalam beberapa kajian - asid amino termasuk tryptophan, tirosin, phenylalanine dan methionine banyak membantu untuk kestabilan emosi.
Dan masalahnya, nak dapatkan 8 asid amino tu kena makan pelbagai jenis makanan.

3. Asid Lemak
Asid lemak omega-3 adalah asid lemak perlu yang mesti diambil dalam makanan.
Omega-3 bukan saja penting untuk perkembangan otak budak2 tapi juga untuk perkembangan otak orang tua.DHA adalah komponen utama dalamotak manusia.

4. Vitamin & mineral
Vitamin yang penting untuk kestabilan emosi termasuklah vitamin B dan folate.
Mineral yang diperlukan termasuk kalsium, magnesium, zat besi, chromium, iodin, lithium, selenium dan zink.

Jadi, wanita-wanita memang perlu sangat untuk cukupkan keperluan nutrisi ini untuk menjaga kesihatan diri. Apalagi, masa mengandung, bersalin dan berpantang, kita perlukan lebih banyak nutrisi bukan untuk kita saja tapi untuk anak yang kita kandung.

Sesekali bantulah isteri menjaga bayi


Cadangan kak lza untuk setiap wanita, mesti, wajib makan vitamin asas Shaklee. Kita kena jaga diri kita dulu, barulah boleh jaga keluarga. Lagi satu, set ni sampai bila-bila pun boleh makan. Sebelum mengandung, masa mengandung, bersalin, berpantang, menyusu semua boleh tanpa ada masalah. Jimat sangat kan?

Kak lza omong kosong untuk lariskan produk? Jengah-jengah blog Dr Zubaidi, baca pandangan beliau tentang Vitamin Shaklee dari perpekstif perubatan dan seorang Doktor.

Ahli-ahli keluarga terutama suami kenalah tanya khabar orang berpantang. Kena selalu buat dia ceria, rasa disayangi dan dihargai. Wanita yang anda dok kejar dulu kan, lautan api pun sanggup redah, hantaran beribu-ribu pun sanggup sediakan, apalah sangat dengan harga Vitamin Shaklee.

Jangan persoalkan, orang dulu-dulu makan ikan kering bakar dengan nasi jer pun, okay jer. Check balik pemakanan kita, pencemaran dulu dan sekarang, bahan kimia, teknologi sekarang, cara penjagaan dalam pantang dulu dan sekarang... semuanya tidak sama. Jadi adalah mustahil untuk kita bandingkan zaman mak-mak kita dengan zaman isteri sekarang.

Pesanan terakhir, sayangi isteri anda.

Nak dapatkan Set Kesihatan Shaklee untuk kesihatan isteri kesayangan anda? klik link 'Set Kesihatan Isteri' atau Whatsapp 019-2432683 (liza)

0 comments:

Catat Ulasan